Tsutaya Book Bakal Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil. Tak Sabarnya!
Tsutaya Books ingin menjadi lokasi destinasi gaya hidup untuk semua orang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kedai-kedai buku di Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam menerima kunjungan pelawat kerana kini terdapat lebih banyak kedai baharu yang lebih besar dan lebih estetik di sekitar bandar.
Kini, rangkaian kedai buku terbesar Jepun iaitu Tsutaya Books pula akan dibuka di Malaysia.
Pembukaan ini akan menjadi rangkaian antarabangsa pertama di Asia Tenggara dan bakal dibuka di Pavilion Bukit Jalil yang juga baru sahaja dibuka baru-baru ini.
Apa perbezaannya?
Tsutaya Books di Pavillion Bukit Jalil ingin menjadikan lokasi ini lebih daripada sekadar tempat membeli buku.
Ruang seluas 31,000 kaki persegi ini akan merangkumi kedai buku, kafe, barangan khusus dan kawasan aktiviti.
Secara asasnya, kedai ini akan menjadi destinasi pilihan gaya hidup, jadi rakan dan keluarga anda yang tidak membaca buku juga masih akan berminat untuk berkunjung kes sini bersama anda.
Selaras dengan visi kami bagi memupuk budaya dan gaya hidup, kami berharap dapat mewujudkan ruang kepada keluarga dan kanak-kanak yang menyukai buku, reka bentuk dan seni untuk membesar, meneroka serta berkembang maju bersama-sama di Tsutaya Books.
Ketua Tsutaya Books Malaysia Mr. Hideyuku Uemoto.
Selain itu, tidak seperti rangkaian lain, setiap cawangan Tsutaya Books direka bentuk secara berbeza di Jepun seperti T-Site ikonik di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.
Sejak itu, kedua-dua syarikat induk TSUTAYA dan Tsutaya Books telah menjadi platform yang menghasilkan kesemua budaya pop Jepun serta beroperasi di lebih 1,400 cawangan di seluruh dunia.
Apa yang akan dijangkakan
Pencinta buku pastinya akan berpuas hati dengan pelbagai jenis bahan sastera di sini, tetapi rasanya mereka mungkin akan lebih gembira dengan adanya kakitangan pakar bagi memberikan cadangan dan bantuan peribadi dalam genre yang diminati.
Lebih menarik lagi, ketika anda sedang mencari buku, anda boleh meninggalkan anak-anak di ruang khusus untuk menggalakkan mereka membaca. Ada pelbagai pilihan buku yang disusun atur di rak buku yang rendah bagi pembaca muda.
Sebagai alternatif, tinggalkan rakan dan ahli keluarga anda yang kurang minat terhadap buku di bahagian alat tulis dan hadiah. Mungkin mereka boleh membeli alat tulis untuk anda atau hiasan yang cantik dan wangian untuk diri mereka sendiri.
Selain itu, kalau anda sudah tidak sabar untuk membaca buku baharu yang dibeli, kenapa perlu tunggu balik rumah untuk membacanya apabila anda boleh membukanya dan terus membaca di kafe dalam kedai buku ini?
Tsutaya Books dijangka dibuka dalam suku pertama 2022, tetapi anda boleh melihat update terbaharu pusat membeli-belah ini melalui halaman Facebook mereka di sini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.