Now Reading
Nak Jimat Sebelum Terbang? Ini 5 Cara Maksimumkan Perbelanjaan Di KLIA

Nak Jimat Sebelum Terbang? Ini 5 Cara Maksimumkan Perbelanjaan Di KLIA

Ketahui lima cara berbelanja dengan lebih bijak di KLIA, daripada membeli barangan keperluan dan menikmati hidangan hinggalah mendapatkan tawaran istimewa sebelum penerbangan.

In Brief
  • Manfaatkan masa menunggu penerbangan di KLIA dengan membeli barangan keperluan dan menikmati hidangan kegemaran sebelum berlepas.
  • Semak tawaran kempen Raining Deals untuk nikmati potongan harga barangan, makanan dan minuman di outlet terpilih KLIA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa kata membeli-belah dan menjamu selera di lapangan terbang semestinya memerlukan belanja yang besar?

Dengan sedikit perancangan, masa menunggu penerbangan di KLIA sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan barangan keperluan, menikmati hidangan dan membuat pilihan perbelanjaan yang lebih bijak.

Sama ada anda berlepas dari KLIA Terminal 1 atau Terminal 2, terdapat pelbagai pilihan untuk diterokai sementara menunggu waktu penerbangan.

Berikut lima cara untuk memanfaatkan masa dan perbelanjaan anda di KLIA.

1. Selesaikan Urusan Membeli-Belah Sebelum Berlepas

Daripada singgah ke beberapa kedai selepas tiba di destinasi, apa kata manfaatkan masa di lapangan terbang untuk mendapatkan barangan yang diperlukan?

Di KLIA Terminal 1, anda boleh mencari pakaian dan aksesori fesyen di Lacoste atau melihat pilihan gajet serta barangan teknologi mesra perjalanan di Metapod.

  • Lacoste, Passenger Level, Satellite Building, International Departure (Airside), KLIA Terminal 1
Lacoste

Jika berlepas dari Terminal 2 pula, anda boleh melihat koleksi beg dan aksesori di Furla atau meneroka pilihan fesyen daripada Kashkha yang baru dibuka.

  • Furla, Ground Level, International Departure (Airside), KLIA Terminal 2
  • Kashkha, Level 1A, Domestic Departure/Arrival (Airside), KLIA Terminal 2
Furla
Kashkha

Untuk berbelanja dengan lebih bijak, sebaiknya senaraikan barangan yang ingin dibeli terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh terus ke kedai pilihan tanpa membuang masa melihat-lihat barangan yang tidak diperlukan.

2. Nikmati Hidangan Sebelum Menaiki Pesawat

Perjalanan yang menyeronokkan boleh bermula dengan menikmati hidangan kegemaran sebelum menaiki pesawat.

Jika berada di KLIA Terminal 1, anda boleh singgah ke Ya Kun Kaya Toast untuk menikmati hidangan ringkas atau Taco Bell bagi mereka yang menggemari makanan segera.

Jollibee pula menawarkan pilihan hidangan yang cukup dikenali, manakala penumpang di Terminal 2 boleh mencuba pelbagai sajian di Asia Street Cooking.

  • Ya Kun Kaya Toast, Level 5, Main Terminal Building (Landside), KLIA Terminal 1
  • Taco Bell, Level 5, Main Terminal Building (Landside), KLIA Terminal 1
  • Jollibee, Level 3, Domestic Departure (Landside), KLIA Terminal 2
  • Asia Street Cooking, International Departure (Airside), KLIA Terminal 2

Sebaiknya tiba lebih awal supaya anda mempunyai masa untuk menikmati hidangan tanpa perlu tergesa-gesa mengejar waktu penerbangan.

Lagipun, percutian yang menyeronokkan boleh bermula dengan menikmati makanan kegemaran sebelum berlepas!

3. Dapatkan Barangan Keperluan Sebelum Tiba Di Destinasi

Terlupa membawa pelindung matahari, memerlukan barangan penjagaan diri atau tiba-tiba menyedari anda tiada bahan bacaan untuk menemani penerbangan?

Sebelum merancang untuk singgah ke kedai sebaik sahaja tiba di destinasi, cuba lihat dahulu pilihan yang tersedia di KLIA.

Guardian di KLIA Terminal 1 menawarkan pelbagai barangan penjagaan diri, produk penjagaan kulit dan keperluan harian.

WHSmith

Sementara itu, WHSmith di KLIA Terminal 2 menyediakan pilihan snek, minuman, bahan bacaan serta pelbagai barangan keperluan perjalanan.

Dengan mendapatkan barangan yang diperlukan lebih awal, anda boleh mengurangkan urusan membeli-belah sebaik tiba di destinasi dan mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati percutian.

  • Guardian, Passenger Level, Satellite Building, International Departure (Airside), KLIA Terminal 1
  • WHSmith, International Departure (Airside), KLIA Terminal 2

4. Bawa Pulang Buah Tangan Dari Malaysia

Jika bakal melancong ke luar negara, jangan lupa membawa sedikit buah tangan untuk keluarga dan kenalan di sana.

Bagi yang mencari hadiah istimewa atau ingin berkongsi cita rasa tempatan dengan rakan dari negara lain, Delicacies of Malaysia di KLIA Terminal 1 menawarkan pelbagai pilihan produk tempatan.

Antaranya termasuk snek tempatan, rempah-ratus, kraf tradisional serta cenderamata berinspirasikan Malaysia.

Sama ada ingin membeli hadiah untuk insan tersayang atau memperkenalkan makanan tempatan kepada kenalan di luar negara, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Malah, anda juga boleh mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai kenangan sebelum memulakan perjalanan.

Delicacies of Malaysia
  • Delicacies of Malaysia, Level 5, Main Terminal Building (Landside), KLIA Terminal 1

5. Jangan Terlepas Tawaran Diskaun Raining Deals

Jika anda memang merancang untuk membeli-belah atau menjamu selera di lapangan terbang, tidak salah untuk menyemak tawaran diskaun yang tersedia terlebih dahulu.

Menerusi kempen Raining Deals, pengunjung boleh menikmati potongan harga bagi pembelian barangan runcit, perkhidmatan dan makanan serta minuman (F&B) di outlet terpilih di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2.

Tawaran ini boleh dimanfaatkan ketika membeli barangan keperluan perjalanan, mencari pakaian atau menikmati hidangan sebelum berlepas.

Jadi, jika anda bakal melalui KLIA dalam masa terdekat, mungkin sudah tiba masanya untuk datang sedikit awal dan meneroka pilihan membeli-belah serta tempat makan yang tersedia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd