Peminat Minta, Mekdi Tunaikan! Sos Cili Mekdi Kini Disediakan Dalam Botol
Sebagai tawaran eksklusif buat peminat, hanya 100,000 botol Sos Cili Mekdi disediakan di seluruh negara.
- McDonald's Malaysia menjadi pasaran pertama di dunia yang menawarkan Sos Cili Mekdi dalam botol, untuk tempoh terhad sahaja.
- Idea botol ini tercetus daripada perkongsian peminat di media sosial, termasuk cerita membawa sos ini ketika melancong ke luar negara.
- Hanya 100,000 botol disediakan, boleh dibeli pada harga RM10 dengan pembelian McValue Meal, bermula 22 Oktober hingga 4 November 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sos Cili Mekdi memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Ada yang menyimpan beberapa paket di dalam peti sejuk atau laci dapur, malah mengumpulkannya di dalam balang di rumah untuk hidangan seterusnya.
Ada juga yang membawa sos kegemaran ini ke mana-mana, termasuk ketika melancong ke luar negara.
Akhirnya, Sos Cili Mekdi Ada Dalam Botol!

Malaysia menjadi pasaran McDonald’s pertama di dunia yang menawarkannya dalam botol.
Idea ini tercetus daripada perbualan dan perkongsian peminat di media sosial tentang cara mereka menikmati Sos Cili Mekdi.
Ramai yang mahukan sos kegemaran mereka dalam botol, dan McDonald’s Malaysia kini menunaikan permintaan itu.

“Kami tahu rakyat Malaysia sangat menggemari Sos Cili Mekdi. Ada peminat yang berkongsi pengalaman membawa sos ini ketika melancong ke luar negara, menunjukkan betapa mereka menyukainya.
“Perkongsian dan permintaan mereka inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan Sos Cili Mekdi dalam botol buat pertama kalinya di dunia,” kata Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Melalui tawaran untuk tempoh terhad ini, kami mahu meraikan cara tersendiri rakyat Malaysia menikmati Sos Cili Mekdi, sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan dan perkongsian momen mereka bersama Mekdi selama ini,” tambahnya.
Satu botol Sos Cili Mekdi Bersamaan Dengan Kira-kira 44 Paket!
Rasa yang biasa dinikmati bersama hidangan McDonald’s kegemaran kini boleh dibawa pulang dan dinikmati bersama apa sahaja hidangan pilihan di rumah.
Pada acara khas McDonald’s Malaysia yang berlangsung di Lot 10, Bukit Bintang, pada malam 21 Oktober 2026, peminat berpeluang menukar satu paket Sos Cili Mekdi daripada simpanan mereka dengan satu botol secara percuma.
Tawaran ini terhad kepada 500 penebusan pertama sahaja.
Peminat juga berpeluang meletakkan nama sendiri pada botol di stesen personalisasi yang disediakan semasa acara tersebut, menjadikan botol Sos Cili Mekdi mereka lebih istimewa untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Sebagai tawaran eksklusif buat peminat, hanya 100,000 botol Sos Cili Mekdi disediakan di seluruh negara.
Bermula 22 Oktober hingga 4 November 2026, pelanggan boleh mendapatkan satu botol pada harga RM10 bagi setiap pembelian satu McValue Meal di semua restoran McDonald’s, termasuk melalui pesanan penghantaran, selagi stok masih ada.
Buat peminat Sos Cili Mekdi, inilah peluang untuk membawa pulang sos kegemaran anda dalam botol!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.