Ini 6 Bunga Dinamakan Sempena Jasa Tun Dr Hasmah
Allahyarhamah turut pandai bertutur dalam bahasa Perancis dan Jepun setelah mempelajarinya ketika usianya 60-an.
- At least six flowers, comprising four orchids and two hibiscus variants, were named in honour of Tun Dr Hasmah from 1984 to 2018.
- Five of the six flowers are hybrids, while one wild orchid species, Trichoglottis sitihasmahae, was discovered at Gunung Kinabalu in 2008.
- The floral tributes came from various institutions, including the Royal Horticultural Society, Agensi Nuklear Malaysia, MARDI, and Singapore Botanic Gardens.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Hj Mohd Ali dikenali ramai sebagai seorang doktor perubatan, ahli kemanusiaan dan pencinta bunga.
Kasih sayangnya itu telah dibalas apabila sekurang-kurangnya enam jenis bunga diberi nama sempena jasa beliau dari tahun 1984 sehingga 2018.
Lima daripada enam bunga itu merupakan hibrid, manakala satu lagi spesies liar telah ditemui di Gunung Kinabalu.
Bunga Orkid Yang Diberi Nama Tun Dr Hasmah

Menurut Perdana Leadership, enam bunga telah didaftarkan dengan nama Tun Dr Hasmah sebagai tanda penghargaan atas jasanya.
Empat daripadanya ialah bunga orkid, dua lagi ialah bunga raya.
Bunga orkid pertama datang daripada United Kingdom. Pada tahun 1984, Royal Horticultural Society (RHS) iaitu badan hortikultur British yang menjadi rujukan pendaftaran orkid dunia, merekodkan sekuntum hibrid baharu dengan nama Papilionanda Doctor Siti Hasmah.
Ia merupakan penghormatan kepada seorang doktor perubatan wanita yang membantu membawa perkhidmatan kesihatan dan vaksinasi kepada golongan ibu serta kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Menurut Orchid Roots, hibrid berkenaan diusahakan oleh Lum Chin Orch.
Tiga spesies utama telah mempengaruhi rupa bunga tersebut iaitu Vanda coerulea (37.5%), Vanda sanderiana (35.94%) dan Vanda insignis (12.50%).
Agensi Nuklear Malaysia Turut Menyumbang Kepada Dua Jenis Bunga Raya

Pada tahun 2000, Agensi Nuklear Malaysia telah menghasilkan dua varian bunga raya yang dinamakan Siti Hasmah RedShine dan Siti Hasmah PinkBeauty.
Kedua-dua bunga ini dicipta melalui kajian mutagenesis, iaitu kaedah penyelidikan digunakan untuk mengubah atau melahirkan ciri baharu pada tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan Aranda Doctor Siti Hasmah pada tahun 2004, sebagai tanda penghargaan terhadap dorongan dan sokongan Allahyarhamah kepada penyelidikan orkid di negara ini.
Memetik semula Orchid Roots, bunga hibrid ini mewarisi ciri Vanda sanderiana (46.48%), Arachnis hookeriana (25%) dan Vanda coerulea (15.23%).
Kerajaan Singapura Turut Menghadiahkan Orkid Sempena Lawatan Rasmi Pada Tahun 2018

Pada tahun 2018, Singapore Botanic Gardens berjaya menghasilkan satu mutasi baharu orkid Dendrobium dan mengambil keputusan untuk memberi nama sempena pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Hasmah.
Orkid tersebut dianugerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Hisen Loong, sempena lawatan rasmi mereka ke negara tersebut.
Ia menjadi tanda persahabatan serta antara dua negara jiran.
Bunga ini mempunyai kelopak berpintal dengan warna mahogani gelap dan panas.
Sekuntum Orkid Liar Di Gunung Kinabalu Turut Diberikan Nama Tun Dr Hasmah

Pada tahun 2008, dua ahli botani iaitu Jeffery J. Wood dan Anthony L. Lamb merekodkan satu spesies orkid dengan nama Trichoglottis sitihasmahae.
Menurut Orchid Roots, nama itu merujuk kepada spesies dalam keluarga Orchidaceae, pecahan daripada Epidendroideae, Vandeae dan Aeridinae.
Spesies bunga ini telah ditemui di Gunung Kinabalu.
Berikut ialah senarai penuh enam bunga mengikut susunan tahun:
- Papilionanda Doctor Siti Hasmah, Royal Horticultural Society, United Kingdom, 1984
- Hibiscus rosa-sinensis Siti Hasmah RedShine, Agensi Nuklear Malaysia, 2000
- Hibiscus rosa-sinensis Siti Hasmah PinkBeauty, Agensi Nuklear Malaysia, 2000
- Aranda Doctor Siti Hasmah, MARDI, 2004
- Trichoglottis sitihasmahae, Jeffery J. Wood dan Anthony L. Lamb, 2008
- Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, Singapore Botanic Gardens, 2018
Tun Dr Hasmah & Tun Dr Mahathir Mohamad Telah Berkahwin Sejak Tahu 1956

Allahyarhamah sering dikenali sebagai teman setia di sisi Tun Dr Mahathir.
Perjalanan beliau juga sangat hebat kerana dikenali sebagai seorang doktor, ibu dan wanita yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Pasangan itu telah berkenalan ketika di King Edward VII College of Medicine sebelum berkahwin pada 1956 dan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 pada tahun ini.
Usia perkahwinan itu dianggap agak lewat pada zaman tersebut kerana datuk sebelah ibunya, Mohd Ali Taib, meminta Allahyarhamah menghabiskan pendidikannya terlebih dahulu.
Mereka dikurniakan tujuh orang anak, antaranya Marina yang merupakan aktivis sosial, dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Setelah Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, Allahyarhamah tidak menggunakan kedudukannya secara sambil lewa.
Sebaliknya, beliau berkempen tanpa henti bagi isu kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan literasi golongan dewasa.
Pada 1985, beliau menghadiri Persidangan Wanita Pertama mengenai Penyalahgunaan Dadah di Washington DC atas jemputan Nancy Reagan, sebelum mewakili Malaysia pada Persidangan Antarabangsa di Vienna dua tahun kemudian.
Anugerah Seri Setia Mahkota yang diterima beliau pada 31 Oktober 2003 menjadikannya isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang dianugerahkan gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kemudian pada 22 Ogos 2019, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) menganugerahkan gelaran Ibu Negara kepada beliau sempena Hari Wanita Kebangsaan.
Usia juga bukan penghalang bagi Allahyarhamah untuk menimba ilmu baharu. Beliau telah mempelajari bahasa Perancis pada usia 60-an supaya dapat berbual bersama besannya.
Malah, beliau turut lulus beberapa ujian bahasa berkenaan. Pada usia 90-an pula, beliau turut mempelajari bahasa Jepun.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Biografi Ringkas Tun Dr Hasmah, Wanita Hebat Dalam Bidang Perubatan | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.