Now Reading
5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Selangor. Jom!

5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Selangor. Jom!

Negeri Selangor sememangnya mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik untuk staycation.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lepas beberapa bulan duduk di rumah, kerajaan akhirnya mengumumkan bahawa Lembah Klang kini sudah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA SINI: Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Bermula 1 Oktober

Syukur!

Masa untuk staycation!

Umum sedia maklum, mereka yang dah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan untuk melakukan beberapa aktiviti, seperti dine-in dan juga bercuti di negeri yang sama.

Malah, kalau anda seorang content creator, sambil bercuti bolehlah keluarkan konten video yang menarik.

Kredit: Avani Hotels & Resorts Limited

Sambil menyelam, minum air. 😉

Tak tahu nak pergi mana? Kami senaraikan beberapa lokasi yang disyorkan oleh Tourism Selangor. Jadi, anda boleh shortlist dan survey dulu.

5 lokasi staycation menarik


1. Carpe Diem, Serendah.

Kredit: Booking.com

Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang membawa maksud “merebut hari”.

Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk menjalankan sesi latihan pasukan.

Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan bersantai.

2. Sri Damai Resort, Kalumpang.

Kredit: Sri Damai Resort/Instagram

Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak, serta kolam memancing bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung.

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu, terdapat ladang rusa, kambing, serta buah-buahan tempatan yang boleh dikunjungi semasa anda menginap di sini.

3. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang.

Kredit: anwarxaki/Instagram

Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah  namanya taman rimba, ianya pilihan yang tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar.

Apa yang lebih menarik di sini adalah anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang bersayang.

Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu anda dalam keindahan alam yang menghijau.

4. Rumah Hutan Bonda, Batang Kali.

Kredit: PropertyGuru Malaysia

Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda.

Ianya menampilkan konsep rumah Melayu asli yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

5. PulaiThree, Kuala Kubu Bharu.

Kredit: Azfar Heri/Twitter

PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu, di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan unsur kelestarian.

Vila yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan indah seperti gunung hijau zamrud di luar bandar.

Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi dengan kolam renang dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan.


Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd