Now Reading
Bola Sepak Erat Ukhuwah Media – Jabatan Imigresen Malaysia

Bola Sepak Erat Ukhuwah Media – Jabatan Imigresen Malaysia

In Brief
  • Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan bersama pengamal media sempena Hari Sukan Negara.
  • Perlawanan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara JIM dan media bagi memastikan komunikasi dua hala yang lebih positif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dari medan berita ke padang bola sepak, pengamal media dan warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bertemu dalam aksi persahabatan bola sepak yang menyatukan dua skop tugas berbeza.

Perlawanan bermula jam 8 malam tersebut bukan sekadar medan menunjukkan kehebatan di padang, tetapi juga platform mengeratkan hubungan antara penguat kuasa dan pengamal media dalam suasana santai dan mesra.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, perlawanan persahabatan bola sepak antara kedua-dua pasukan berlangsung dengan semangat kesukanan dan ukhuwah.

Menurutnya, perlawanan ini dianjurkan sempena Hari Sukan Negara (HSN) dan menyahut budaya pupuk kesihatan khususnya kepada pegawai dan anggota jabatan.

“Di samping mengeratkan hubungan antara pihak JIM dan rakan media, ini juga memperkukuh kerjasama strategik dalam penyampaian laporan berita secara beretika dan profesional.

“Ini sekali gus memastikan komunikasi dua hala yang lebih positif antara kami dengan wartawan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Padang Arena Sukan Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Pasukan media dibarisi daripada pelbagai agensi antaranya Sinar Harian, The Star, The Rakyat Post, Harian Metro, New Straits Times, Bernama dan Utusan Malaysia.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua pasukan media bertemu aksi perlawanan persababatan dengan JIM Kuala Lumpur.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd