Now Reading
Rasa Stres Di Tempat Kerja? Tanya Diri 5 Soalan Ini Sebelum Berhenti

Rasa Stres Di Tempat Kerja? Tanya Diri 5 Soalan Ini Sebelum Berhenti

41% Pekerja di Malaysia mengalami masalah burnout akibat rasa penat dengan kerja.

In Brief
  • Burnout boleh berlaku walaupun anda menyukai kerja anda, dan memahami punca sebenar tekanan adalah langkah pertama sebelum membuat keputusan besar.
  • Mengenal pasti sama ada masalahnya berpunca daripada beban kerja, peranan atau cara bekerja dapat membantu anda berbincang dengan majikan secara lebih berkesan.
  • Sebelum berhenti, cuba bincangkan penyelesaian seperti fleksibiliti, beban kerja dan peluang kerjaya bersama majikan untuk menilai keadaan semasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menyambut World Mental Health Day menjadi peringatan untuk menilai semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi kesejahteraan diri.

Tekanan untuk sentiasa bersedia, beban kerja dan kurang sokongan mampu memberi kesan kepada emosi walaupun di luar waktu pejabat.

Menurut Workplace Happiness Index 2026 dari Jobstreet by SEEK, 70% pekerja Malaysia mengaku gembira dengan kerja mereka.

41% pula menyatakan mereka terasa burnout, manakala hanya 36% berpuas hati dengan tahap tekanan dihadapi.

Kita Masih Boleh Cinta Kerja Tetapi Rasa Burnout Tetap Ada

Burnout ketika kerja itu normal. (Foto: North Carolina Central University)

Penemuan ini mendedahkan satu perkara menarik iaitu anda boleh menyukai kerja tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai rasa burnout.

Menurut Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK, Nicholas Lam, burnout boleh menjadi tanda bahawa sesuatu perlu diubah tetapi bentuk perubahan itu berbeza bagi setiap orang.

Justeru, ia dinasihatkan untuk memahami pengalaman kerjaya anda sebelum melakukan keputusan besar seperti menukar kerja demi mengejar sesuatu impian.

Kenal Pasti Diri Anda, Tak Suka Kerja Ini Atau Susah Nak Switch Off

Kerja di ofis. (Foto: Malay Mail)

Kajian tersebut mendapati mereka yang tidak gembira dengan kerja lebih cenderung mengalami burnout.

Contohnya seperti adakah anda kerap lesu, malas untuk mulakan hari bekerja atau susah nak tinggalkan tugas selepas waktu pejabat?

Ambil berat apabila perasaan seperti ini mula timbul dan adakah ia hilang selepas anda mendapat rehat secukupnya.

Ia dapat membantu anda menilai sama ada masalahnya berkait dengan peranan, jumlah kerja atau cara kerja menjejaskan ruang untuk berehat secukupnya.

Ini kerana, bertukar kerja mungkin tidak dapat menyelesaikan apa-apa jika puncanya cara bekerja yang tidak memuaskan.

Ambil Tahu Punca Sebenar Tekanan Yang Dihadapi

Setiap orang menghadapi stres kerja berbeza-beza. (Foto: Malay Mail)

Kadangkala bukan kerja yang menjadi masalah, sebaliknya cara ia disusun.

Untuk info, hanya 42% pekerja Malaysia berpuas hati dengan beban kerja mereka.

Manakala, 41% merasakan work life balance lebih baik akan menambah positiviti dalam kehidupan mereka, kedua tertinggi selepas gaji.

Mengenal pasti punca tekanan seperti beban tugasan terlalu banyak, tiada fokus atau sentiasa perlu bekerja di luar waktu bekerja dapat membantu kita menilai sama ia boleh diperbaiki ataupun tidak.

Seterusnya, ia dapat memudahkan untuk anda berbincang dengan manager tentang keutamaan, deadline atau waktu bekerja lebih fleksibel bagi membantu mengharungi keadaan yang sukar.

Motivasi Dan Nilai Untuk Meneruskan Semangat Bekerja

Work from home dilihat salah satu kelebihan bekerja di Malaysia. (Foto: Longevity)

Seterusnya, tidak dinafikan bahawa gaji mempunyai pengaruh besar melihat 57% pekerja Malaysia meletakkannya antara lima perkara utama yang menambah kebahagiaan di tempat kerja.

Namun, Indeks itu turut mendapati nilai tujuan mempunyai hubungan paling kuat dengan kebahagiaan, diikuti tugasan harian.

Oleh itu, tanya diri anda, selain gaji. Apa yang membuatkan anda terus kekal bersemangat untuk bangun pagi?

Adakah anda faham bagaimana tugasan anda dapat menyumbang kepada sesuatu bermakna dan membawa ke arah kerjaya diimpikan?

Kestabilan kewangan sangat penting, tetapi mempunyai kerja bermakna dengan rasa tujuan dapat menentukan sama ada anda berkekalan dalam jangka panjang atau tidak.

Nilai Sama Ada Anda Boleh Berkembang Tanpa Hilang Identiti Diri

Anda juga perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada tempat kerja ini menyediakan sokongan kukuh pada setiap peringkat kerjaya.

Ini kerana Gen Z sering mahukan sesuatu dari tempat kerja berbeza berbanding generasi terdahulu.

Bagi mereka, antara pendorong utama kebahagiaan dalam hidup ialah:

  • Rasa tujuan di tempat kerja (65%)
  • Tugasan harian (61%)
  • Budaya syarikat (61%)
  • Keseimbangan kerja dan kehidupan (58%)

69% Gen Z berkata mereka boleh jadi diri sendiri di tempat kerja, berbanding 75% Millennial dan Gen X.

Mereka juga mencatat tahap burnout tertinggi iaitu 45%, berbanding Millennial (41%) dan Gen X (36%).

Sebelum Berhenti, Cuba Ubah Diri Dahulu

Pekerja di Malaysia. (Foto: Malay Mail)

Apabila menghadapi tempoh sukar di tempat kerja tidak semestinya perlu berakhir dengan surat berhenti.

Indeks mendapati 87% pekerja Malaysia percaya kebahagiaan di tempat kerja ialah tanggungjawab bersama.

Pekerja boleh menyuarakan keperluan mereka. Manakala, majikan pula perlu mewujudkan suasana membolehkan perbincangan itu berlaku.

Antara perkara yang boleh anda bincangkan dengan majikan sebelum membuat keputusan tersebut:

  • Beban kerja: Mengubah deadline, tanggungjawab lebih fleksibel
  • Fleksibiliti: Susunan kerja berbeza dapat bantu menguruskan tekanan
  • Kerjaya: Adakah anda dapat diberikan peluang untuk naik pangkat?
  • Rutin kerja harian: Adakah tanggungjawab anda dapat melakukan kerja lebih bermakna
  • Sokongan: Bantuan yang boleh meringankan ketika tertekan

Perbincangan ini tidak menjamin perubahan tetapi dapat membantu anda menilai sama ada keadaan bertambah baik atau persekitaran lain lebih sesuai.

Ini kerana pekerja yang gembira lebih bermotivasi untuk berusaha dan kurang cenderung untuk mencari pekerjaan lain.

Burnout Ini Apa Sebenarnya?

Untuk info, burnout ialah perasaan letih fizikal dan mental berpunca daripada tekanan kerja berpanjangan serta tidak diuruskan dengan baik.

Ia berbeza daripada penat kerana ia tidak akan hilang selepas sehari dua.

Secara umum, ia sering dikaitkan dengan rasa letih berterusan walaupun selepas rehat, hilang minat terhadapt kerja dan prestasi menurun secara mendadak.

Memahami tanda-tanda ini dapat bantu kita mengenal pasti punca masalah lebih awal.

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] 4 Daripada 10 Pekerja Di KL Merasakan Kerja Manual Sangat Membosankan – Kajian Kintone


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd