Nak Jalan-jalan Tapi ‘Broke’? Ini Tempat Percuma Yang Anda Boleh Pergi Sekitar Lembah Klang
Antara lokasi menarik adalah seperti Muzium Tekstil Negara dan Muzium Bank Negara Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila hujung minggu je mesti ramai akan terfikir lokasi seterusnya untuk berjalan-jalan. Takkan la tiap-tiap minggu nak pergi mall kan?
BACA JUGA: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang
Tapi bila fikir duit pula, macam tinggal habuk je dalam dompet.
Takkanlah nak duduk rumah je. Bosanlah pula.

Tak apa, kami boleh bantu selesaikan masalah anda. Sebenarnya, ada beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang membolehkan anda masuk secara percuma sahaja.
Wow, menarik ni! Siapa je tak suka benda percuma kan?
Antara lokasi tersebut adalah seperti berikut:
1. KL Forest Eco Park

Kalau anda sukakan aktiviti outdoor, tempat ini memang sesuai untuk anda.
Di sini, ada beberapa tingkat laluan kanopi (canopy walk) yang anda boleh naiki. Tapi ikut kemampuan masing-masing.
Nak bergambar di sini pun best juga sebab ada latar belakang Menara Kuala Lumpur dan juga pokok hijau.
Kalau datang sini, tak bawa duit tak apa. Tapi yang penting kena bawa topi dengan air sebab confirm anda akan penat menaiki tangga dari satu laluan kanopi ke kanopi yang lain.
Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Terletak di belakang Menara Kuala Lumpur)
Waktu operasi: Isnin – Jumaat : 7AM – 6PM
2. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzim ini menawarkan pelbagi tema galeri seperti:
Galeri Kanak-kanak

Galeri Bank Negara Malaysia

Galeri Ekonomi

Galeri Kewangan Islam

Galeri Numismatik

Galeri Seni

Galeri-galeri ini membolehkan anda mengetahui tentang ekonomi Malaysia, peranan bank dalam pembangunan ekonomi negara dan landskap kewangan sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini.
Bukan itu sahaja, ada juga boleh melihat khazanah serta koleksi dinamik karya seni Malaysia dan ASEAN.
Untuk anda yang ingin berkunjung ke muzium ini, perlulah menempah slot sekurang-kurangnya dua hari sebelum.
Tempahan slot boleh dibuat di laman web http://museum.bnm.gov.my/v2/visit.html.
Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa – Ahad : 10AM – 1PM & 2PM – 5 PM
3. Taman Botani Perdana

Taman seluas 227 hektar ini juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana. Kawasan ini turut menjadi lokasi menarik untuk berkelah sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur.
Beberapa tarikan menarik di sini termasuklah air terjun setinggi 4 meter, air pancut dan bangunan kolonial yang kini telah diubah menjadi sebuah galeri.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari : 7AM – 8PM
4. Royal Selangor Visitor Centre

Royal Selangor ditubuhkan pada tahun 1885 dan dianggap sebagai pembuat piuter terbaik di dunia.
Ada macam-macam tarikan menarik di sini seperti Galeri Sains, Teko Bertuah, Cawan Gergasi yang diiktiraf Guiness World of Record dan banyak lagi!


Untuk anda yang ingin berkunjung ke sini melalui LRT, boleh turun di LRT Wangsa Maju dan berjalan selama lima minit sebelum tiba di lokasi ini.
Yang lebih menarik, mereka juga menyediakan servis bas percuma dari beberapa lokasi seperti berikut:

Namun sebelum itu, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu di laman web https://visitorcentre.royalselangor.com/plan/.
Alamat: 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari : 9AM – 5PM
5. Muzium Tekstil Negara

Muzium Tekstil Negara terletak di salah satu bangunan era kolonial yang paling mengagumkan di bandar ini iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Pameran itu dibahagikan kepada empat galeri yang memaparkan sejarah tekstil Malaysia tekstil, aksesori dan pakaian, alatan, bahan dan teknik.
Sebenarnya ada pelbagai jenis tekstil di Malaysia seperti Batik, Songket, Pua Kumbu dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu lagi, boleh pergi ke muzium ini.
Alamat: 26, Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari : 9AM – 6PM
Wah, macam-macam tempat sebenarnya yang boleh masuk secara percuma. Mesti ramai pun yang baru tahu juga kan?
Apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan atau ahli keluarga anda hujung minggu ini.
Tak perlu risau tentang bayaran, free of charge!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.