Kenapa Ramai Sanggup Beratur Untuk Cuba Affogato AiFOKATO Di TRX?
Dengan empat pilihan perisa gelato dan tiga jenis hot pour, pelanggan boleh mencuba sehingga 12 kombinasi berbeza.
- AiFOKATO di The Exchange TRX menawarkan 12 kombinasi affogato DIY dengan gelato berbentuk berlian yang mencair apabila kopi dituang.
- Dalam masa dua bulan, AiFOKATO telah menjual lebih 24,000 cawan affogato, menjadikan barisan menunggu perkara biasa di sana.
- Selain affogato, pengunjung boleh mencuba −86 Frozen Dirty Latte dan Butter Tteok Korea dalam suasana dalaman bergaya Hanok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peminat kopi dan pencuci mulut mungkin boleh memasukkan satu lagi lokasi dalam senarai tempat wajib singgah apabila AiFOKATO, jenama affogato dari Korea Selatan yang viral dengan gelato berbentuk berlian!
Bertempat di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, AiFOKATO menawarkan konsep build-your-own affogato yang membolehkan pelanggan memilih sendiri perisa gelato dan kopi panas untuk menghasilkan gabungan pilihan masing-masing.

Selain affogato istimewanya, pengunjung juga boleh menikmati −86 Frozen Dirty Latte, minuman yang kini turut diperkenalkan di Malaysia.
AiFOKATO Dah Terjual Lebih 24,000 Cawan Affogato Dalam Masa Dua Bulan
Sejak mula beroperasi, AiFOKATO berjaya menarik perhatian pelanggan sehingga barisan menunggu menjadi perkara biasa di cawangannya.
Dalam tempoh dua bulan pertama sahaja, jenama ini dilaporkan telah menjual lebih 24,000 cawan affogato.
Malah ada yang menyifatkan hidangan affogato AiFOKATO sebagai sajian yang cukup menarik untuk dirakam kerana persembahannya yang cantik.
Jenama ini juga semakin mendapat perhatian pengguna di media sosial.
Apa Yang Buat AiFOKATO Menarik?

1. Signature Affogato Dengan 12 Kombinasi Berbeza
Satu perkara yang membezakan AiFOKATO daripada affogato biasa ialah pelanggan boleh memilih sendiri gabungan gelato dan kopi panas mengikut citarasa masing-masing.

Tiada pilihan affogato tetap dalam menu kerana setiap cawan disediakan mengikut pilihan pelanggan.
Lebih menarik, gelato mereka dibentuk dengan permukaan bersegi seperti berlian sebelum kopi panas dituang ke atasnya.

2. −86 Frozen Dirty Latte
Bagi penggemar kopi pula, jangan lepaskan peluang mencuba −86 Frozen Dirty Latte yang turut menjadi antara tarikan utama AiFOKATO.
Seperti namanya, minuman ini menggunakan asas susu yang disejukkan pada suhu sangat rendah sebelum lapisan kopi panas yang baru disediakan dituang di atasnya.
Gabungan dua lapisan dengan suhu berbeza ini menghasilkan kontras yang cukup menarik sebelum kedua-duanya perlahan-lahan bercampur.
Konsep minuman ini juga semakin mendapat perhatian di beberapa negara Asia.
Cawangan Pertama AiFOKATO Di Malaysia
Pembukaan di The Exchange TRX menjadi lokasi pertama AiFOKATO di Malaysia, sekali gus membawakan pengalaman menikmati affogato secara DIY kepada penggemar kopi tempatan.

Untuk melengkapkan pengalaman pengunjung, cawangan ini turut menampilkan ruang dalaman yang diinspirasikan daripada seni bina Hanok tradisional Korea.

AiFOKATO, TRX
- Alamat: Unit No. C.56.0, Level Concourse, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Waktu Operasi: 10AM – 10PM (Setiap hari)
- Instagram: @aifokato.my
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.