Now Reading
Siapakah Kimi Antonelli? Juara Dunia F1 Paling Muda Dalam Sejarah

Siapakah Kimi Antonelli? Juara Dunia F1 Paling Muda Dalam Sejarah

Kimi Antonelli memulakan karier sebagai pelumba F1 pada usia 18 tahun menjadikannya antara paling muda dalam sejarah sukan tersebut.

In Brief
  • Kimi Antonelli, aged 20, became the youngest F1 World Champion in history, breaking Sebastian Vettel's long-standing record.
  • The Italian driver secured his title at the Mexico Grand Prix in only his second F1 season with Mercedes-AMG Petronas.
  • Antonelli began karting at age seven and rapidly climbed the motorsport ladder, dominating multiple junior championships before reaching F1.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kimi Antonelli berjaya mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Formula (F1) paling muda pernah dicatatkan dalam sukan ini.

Pelumba dari Itali yang berusia 20 tahun itu telah mengesahkan gelarannya sebagai juara di Grand Prix Mexico dan memecahkan rekod lama dimiliki oleh Sebastian Vettel.

Kejayaan tersebut telah menamatkan penantian panjang negara Itali yang tidak pernah melahirkan juara dunia pelumba sejak Alberto Ascari pada tahun 1953.

Antonelli Juara Dunia Di Grand Prix Mexico

Kimi Antonelli. (Foto: Formula 1)

Memetik GQ, pelumba Mercedes-AMG Petronas, Antonelli tiba di Mexico dengan pendahuluan mata sangat selesa.

Jika dia meraih tempat kesembilan dalam perlumbaan tersebut sudah memadai untuk Antonelli dijadikan juara tanpa perlu bergantung kepada keputusan pesaingnya.

Antonelli telah memulakan perlumbaan dari tempat keempat sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, mengekori Max Verstappen dan Lewis Hamilton.

Seminggu sebelum perlumbaan di Autódromo Hermanos Rodríguez, Antonelli telah menjuarai Grand Prix Amerika Syarikat meluaskan jurang antara pelumba lain.

Selain itu, pencapaian hebat ini berlaku hanya pada musim keduanya dalam F1.

Menerusi kejayaan ini, Antonelli berjaya mengatasi Sebastian Vettel sebagai pelumba termuda menjadi juara dunia F1.

Vettel berjaya memenangi juara dunia pertama daripada empat pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun.

Antonelli pula lahir pada 25 Ogos 2006 dan menjadi juara pada 1 November 2026, ketika berusia 20 tahun dan 68 hari.

Siapakah Sebenarnya Andrea Kimi Antonelli?

Juara dunia paling muda dalam sukan ini. (Foto: Formula 1)

Nama penuhnya ialah Andrea Kimi Antonelli, dan dilahirkan di Bologna, Itali.

Antonelli mewakili pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 bersama George Russell

Antonelli menyertai F1 pada tahun 2025 bagi mengisi kerusi yang ditinggalkan Lewis Hamilton, selepas pemandu British itu berpindah ke Ferrari.

Ketika itu, beliau baru berusia 18 tahun dan menjadi pelumba ketiga termuda pernah beraksi dalam perlumbaan F1.

Pada musim debutnya, Antonelli berjaya mengumpul 150 mata bersama tiga penamat podium dan menduduki tempat ketujuh dalam kejuaraan tahun tersebut.

Namun begitu, Antonelli turut berdepan dengan beberapa kesilapan sebagai seorang peluma baharu.

Tetapi, dia turut dapat membantu pasukan Mercedes-AMG Petronas meraih tempat kedua dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia F1 (Constructor Championship).

Musim Kedua Menjadi Lonjakan Besar Bagi Antonelli

Kemenangan pertamanya hadir di Grand Prix China 2026 ketika berusia 19 tahun enam bulan, sekali gus menjadikannya pemenang kedua termuda dalam sejarah sukan ini.

Seterusnya, Antonelli membina satu musim yang sangat dominan.

Sebelum tiba di Mexico, Antonelli sudah berjaya mencatat sembilan kemenangan, tujuh pole position dan 15 podium dalam 18 perlumbaan musim ini.

Dan kejayaan pada usia muda bukanlah sesuatu yang ganjil bagi Antonelli.

Ketika perlumbaan debutnya juga, Antonelli telah disenaraikan antara pelumba paling muda dalam sejarah.

Malah, Antonelli berjaya mendapat pole position untuk perlumbaan Sprint di Miami menjadikannya pemandu termuda mencatatkan rekod itu dalam F1.

Sukan Perlumbaan Yang Telah Bermula Sejak Kecil

Mercedes-AMG Petronas. (Foto: Formula 1)

Bapanya, Marco Antonelli juga seorang pelumba sebelum menguruskan pasukan lumbanya sendiri.

Antonelli mula berlumba menerusi siri go-kart seawal usia tujuh tahun dan menyerlah dalam kategori junior.

Dalam masa sama, Mercedes turut mengakui bakat Antonelli lalu memasukkannya ke dalam program pemandu pasukan itu pada April 2019, ketika berusia 12 tahun.

Pada tahun sama, Antonelli berjaya memenangi WSK Euro Series dan WSK Super Master Series dalam kelas OK Junior sebelum menjuarai dua kejuaraan kart Eropah secara berturut-turut.

Mendaki Pantas Menuju Formula 1

Kimi Antonelli ketika di F2. (Foto: Mercedes-AMG Petronas)

Antonelli mula berlumba dalam kereta single seater bermula pada tahun 2021.

Setahun kemudian, Antonelli mendominasi Formula 4 Itali dan ADAC Formula 4 Jerman dengan 22 kemenangan, 21 pole position serta 27 podium menerusi kedua-dua kategori tersebut.

Memetik semula laporan GQ, Antonelli turut menjuarai Formula Regional Middle East dan Formula Regional European Championship by Alpine pada tahun 2023.

Melihat perkembangan yang sangat pantas, Mercedes mengambil keputusan untuk meninggalkan Formula 3 (F3) dan membawanya ke Formula 2 (F2) pada tahun 2024.

Bersama Prema Racing, Antonelli menamatkan satu musim F2 pada kedudukan keenam dengan kemenangan di Silverstone dan Budapest.

Pengalaman tersebut dilihat positif bagi Mercedes yang akhirnya mengumumkan Antonelli ke F1 untuk musim 2025.

Berikut ialah senarai penuh rekod yang diperolehi oleh Antonelli bagi musim F1 2026:

  1. Australia: Tempat kedua
  2. China: Juara
  3. Japan: Juara
  4. Miami: Juara
  5. Kanada: Juara
  6. Monaco: Juara
  7. Barcelona-Catalunya: Did Not Finish (DNF)
  8. Austria: Tempat ketiga
  9. Great Britain: Tempat ke-15
  10. Belgium: Juara
  11. Hungary: Tempat ketiga
  12. Belanda: Tempat kedua
  13. Itali: Juara
  14. Sepanyol: Juara
  15. Azerbaijan: Tempat kelima
  16. Bahrain (Sepang): Tempat kedua
  17. Singapura: Tempat ketiga
  18. Amerika Syarikat: Juara
  19. Mexico: Tempat ketiga

Baca Artikel Berkaitan: F1 Sepang 2026: Keuntungan Sebanyak RM950 Juta Telah Berjaya Disuntik Ke Ekonomi Negara – Parlimen | TRP

Baca Artikel Berkaitan: F1 Sepang 2026: Cuaca Panas Boleh Cecah 50°C Bakal Menguji Kesabaran Pemandu | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd