Now Reading
1 Utama Sambut Tahun Baru Cina Dengan 12 Haiwan Zodiak Emas Legenda. Meriah!

1 Utama Sambut Tahun Baru Cina Dengan 12 Haiwan Zodiak Emas Legenda. Meriah!

1 Utama mengalu-alukan para pengunjung ke “Regal Kingdom of Spring” dari 6 Januari hingga 6 Februari 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Regal Kingdom of Spring” @ 1 Utama!

Festival Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba, oleh itu 1 Utama bakal menyambut festival ini dengan reunion 12 Haiwan Zodiak Emas Lagenda dan Harimau gergasi bersalut emas setinggi 20 kaki.

Tidak lupa juga, ‘Teochew Town’ dan ‘Pavilion Oriental’!

Serlahkan aura harimau dalam diri anda sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini di 1 Utama Shopping Centre serta menjadikan 2022 sebagai tahun untuk mengecapi impian dan matlamat diri!

1 Utama mengalu-alukan para pengunjung ke “Regal Kingdom of Spring” bermula dari 6 Januari hingga 6 Februari 2022.

Suasana meriah dapat dirasakan dengan gabungan kesemua 12 Haiwan Zodiak Emas Legenda di ruang legar LG Oval.

Para pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehadiran Harimau Bersalut Emas setinggi 20 kaki yang gah menjulang bersama beberapa zodiak lain, di mana setiap arca haiwan menggambarkan kemewahannya dengan syiling emas dan jongkong.

Sentuhan elegan ditambah pada hiasan “Ong” seperti tanglung emas dan panel seni tradisional paper cutting yang dipamerkan di setiap kiosk beli-belah.

Setiap kiosk menawarkan pelbagai hadiah sambutan Tahun Baru Cina, makanan ringan, juadah perayaan, pakaian dan aksesori untuk dilihat atau dibeli oleh para pengunjung.

Dengan replikasi semangat kemeriahan musim bunga, para pengunjung juga boleh menyinggah ‘Teochew Town’ di ruang legar Centre Court. Ianya diinspirasikan oleh asal usul dan seni bina wilayah Guangdong, China.

Dalam pada itu, sementara para pengunjung bersiar-siar atau membeli-belah, mereka juga boleh mencipta kenangan perayaan ini di ‘Oriental Pavilion’ setinggi 30 kaki yang dikelilingi taman bunga peony yang berfungsi sebagai ruang istirehat seperti zaman sedia kala untuk berkumpul.


Persembahan Perayaan

Barisan persembahan yang memukau telah disusun rapi sepanjang perayaan Tahun Baru Cina untuk menimbulkan suasana yang lebih meriah seperti:

  • Tarian Singa Akrobatik Khuan Loke.
  • Persembahan Drum 8 Majestic Kwong Ngai.
  • Perkusi No Noise.
  • Orkestra MCCO.
  • GuZheng Ensemble.
  • Diabolo dan banyak lagi aksi kebudayaan lain.

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh menyemak update terkini menerusi Facebook dan Instagram 1 Utama.

Happy Chinese New Year, dari TEAM TRP!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd