15 Negara Ini Sedia Terima Kunjungan Pelancong Dari Malaysia
Walaupun sempadan telah dibuka untuk rakyat Malaysia mengunjungi negara-negara berkenaan, peraturan yang telah ditetapkan perlu dipatuhi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia akhirnya dapat memulakan rancangan mereka yang sudah tertangguh selama dua tahun sejak bermulanya pandemik apabila perjalanan rentas negeri dan ke luar negara dibenarkan.
Tak sabarnya nak pergi bercuti.
BACA JUGA: Malaysians Can Cross State Lines Starting Monday: PM
Walaupun sempadan negara telah dibuka untuk membenarkan rakyat keluar, tetapi ke mana destinasi yang boleh dituju?
Negara mana yang membenarkan kita masuk?
Menurut seorang pengguna Twitter Afiq Mahadhir yang merupakan pekerja di sektor pelancongan telah menyenaraikan negara-negara yang membuka sempadan negara mereka.
Sebagai peraturan umum, kesemua negara mewajibkan keputusan negatif Covid-19 hasil daripada swab test daripada individu yang sudah lengkap vaksinasi.
1. United Kingdom
UK membuka sempadan negara mereka tanpa memerlukan pelancong menjalani kuarantin, tetapi mereka hanya boleh mendarat di salah satu daripada 8 lapangan terbang yang dibenarkan sahaja.
Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah (EU) tidak mengiktiraf semua vaksin seperti Sinovac meskipun mereka masih mengkaji keputusan tersebut. Boleh lihat di sini untuk menyemak vaksin yang diterima oleh EU.

2. Finland
Kemasukan untuk pelancong antarabangsa bermula 25 Oktober dan kuarantin adalah diwajibkan.
3. Ukraine
Ukraine menetapkan sekurang-kurangnya satu dos untuk memasuki negara tersebut, tetapi kuarantin tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, pelancong perlu memuat turun aplikasi kesihatan kerajaan mereka iaitu Vdoma serta mempunyai insurans perjalanan.
4. Amerika Syarikat
Seperti biasa, anda memerlukan visa untuk memasuki negara ini. Peraturan baharu yang diperkenalkan adalah dengan menunjukkan bukti keputusan negatif Covid-19 semasa swab test dan penerbangan dari negara asal atau transit melalui negara yang dibenarkan sahaja.
5. Romania
Disebabkan Malaysia tersenarai dalam Kategori Merah di Romania, pelancong diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Kredit: schengenvisainfo
6. Mauritania
Untuk berkunjung ke negara Afrika ini, pelancong perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.
7. Bali, Indonesia
Sempadan kawasan lain di Indonesia masih ditutup, tetapi Pulau Bali akan mula dibuka untuk pelancong antarabangsa. Pengunjung perlu menjalani kuarantin selama 8 hari dan 3 ujian PCR.
8. Arab Saudi
Negara Arab Saudi yang merupakan rumah kepada kota suci Mekah akan dibuka untuk tujuan umrah sahaja.

9. Phuket, Thailand
Pelancong yang ingin mengunjungi Phuket perlu mendapatkan kelulusan daripada Kedutaan Thailand. Walau bagaimanapun, Pulau Phuket sahaja yang akan dibuka untuk kunjungan para pelancong – melainkan jika anda merancang untuk berada di Phuket selama tujuh hari, anda dibenarkan melancong ke kawasan lain di Thailand mengikut peraturan ‘Phuket Sandbox’ yang ditetapkan.
10. Mesir
Pelancong yang ingin ke Mesir tidak perlu menjalani kuarantin kecuali jika mereka mula menunjukkan simptom Covid-19.
11. Qatar
Kuarantin tidak diwajibkan kepada pelancong, tetapi mereka yang menerima vaksin Sinopharm, Sinovac dan Sputnik perlu menjalani ujian antibodi sebelum tiba di Qatar.
12. Maldives
Seperti negara Mesir, pengunjung tidak perlu menjalani kuarantin kecuali jika mereka mula menunjukkan simptom Covid-19.

13. Iceland
Pengunjung perlu mendapatkan visa terlebih dahulu sebelum mengunjungi Iceland, tetapi negara itu tidak mewajibkan kuarantin.
14. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Pelancong perlu memohon visa pelancongan untuk memasuki negara UAE, tetapi negara ini tidak mewajibkan pengunjungnya untuk menjalani kuarantin kecuali jika simptom Covid-19 ditunjukkan.
15. Turki
Visa pelancongan diwajibkan, tetapi pelancong tidak perlu kuarantin.
Menurut Perdana Menteri Ismail Sabri, rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi tidak perlu memohon MyTravelPass untuk ke luar negara bermula 11 Oktober.
Tetapi, sebelum mereka pulang, mereka akan diminta untuk melakukan ujian swab sebanyak dua kali – tiga hari sebelum kembali ke negara ini dan selepas selamat tiba. (Ini bermakna anda perlu melakukan empat ujian swab, dua sebelum berlepas dan dua lagi setelah tiba.)
Pelancong juga diminta untuk menjalani tempoh kuarantin, manakala penduduk tempatan dibenarkan untuk mengasingkan diri di rumah masing-masing selama 14 hari.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.