Barista Malaysia, Tan Shing Win Cipta Sejarah Berjaya Raih Podium Di World Barista Championship 2026
Barista perlu melakukan persembahan selama 15 minit menghasilkan 3 jenis kopi iaitu espreso, berasaskan susu & signature dalam kuantiti empat.
- Tan Shing Win mencipta sejarah sebagai barista Malaysia pertama meraih podium di World Barista Championship, menduduki tempat kedua.
- Kejayaan Shing Win membina momentum baharu bagi industri kopi Malaysia, mengatasi rekod terbaik sebelumnya oleh Jason Loo pada 2025.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Barista tempatan Tan Shing Win telah menyertai Kejohanan Barista Dunia atau World Barista Championship (WBC) 2026 yang berlangsung di Panama City, Panama.
Shing Win berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat kedua dan merupakan rekod terbaik bagi rakyat Malaysia dalam kejohanan tersebut.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah seorang barista tempatan berjaya memperolehi podium di WBC.
Tan Shin Win Layak Ke Pusingan Akhir Enam Terbaik

Juara Barista Malaysia 2025 itu melakar sejarah selepas berjaya menempatkan diri di podium kejohanan tersebut.
Beliau melayakkan diri ke pusingan akhir enam terbaik setelah menempuh pusingan awal dan separuh akhir.
Kejohanan tahun ini telah berlangsung di Panam Convention Center dari 22 hingga 25 Oktober.
Pencapaian Terbaik Bagi Rakyat Malaysia
Kejayaan Shing Win turut mengatasi pencapaian terbaik negara sebelum ini di kejohanan berkenaan.
Menurut Malay Mail, rekod lalu telah dicatatkan oleh seorang barista tempatan bernama Jason Loo yang berjaya menduduki tempat keempat pada WBC 2025 tahun lepas.
Pencapaian tersebut menjadi waktu penting bagi industri kopi di negara.
Ia membuktikan barista Malaysia mampu bersaing dengan nama besar di atas pentas yang selama ini dikuasai oleh negara-negara menghasilkan specialty coffee.
Perjalanan Shing Win Bermula Dengan Satu Keputusan

Shing Win mula berkecimpung dalam dunia kopi apabila melakukan keputusan untuk meninggalkan laluan kerjaya yang lebih konvensional.
Asalnya mempunyai latar belakang dalam industri kewangan dan ekonomi sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan itu selepas menempuh satu tempoh latihan amali singkat bagi menceburi dunia kopi sepenuh masa.
WBC 2026 di Panama pula menjadi penampilan debutnya di kejohanan tersebut.
Kejayaan ini merupakan hasil titik peluh enam tahun mendalami ilmu mengenai kopi yang jauh melangkaui sekadar menghasilkan espreso sahaja.
Pengalamannya Shing Win bermula di One Half Roastery, Petaling Jaya, Shing Win menguruskan pembangunan perniagaan dan acara.
Manakala tugasnya bersama Tri-Up Coffee SEA melibatkan diri memperolehi green bean coffee dan mengembangkan pasaran.
Shing Win turut pernah menjadi pengurus kedai di bakeri, Dou Dou Bakes.
Persembahan 15 Minit Di Pentas Dunia

Pengalamannya dalam mendalami perjalanan daripada biji kopi ke cawan pelanggan menjadi konsep utama dalam persembahannya.
Dalam persembahan selama 15 minit di pentas, Shing Win meneroka bagaimana tahap kelembapan boleh mempengaruhi rasa kopi sepanjang prosesnya, bermula daripada pemprosesan di ladang dan pengeringan sehinggalah ke peringkat akhir oleh barista.
Menurutnya, menguruskan tahap kelembapan bukan sekadar satu latihan teknikal. Sebaliknya, satu tanggungjawab untuk membantu memelihara, mengembang dan akhirnya menyerlahkan potensi sepenuhnya rasa kopi tersebut.
Bagi kejohanan itu, beliau memilih kopi Geisha jenis traditional washed dari El Pergamino, sebuah pengeluar kopi istimewa di Panama.
Ia merupakan antara biji kopi paling mewah di dunia dan pemilihan itu mencerminkan konsepnya dengan baik.
Tambahan pula, Shing Win turut bersaing dengan wakil barista dari Australia, China, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand dalam pusingan akhir.
Berikut ialah kedudukan penuh pusingan akhir WBC 2026
- Pan Wei, China (Juara)
- Tan Shing Win, Malaysia (Naib Juara)
- Frederick Ruben, Emiriah Arab Bersatu (Tempat Ketiga)
- Gabrel Tan, Australia
- Jane Kawinnart, Thailand
- Jill Hoff, Canada
Kejayaan Bakal Jadi Penanda Aras Baharu Bagi Barista Malaysia
Pencapaian podium Shing Win turut membina momentum hasil kejayaan Jason Loo tahun lalu, sekali gus menjadi satu penanda aras baharu bagi barista Malaysia.
Bagi sebuah industri yang telah memperkukuhkan satu budaya dikenali menerusi kafe, pertandingan dan lain-lain. Kejayaan ini dilihat lebih daripada sekadar satu anugerah individu.
Ia menunjukkan bagaimana industri kopi di Malaysia telah berkembang dan menjadi petanda baik bagi generasi akan datang.
Apa Itu World Barista Championship (WBC)?

Menurut laman web rasmi World Barista Championship, kejohanan ini meraikan seni kecemerlangan kopi dan mengangkat profesion barista di peringkat global.
Setiap tahun, lebih 50 juara dari seluruh dunia bersaing dalam kejohanan ini.
Dalam masa 15 minit, setiap peserta perlu menyediakan:
- Empat espreso
- Empat minuman berasaskan susu
- Empat minuman istimewa
Persembahan mereka dinilai berdasarkan kriteria utama seperti rasa, kebersihan, kreativiti, kemahiran teknik dan keseluruhan persembahan.
Selain itu, kejohanan acara WBC tahun ini merupakan kali pertama dilakukan di Amerika Tengah.
Dalam masa sama, WBC 2027 dijadualkan bakal berlangsung dari 28 April hingga 1 Mei 2027 di Tokyo, Jepun.
Baca Artikel Berkaitan: Nas Jaafar Cipta Sejarah, Muncul Juara World Brewers Cup 2026
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya! | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.