Now Reading
Suria KLCC Bina Sebuah Istana Di Centre Court Sempena Sambutan Deepavali 2026

Suria KLCC Bina Sebuah Istana Di Centre Court Sempena Sambutan Deepavali 2026

Indian Palace Courtyard turut menyediakan bengkel kreatif dari 23 Oktober sehingga 11 November.

In Brief
  • Suria KLCC menukar Centre Court menjadi Indian Palace Courtyard yang mempesonakan dari 23 Oktober hingga 11 November 2026.
  • Pengunjung boleh menikmati persembahan tarian tradisional, bengkel kreatif dan ganjaran istimewa sempena sambutan Deepavali ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sambutan Deepavali atau mesra dikenali sebagai Festival of Lights merupakan antara perayaan paling dinanti-nantikan oleh masyarakat India di Malaysia.

Bagi menambah suasana kemeriahan ketika musim perayaan tersebut, majoriti pusat membeli-belah akan menghiasi dan menyediakan aktiviti menarik.

Contohnya seperti Kumpulan Suria KLCC yang mengajak orang ramai meraikan Festival of Lights di tiga pusat beli-belahnya, iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall.

Centre Court Suria KLCC Berubah Jadi Sebuah Indian Palace Courtyard

Indian Palace Courtyard. (Foto: Aliff / TRP)

Dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, ruang Centre Court Suria KLCC dihias sepenuhnya menjadi sebuah Indian Palace Courtyard yang mempesonakan.

Reka bentuknya diilhamkan daripada seni bina istana diraja India, memberikan pengunjung perasaan seolah-olah berada dalam sebuah mahligai.

Sepasang burung merak dengan ketinggian 10 meter menghiasi pintu gerbang utama. Manakala itu, skrin LED memaparkan elemen air menambah kepada keseluruhan suasana meriah.

Di bahagian tengah ruang tersebut pula kelihatan sebuah pavilion dihiasi dengan ukiran keemasan dan sentuhan sutera berwarna-warni.

Ia menjadi latar belakang sempurna bagi orang ramai yang ingin merakam kenangan manis bersama keluarga dan orang tersayang.

Baca Artikel Berkaitan: Sam Edelman Buka Butik Baharu Di Suria KLCC, Tawar Koleksi Eksklusif | TRP

Persembahan Tarian Tradisional & Bengkel Kreatif Boleh Dinikmati

Bahagian depan yang dihiasi dengan Burung Merak & Skrin LED. (Foto: Aliff / TRP)

Indian Palace Courtyard ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional pada 1, 7 dan 8 November 2026.

Tambahan pula, pengunjung turut dapat melakukan aktiviti interaktif menerusi dua bengkel kreatif yang disediakan.

Menerusi Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober,1, 8 dan 9 November 2026. Selain itu, pengunjung pun berpeluang menghias Tart Kastard Masala Chai edisi terhad dengan corak berwarna-warni berinspirasikan kolam.

Selesai menghias, mereka turut boleh singgah ke cawangan Flaaah bagi menikmati diskaun eksklusif 20% untuk pembelian satu kotak penuh tart.

Dalam masa sama, Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober, 1, 7 dan 8 November 2026 mengajak pengunjung menghasilkan gubahan bunga kertas sendiri.

Hasil gubahan itu kemudiannya dilengkapkan dengan semburan wangian baharu Yves Rocher daripada koleksi Pleines Natures.

Selain kepelbagaian aktivit boleh dinikmati, Suria KLCC turut menyediakan ganjaran istimewa bagi pelanggan sempena sambutan Deepavali ini.

Antaranya seperti berikut:

  • Sebarang perbelanjaan RM1,000 ke atas menerusi dua resit berpeluang menerima e-Voucher membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, terhad kepada 300 penebusan terawal.
  • Pembeli e-Voucher Suria KLCC bernilai RM1,000 pula melayakkan pelanggan menerima e-Voucher tambahan RM100, khusus untuk 20 pelanggan terawal.

Alamanda Dan Mesra Mall Turut Menyemarakkan Suasana Sambutan Deepavali

Menariknya, sambutan ini bukan tertumpu di Suria KLCC sahaja. Malah, dua lagi pusat beli-belah turut ikut bersama.

Di Alamanda Shopping Centre, pengunjung dapat menikmati hiasan kolam berwarna-warni yang diterangi lampu tradisional dan gerbang perayaan dari 23 Oktober hingga 9 November 2026.

Manakala Mesra Mall di Kemasik, Terengganu pula meraikan Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026.

Di situ, kawasan kaunter Concierge dihias dalam suasana berinspirasikan Indian Palace Courtyard, lengkap dengan motif tradisional, susunan bunga dan cahaya.

Sambutan Deepavali ini turut berlangsung ketika Kuala Lumpur menyambut kedatangan pelancong dari seluruh dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ia membuka peluang kepada para pelancong untuk menikmati sendiri tradisi dan budaya rakyat Malaysia ketika meraikan Deepavali.

Sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada hari Ahad (8 November 2026).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, sambutan ini mengambil inspirasi daripada semangat rumah terbuka yang merupakan tradisi Deepavali di Malaysia.

“Perayaan Deepavali di Malaysia mengetengahkan amalan rumah dan pintu terbuka, hidangan tersedia di atas meja serta suasana yang mengalu-alukan. Itulah suasana yang ingin kami bawa ke pusat membeli-belah kami.

“Sebuah Istana dibina untuk menyambut tetamu memberikan ruang menikmati persembahan tarian tradisional, menghias tart kolam atau mengambil gambar bersama keluarga.”

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Hiking Outdoor Kegemaran Gen Z Bakal Buka Kedai Rasmi Di Suria KLCC | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Streetwear Dari Jepun Ini Bakal Buka Kedai Pertama Di KLCC


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd