Now Reading
Ini Beberapa Lokasi Taman Permainan ‘Indoor’ Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak. Jom Pergi!

Ini Beberapa Lokasi Taman Permainan ‘Indoor’ Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak. Jom Pergi!

Sebenarnya ada banyak taman permainan indoor kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Taman permainan boleh dikatakan tempat kegemaran semua kanak-kanak.

Kalau lalu di mana-mana taman permainan, pasti mereka akan teruja dan meminta untuk bermain di situ.

Taman permainan biasanya kita lihat ada di kawasan terbuka seperti di kawasan perumahan ataupun tempat beriadah.

Tetapi sekarang sudah wujud juga taman permainan indoor seperti di beberapa buah pusat beli-belah sekitar Lembah Klang.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. SuperKidz

Kredit: Facebook SuperKidz Indoor Playground

Harga

RM45 untuk seorang kanak-kanak pada hari bekerja manakala RM55 pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Ibu bapa atau penjaga boleh masuk secara percuma. Sementara tunggu anak, boleh juga nak tengok filem sebab mereka juga menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma.

Sebelum masuk ke taman ini, kanak-kanak dan ibu bapa tidak boleh berkasut dan perlu memakai stokin.

Kredit: Facebook SuperKidz Indoor Playground

Tempoh masa

Boleh bermain sepuas hati, tiada batasan waktu. Yang penting bila dah nak tutup tu kena balik lah.

Waktu operasi adalah dari 10 AM sehingga 9.30 AM.

  • Alamanda Shopping Centre Putrajaya
  • 1 Shamelin Mall Kuala Lumpur

2. Kidz Zone

Kredit: Kidz Zone

Berkeluasan lebih 8000 kaki persegi, taman permainan ini dihiasa dengan dinding berwarna biru dan dipenuhi dekorasi seolah-olah di lautan.

Harga

Berikut adalah harga untuk tiket masuk ke dalam taman permainan ini.

Kredit: Kidz Zone

Tempoh masa

Anak-anak anda boleh bermain sepuas hati sampai mereka penat kerana tiada batasan untuk mereka bersuka ria di taman permainan ini.

Waktu operasi mereka adalah dari 11 AM sehingga 6.45 PM.

  • Melawati Mall, Level 6 21&22, Pusat Bandar Melawati, 53100, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

3. Kidzoona

Kredit: miracikcit

Taman permainan ini bukan sahaja membolehkan kanak-kanak bermain, malah mereka juga boleh mempelajari secara ‘hands-on’ di sini.

Konsep pembelajaran secara ‘hands-on’ ini adalah daripada negara Jepun dengan menyediakan pengalaman bermain yang juga berilmu kepada kanak-kanak.

Kredit: Traveloka

Harga

Berikut adalah harga untuk tiket masuk ke dalam taman permainan ini.

Kredit: Expatriate in KL

Tempoh masa

Di sini juga anak-anak anda boleh bermain sepuas hati kerana tiada had waktu.

Waktu operasi adalah dari 10 AM sehingga 10 PM.

  • AEON MALL Cheras Selatan
  • AEON MALL Taman Equine
  • AEON MALL Shah Alam
  • AEON MALL AU2
  • AEON MALL Rawang
  • AEON Mall Maluri
  • AEON BiG Mid Valley
  • IOI City Mall Putrajaya
  • Subang Empire
  • Central I-City Shah Alam

4. J Kids

Kredit: Time Out

Pernah dinobatkan Best Kids Playground oleh Babytalk Magazine, taman permainan ini direka untuk membolehkan kanak-kanak merasai deria pergerakan seperti Pokok Palma Berputar serta Belon Menari.

Kredit: LookP

Tempoh masa

Anak-anak anda boleh bermain sepuas hati sampai mereka penat kerana tiada had untuk mereka bersuka ria di taman permainan ini.

Waktu operasi adalah dari 10 AM sehingga 9PM

  • Publika Shopping Gallery, No. G3-50, Jalan Dutamas 1, Soalaris Dutamas, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur

5. Milkyway Playspace

Kredit: TripCarte Asia

Untuk anak-anak anda yang sukakan permainan lasak, ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka.

Mungkin mereka sudah bosan dengan papan gelungsur, di sini permaian lebih mencabar sedikit.

Harga

Harga tiket masuk ke taman permainan ini adalah seperti berikut:

Kredit: Parentings Blog

D sini juga tiada had waktu untuk anak-anak anda meneroka dan bermain.

Waktu operasi adalah dari 10 AM sehingga 10 PM.

  • First Cube, 1, Jalan SS 7/26a, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Kredit: Ticket2U

Beberapa lokasi lain adalah seperti:

  • CAT Playground, Sunway Putra Mall.
  • Kidz Kingdom Playground, SetiaWalk Mall Puchong.
  • Kid’s E World, The Gardens Mall.
  • Space Joe Playland, 1 Mont Kiara.
  • Kids Planet, Wangsa Walk Mall.
  • Starship Galatica, 1 Utama Shopping Centre.
  • Chatoys, The Mines Shopping Mall.
  • Play by Reka, IOI Mall Puchong.

Apa kata hujung minggu nanti anda bawa anak-anak ke taman permainan indoor ini? Confirm mereka teruja dan tidak sabar untuk ke tempat kegemaran si cilik.

Kalau nak pergi dating dan tinggalkan anak-anak di taman permainan indoor itu pun boleh juga dengan adanya perkhidmatan penjagaan seperti Kiddocare dan Sitly.

BACA JUGA: Nak ‘Dating’ Dengan Suami? Wanita Ini Kongsi Tempat Tinggal Anak Untuk Dijaga Sementara


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd