Now Reading
Jenama Jepun Nitori Bakal Dibuka Di LaLaport 20 Januari Ini

Jenama Jepun Nitori Bakal Dibuka Di LaLaport 20 Januari Ini

Nitori Malaysia ini katanya hampir sama macam Muji, tetapi harga seperti IKEA. Wah!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berbaki lagi satu hari sebelum pembukaannya kepada orang awam, pusat beli-belah berkonsepkan gaya hidup Jepun iaitu LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) sudah menjadi bualan netizen di media sosial.

Mana tidaknya, pusat beli-belah yang bakal dibuka pada 20 Januari ini akan membawa anda kepada 400 jenama dari Jepun secara berperingkat.

LaLaport BBCC yang merupakan milik syarikat hartanah Tokyo, Mitsui Fundosan merupakan Lalaport kedua dibuka di luar negara selepas di Shanghai dan juga yang pertama dilancarkan di Asia Tenggara.

Kredit: Places And Foods

Antara jenama yang bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia adalah sebuah kedai perabot yang seakan-akan IKEA iaitu Nitori.

BACA JUGA: Tsutaya Book Bakal Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil. Tak Sabarnya!

Konsep seakan Muji tapi lebih murah

Buat anda yang menggemari konsep minimalist seperti Muji, Nitori mungkin bakal mencuri hati anda selepas ini kerana dikatakan harga lebih murah.

Bukan itu sahaja, Nitori juga digambarkan seperti IKEA versi Jepun.

Wah, memang syurga betul buat anda yang suka mendekorasi rumah. Barang best dan harga murah, memang syok!

Kredit: NikkeiAsia

Di sini, ada macam-macam jenis peralatan rumah yang anda boleh jumpa. Dari sebesar-besar sofa sehingga tong sampah, semuanya ada.

Kualiti barang di Nitori pun boleh tahan juga ya. Macam menarik untuk diborong.

Kalau bawa kaum wanita, memang confirm berjam-jam dalam ni.

Salah seorang pengguna TikTok @aurizn telah berpeluang mengunjungi outlet berkenaan. Klik di sini untuk lihat video penuh.

Kalau anda berminat dengan barangan di Nitori tapi jauh pula nak ke LaLaport, jangan risau kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan secara atas talian.

Anda boleh membuat pembelian secara atas talian di laman web mereka ataupun di platform Shopee Nitori Malaysia Official Store.

  • L3-10B & 11A, Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre, No. 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Dibuka 10 AM sehingga 10 PM.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd