Now Reading
Petron Diiktiraf Malaysia Book Of Records, 560 Stesen Terima Penarafan 4 & 5 Bintang

Petron Diiktiraf Malaysia Book Of Records, 560 Stesen Terima Penarafan 4 & 5 Bintang

91% stesen Petron kini berjaya memperoleh penarafan 4 & 5 bintang berdasarkan pencapaian semasa.

In Brief
  • Petron Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana memiliki jumlah stesen minyak tertinggi dengan penarafan kebersihan tandas 4 dan 5 bintang.
  • Sebanyak 560 stesen Petron, bersamaan 86% daripada keseluruhan rangkaian, berjaya memperoleh penarafan kebersihan 4 atau 5 bintang pada Jun 2025.
  • Pencapaian ini terhasil daripada kempen 'Tandas Kita Bersih' yang bermula sejak 2018, dengan kerjasama erat pengusaha dan pekerja stesen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Petron Malaysia kini muncul sebagai penanda aras industri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) berdasarkan jumlah stesen minyak tertinggi berjaya memperoleh tahap kebersihan tandas 4 dan 5 bintang di negara ini.

Penilaian tersebut diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala pengiktirafan MBOR telah mendapat sokongan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan Petron bagi menaikkan standard kebersihan dan memberikan pengalaman selesa kepada pelanggannya.

Usaha Petron Telah Bermula Sejak 2018

Menurut Petron, kempen ‘Tandas Kita Bersih’ menjadi corak permulaan bagi menaikkan tahap kebersihan tandas mereka.

Tujuan kempen tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kesedaran masyaratkan tetang kepentingan menjaga kemudahan awam.

Selain itu, Petron turut menambah baik kemudahan tandasnya dan memperkukuh amalan penyelenggaraan di seluruh rangkaiannya.

Para pengusaha dan pekerja turut memainkan peranan besar bagi mengekalkan standard ini bagi memastikan setiap pelanggan kekal selesa.

Sebanyak 560 Stesen Petron Telah Menerima Penarafan 4 & 5 Bintang

Tandas Petron. (Foto: Petron)

Komitmen memastikan tandas kekal bersih, selamat dan terurus menjadi sebahagian daripada budaya perkhidmatan Petron.

Menariknya, stesen Petron Stadium Hang Jebat di Melaka berjaya memenangi ASEAN Public Toilet Initiative tiga tahun yang lalu.

Usaha tersebut berjaya membuktikan kesungguhan Petron bagi memenuhi standard antarabangsa dari segi kebersihan, keselamatan dan kemudahan asas.

Tambahan pula, sebanyak 560 buah stesen minyak Petron telah berjaya memperoleh penarafan kebersihan 4 atau 5 bintang.

Jumlah tersebut bersamaan 86% daripada keseluruhan rangkaian ketika penilaian dijalankan pada Jun 2025.

Pencapaian ini melayakkan Petron menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records yang merangkumi beberapa kriteria utama seperti tahap kebersihan, fungsi kemudahan, penyelenggaraan dan keselesaan keseluruhan pengguna.

Malah, jumlah stesen yang berjaya memperoleh penarafan 4 dan 5 bintang kini meningkat kepada 91% berdasarkan pencapaian semasa.

Hasil Kerjasama Bersama Pengusaha & Pekerja Berjaya Mendapat Pengiktirafan

Nga Kor Min & Mohd Nizam Mansor. (Foto: Petron)

Menurut Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor, pengiktirafan itu terhasil daripada usaha konsisten selama bertahun-tahun dan kerjasama erat bersama para pengusaha serta pekerja stesen.

“Kami berbangga melihat bagaimana kempen kebersihan tandas yang bermula pada tahun 2018 telah berkembang menjadi satu komitmen di peringkat nasional yang kini menetapkan penanda aras baharu untuk industri,” katanya.

Nizam Mansor turut menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan penting yang mengukuhkan lagi usaha Petron meningkatkan standard perkhidmatan kepada pelanggan, selaras dengan janji ‘Pasti OK’.

Dalam masa sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, berkata sejak tahun 2023, Kerajaan MADANI menerusi KPKT memperkenalkan inisiatif Tandas BMW (Bersih, Menawan, Wangi) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebersihan tandas awam.

“Saya amat berbesar hati melihat semakin banyak pihak swasta menyahut seruan ini untuk bersama-sama meningkatkan standard kebersihan berkenaan.

Petron merupakan antara teladan terbaik bagaimana kerjasama strategik antara Kerajaan dan sektor swasta dapat membawa perubahan positif terhadap kemudahan  yang digunakan oleh rakyat setiap hari.”

Petron Terus Memperkukuh Kebersihan Di Setiap Persinggahan

Malaysia Book of Records (MBOR). (Foto: Petron)

Bagi Petron Malaysia, tandas yang bersih dan terurus bukan sekadar kemudahan asas, malah sebahagian penting daripada pengalaman pelanggan.

Janji ‘Pasti OK’ mencerminkan komitmen mereka memberikan pengalaman memuaskan di setiap persinggahan lebih bersih, selamat serta selesa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd