Oh Sem Malaysia! Ajak Rakyat Terokai Permata Tersembunyi Negara
Tourism Malaysia dan AirAsia MOVE melancarkan kempen Oh Sem Malaysia! untuk mempromosikan permata tersembunyi negara, menggalakkan pelancongan domestik serta menawarkan promosi penerbangan, hotel dan aktiviti pelancongan.
- Tourism Malaysia dan AirAsia MOVE melancarkan kempen Oh Sem Malaysia! bagi menggalakkan rakyat meneroka destinasi tersembunyi seluruh negara.
- Kerjasama ini turut menyokong perniagaan tempatan dan menyasarkan peningkatan jumlah pelancong domestik sepanjang Kempen Melawat Malaysia 2026–2027.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tourism Malaysia dan AirAsia MOVE (MOVE) melancarkan kempen Oh Sem Malaysia! bagi menggalakkan lebih ramai rakyat meneroka destinasi pelancongan di seluruh negara, khususnya bandar-bandar sekunder dan permata tersembunyi yang kurang mendapat perhatian.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta yang menawarkan pengalaman perjalanan terpilih, promosi berdasarkan destinasi serta tawaran eksklusif, selaras dengan Kempen Melawat Malaysia 2026–2027.
Kerjasama berkenaan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan pelancongan domestik dalam kalangan rakyat Malaysia, selain memberi inspirasi kepada pelancong untuk meneroka destinasi di luar lokasi tumpuan biasa.
Usaha itu turut mengetengahkan kepelbagaian tarikan pelancongan negara, termasuk warisan budaya, gastronomi, hospitaliti dan ekopelancongan.
Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, kerjasama dengan AirAsia MOVE membuka peluang untuk mendekatkan rakyat Malaysia dengan pelbagai destinasi dan pengalaman menarik di seluruh negara.
Menurutnya, pelancongan domestik memainkan peranan penting dalam menyokong komuniti serta perniagaan pelancongan tempatan.
“Melalui kempen dan promosi ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara dan merasai sendiri keunikan yang ditawarkan di Malaysia, daripada kepelbagaian gastronomi sehinggalah keindahan landskap semula jadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial AirAsia MOVE, Chan Kok Ding berkata, Malaysia mempunyai banyak permata tersembunyi yang wajar diterokai, manakala pelancong tempatan memainkan peranan penting dalam memartabatkan destinasi serta budaya negara.
Beliau berkata, sebagai jenama tempatan dan ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di Asia Tenggara, AirAsia MOVE mempunyai jangkauan digital yang luas, analisis data serta ciri aplikasi pintar bagi membantu pengguna merancang perjalanan dan membuat tempahan dengan lebih mudah.
Melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia, platform itu akan digunakan untuk mengetengahkan destinasi baharu yang semakin mendapat perhatian, selain mempamerkan keunikan yang ditawarkan di seluruh negara.
Chan berkata, AirAsia MOVE komited untuk membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 dengan merangsang pertumbuhan pelancongan daripada pasaran domestik dan serantau.
Sokong Perniagaan Tempatan, Rancakkan Ekonomi
Menerusi inisiatif pemasaran dan kempen penjenamaan bersama, Tourism Malaysia dan AirAsia MOVE berharap dapat meningkatkan minat orang ramai terhadap destinasi pelancongan menarik di seluruh negara.
Kerjasama itu juga bertujuan menyokong perniagaan pelancongan tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan sektor pelancongan domestik.
Impak ekonomi yang terhasil dijangka dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.
Selain itu, kerjasama berkenaan menyasarkan peningkatan jumlah pelancong domestik sepanjang Kempen Melawat Malaysia 2026–2027.
Malaysia merekodkan 151.6 juta pelancong domestik pada separuh pertama 2026, meningkat 5.6 peratus berbanding 143.5 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2025.
Bagi 2025, sektor pelancongan menyumbang RM323 bilion kepada Nilai Ditambah Kasar Industri Pelancongan (GVATI), bersamaan 15.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.
Nikmati Promosi Penerbangan, Hotel dan Aktiviti Pelancongan
Melalui kempen Oh Sem Malaysia!, Tourism Malaysia dan AirAsia MOVE turut berusaha meningkatkan kesedaran terhadap destinasi serta keunikan tarikan tempatan, sekali gus memberikan lebih banyak sebab kepada pelancong untuk meneroka keindahan Malaysia.
Sepanjang tempoh kempen, pengguna AirAsia MOVE berpeluang menikmati pelbagai tawaran penjimatan bagi penerbangan, hotel, pakej penerbangan dan hotel SNAP!, pengangkutan lapangan terbang serta aktiviti tarikan pelancong.
Inisiatif itu diharap dapat menjadikan perjalanan dalam negara lebih menarik dan mudah diakses, di samping menggalakkan rakyat Malaysia menyokong industri pelancongan tempatan.
Dengan kepelbagaian tarikan yang merangkumi makanan, budaya, alam semula jadi dan pengalaman unik di setiap negeri, kempen Oh Sem Malaysia! mengajak rakyat melihat Malaysia dari perspektif baharu dan meneroka destinasi yang mungkin belum pernah dikunjungi sebelum ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.