Kenapa Jerebu Boleh Kembali Selepas Hujan Lebat?
Air hujan dapat membantu mengurangkan kesan jerebu tetapi selagi punca utamanya belum diselesaikan seperti kebakaran hutan dan tiupan angin masih akan meneruskan masalah ini.
- Hujan lebat boleh membersihkan partikel jerebu melalui pemendapan basah, tetapi langit cerah tidak bermakna udara selamat.
- Cloud seeding hanya penyelesaian sementara kerana asap jerebu boleh kembali semula dibawa tiupan angin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika negara sedang bergelut dengan masalah jerebu, ramai di antara kita berharap agar hujan dapat membersihkan udara sekeliling.
Malah, dengan sebahagian kawasan di Sarawak kini mengalami masalah jerebu yang teruk sejak beberapa tahun ini, harapan untuk hujan semakin kuat.
Tetapi, adakah hujan lebat dapat menyelesaikan masalah kita?
Hujan Bantu Bersihkan Udara Tetapi Masih Boleh Jejaskan Kesihatan Kita

Menurut penyelidik perubahan iklim di National Institute of Education (NIE), Dr Wang Jinyu menyatakan bahawa hujan sebenarnya mampu membersihkan udara sekeliling kita.
Dr Wang menjelaskan bahawa titisan air hujan yang jatuh menerusi atmosfera akan memerangkap partikel tercemar seperti jerebu membawanya turun ke tanah.
Proses ini dikenali sebagai pemendapan basah, atau lebih dikenali sebagai washout.
Inilah sebabnya partikel jerebu seperti PM2.5 dan PM10 boleh berkurangan ketika dan selepas hujan berterusan.
“Keberkesanan proses ini bergantung pada jumlah air hujan itu sendiri,” tambah Dr Wang.
Ia bermaksud bahawa hujan yang lebat dapat banyak membersihkan partikel di ruang udara.
Selain itu, hujan petang dipercayai dapat membantu mengurangkan jumlah partikel jerebu halus seperti PM2.5
Tetapi, Dr Wang turut memberi amaran yang wajar diambil perhatian.
Titisan air yang terhasil daripada proses hujan itu lebih besar daripada partikel PM2.5 masih berupaya untuk menjejaskan kesihatan kita.
Ini kerana titisan besar tersebut boleh menganggu saluran pernafasan sehingga mencetuskan gejala demam, selsema, susah bernafas dan lain-lain.
Manakala, titisan lebih kecil boleh menembus ke dalam paru-paru.
Langit Yang Cerah Selepas Hujan Tidak Bermakna Udara Selamat
Dr Wang turut menekan bahawa langit cerah selepas hujan tidak semestinya bermakna pencemaran udara sudah hilang.
Sebaliknya, bahan pencemaran tersebut masih ada berlegar di ruang udara, walaupun pemandangan semakin bersih.
Ketika musim jerebu ini, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berwaspada dengan memantau kualiti udara daripada sumber rasmi dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Nasihat ini sangat penting bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua dan individu mengalami masalah pernafasan.
Adakah Hujan Dari Cloud Seeding Dapat Bantu Mengurangkan Masalah Jerebu?

Melihat keupayaan hujan membersihkan kualiti udara, timbul persoalan adakah proses cloud seeding dapat membantu menangani masalah jerebu.
Menurut Esti, jawapannya ya! Cloud seeding sangat berguna, tetapi kita perlu memahami sebab dan tujuannya dilakukan terlebih dahulu.
Ia tidak mencipta hujan daripada langit yang kosong, sebaliknya hanya meningkatkan peluang daripada awan sedia ada sahaja.
Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia turut menerangkan bahawa operasi di negara kita lazimnya melibatkan proses penyemburan larutan garam ke dalam awan bagi menggalakkan berlakunya titisan air meningkat dan berubah menjadi hujan.
Cloud Seeding Bergantung Sepenuhnya Kepada Keadaan Cuaca

Selain itu, teknik cloud seeding bergantung sepenuhnya kepada cuaca.
Kita perlu ada tahap kelembapan mencukupi, pembentukan awan dan keadaan atmosfera yang sesuai.
Walaupun teknik cloud seeding dilakukan, kita tidak mampu mencipta sistem awan hujan besar atau mengubah corak tiupan angin sesuka hati.
Kajian Berjaya Buktikan Kesan Cloud Seeding Hanyalah Sementara Sahaja
Satu kajian pada tahun 2026 telah dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan cloud seeding di Sungai Yatze, China.
Kesan daripada kajian tersebut berjaya memberikan jawapan cukup menarik untuk menambah pemahaman kita terhadap cloud seeding.
Dalam tempoh tiga jam selepas berlakunya hujan cloud seeding, bacaan PM10 telah berkurang kira-kira 25 hingga 29%.
Manakala, PM2.5 pula menurun sehingga 10 hingga 16%.
Tambahan pula, para penyelidik turut melihat keberkesanan cloud seeding dalam kawasan luas sekitar 9,000 kilometer (km) persegi.
Mereka mendapati jumlah pengurangan partikel kurang daripada 1%.
Ini bermaksud kita tidak boleh melihat cloud seeding sebagai jalan penyelesaian utama, tetapi sebagai salah satu cara mengurangkan kesan jerebu.
Hujan dan cloud seeding tidak mampu membersihkan pencemaran di udara, tetapi kedua-duanya mampu mengurangkannya.
Selagi puncanya masih berlaku, asap jerebu masih boleh kembali semula selepas hujan reda kerana dibawa oleh tiupan angin.
Justeru itu, hujan sangat dialu-alukan tetapi hanyalah penyelesaian sementara, bukan langkah utama bagi menangani masalah jerebu.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Pilih Face Mask Paling Sesuai Ketika Musim Jerebu 2026 | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Lindungi Paru-Paru Ketika Musim Jerebu Elak Masalah Sesak Nafas | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.