Now Reading
Ini Beberapa Lokasi Menarik Yang Boleh Anda Lawati Di Seremban. 30 Minit Je Dari KL!

Ini Beberapa Lokasi Menarik Yang Boleh Anda Lawati Di Seremban. 30 Minit Je Dari KL!

Pendek kata, kalau pergi Seremban sehari memang tak cukup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja Seremban, selalunya kita tahu segelintir individu yang menetap di sana namun bekerja sepenuh masa di bandar Kuala Lumpur.

Bunyi macam jauh, tapi dekat je.

Kalau dari lebuh raya Seremban, nak sampai ke Sungai Besi hanya akan memakan masa selama 30 hingga 40 minit. Itu kalau tak jammed.

Sumber: Mole.my

Kalau hari bekerja, mungkin boleh berjanggut juga nak sampai ke Seremban.


Ada apa di Seremban?

Soalan paling sering dilontarkan oleh orang ramai.

Sebenarnya, banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika berada di sana. Bermula dari lokasi bersejarah, beriadah, tempat makan best, taman teman air, gunung, dan sebagainya.

Expore dulu, baru tahu.

Meh, kami sediakan beberapa tempat yang anda boleh lawati di Seremban.


1. Gunung Angsi.

Hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, anda akan sampai ke Gunung Angsi ini. Kalau belum pernah pergi, boleh waze ‘Angsi’ dan pilih untuk masuk menerusi pintu ‘Bukit Putus’.

  • Alamat: Jln Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan

2. Muzium Negeri.

Muzium Negeri Sembilan.
(Kredit: sharulnizam)

Untuk anda yang sukakan sejarah dan ingin tahu latar belakang Negeri Sembilan, bolehlah lawati Kompleks Muzium Negeri ini.

Kompleks Muzium memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang akan menarik perhatian orang ramai. Terdiri daripada tiga bahagian berbeza, salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang berusia lebih sedekad.

  • Alamat: Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, Seremban.

3. Pantai Teluk Kemang.

Kredit: Medium

Pantai Teluk Kemang ini antara pantai paling famous di Port Dickson.

Malah, pantai ini juga merupakan pantai terbesar di sana. Minat dengan aktiviti air? Anda boleh main jetski, banana ride, parasail, dan buggy.

  • Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, Port Dickson.

4. PD Ostrich Farm.

Kredit: Lexis Port Dickson

Nak naik burung unta?!

Jom bawa anak-anak dan keluarga ke PD Ostrich Farm! Tapi pastikan anda bukan 40kg ke atas, ya.

Kalau nak buat aktiviti lain pun ada – contohnya menunggang kuda, naik ATV, dan sebagainya. Kedai cenderahati pun ada untuk dibawa pulang.

  • Alamat: Lot 1419 Jalan Kemang 13, Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson.

5. Kelip-kelip Sungai Timun.

Kredit: Berita Harian
Kredit: LIBUR

Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam sekitar.

Terdapat beberapa pakej bot yang ditawarkan kepada pengunjung dan boleh memilih mengikut permintaan pengunjung.

Salah satu pakej adalah pengunjung dikenakan bayaran RM250 untuk bot yang boleh memuatkan seramai enam penumpang.

  • Alamat: Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Antara tempat lain yang sering menjadi pilihan pengunjung pula adalah:

  • Gunung Besar Hantu.
  • Gunung Datuk.
  • Centipede Temple.
  • Taman Tasik Seremban.
  • Cat Town.
  • Lorong Seni.
  • Taman Orkid Seremban.
  • ATV KG JKIN.
  • Pusat Rekreasi Ulu Bendul.
  • Wet World Resort Air Panas Pedas.
  • Hutan Lipur Batu Maloi.
  • Taman Negeri Kenaboi.
  • Masjid Negeri.
  • Jeram Toi.
  • Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala dan banyak lagi!

Dah penat dan lapar, nak makan di mana?

Soalan paling susah di dunia: “Nak makan mana?”

Kalau diberi tanggungjawab untuk pilih tempat makan sepanjang waktu percutian, memang nervous betul. Takut tak sedap, atau tak kena dengan tekak masing-masing.

Seram.

Kredit: Giphy

Tapi bila ada di Seremban, senang je nak cari tempat makan. Meh kami sediakan senarai mudah untuk anda semua.

Yang penting, #sapotlokal. 😀

1. Kedai Kopi Vahnum.

2. Restoran Aisa Jasmine.

3. Restoran Mutiara Galla.

4. Restoran S. & Mohamed.

5. Restoran Rafiq.

6. Kedai Kopi Loong Hin.

7. Restoran Ami Maju.

8. N-Nine Food Court.

9. BONUS! Kalau anda ada ke Semenyih, boleh juga cuba kedai lokal ini di Kampung Baru Semenyih, Selangor.


Seremban sememangnya mempunyai banyak lokasi menarik yang perlu diterokai dan dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Negeri beradat dan kaya dengan destinasi percutian menarik ini pastinya menawarkan pelbagai produk eko-pelancongan yang membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menerokai negeri ini.

Jadi, kalau tak ada plan lagi hujung minggu ini, let’s? 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd