Now Reading
Ini Cara Pilih Face Mask Paling Sesuai Ketika Musim Jerebu 2026

Ini Cara Pilih Face Mask Paling Sesuai Ketika Musim Jerebu 2026

Menurut Universiti Malaya, pelitup muka seperti N95, KN95 dan lain-lain sesuai untuk melindungi diri daripada musim jerebu.

In Brief
  • Pelitup muka N95, KN95 atau KF94 adalah pilihan terbaik untuk menapis partikel halus PM2.5 ketika musim jerebu.
  • Pastikan pelitup muka dipakai dengan rapat dan betul menutup hidung, pipi dan dagu untuk perlindungan optimum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak bulan Ogos lalu, negara kita menghadapi masalah jerebu berikutan kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera.

Malah, keadaan bertambah teruk dengan cuaca kering akibat fenomena El Nino.

Setakat jam 9 pagi hari ini (12 Oktober), beberapa kawasan di seluruh negara masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap kurang sihat.

Bacaan Udara Masih Tidak Sihat Pagi Ini

Keadaan jerebu. (Foto: Malay Mail)

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang di Johor antara yang mencatat bacaan tertinggi pagi tadi.

Untuk info, berikut ialah bacaan yang direkodkan pada jam 9 pagi:

  • Cheras, Kuala Lumpur: (129)
  • Johan Setia, Selangor: (129)
  • Putrajaya: (148)
  • Larkin, Johor: (159)
  • Pasir Gudang, Johor: (168)

Tambahan pula, beberapa negeri turut mengambil keputusan untuk menutup sekolah atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Menurut Free Malaysia Today, sekolah akan dibuka semula esok (13 Oktober), kecuali di Johor dan empat daerah di Kuala Lumpur dan Selangor yang masih ditutup akibat jerebu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata daerah terbabit ialah Bangsar dan Pudu, serta Hulu Langat, Gombak, Petaling Perdana di Selangor.

Beliau minta ibu bapa dan warga sekolah agar sentiasa merujuk pengumuman daripada Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah untuk maklumat terkini.

Risiko & Kesan Jerebu Perlu Dipandang Berat

Sekolah tutup ekoran jerebu. (Foto: Malay Mail)

Kesan sebenar jerebu kepada tubuh sering dipandang ringan.

Menurut Universiti Malaya (UM), masalah jerebu jauh lebih kritikal dan bukanlah hanya sekadar penglihatan terjejas.

Partikel halus yang terapung dalam udara boleh masuk jauh ke dalam paru-paru, menjejaskan sebarang masalah kesihatan sedia ada, malah mencetuskan gejala pernafasan walaupun pada individu sihat.

Memahami risiko dan mengetahui cara melindungi diri sangat penting terutama bagi kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung atau paru-paru atau mereka yang bekerja di luar.

Partikel Sekecil PM2.5 Mampu Masuk Ke Dalam Paru-Paru

Salah satu bahan pencemar utama ketika jerebu ialah partikel PM2.5.

Saiznya hanya 2.5 mikrometer atau lebih kecil, kira-kira 30 kali lebih halus daripada sehelai rambut manusia.

Disebabkan saiznya terlalu kecil, partikel ini boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru sehingga mencapai alveoli, iaitu kantung udara kecil tempat oksigen masuk ke dalam saluran darah.

Malah, beberapa partikel halus ini turut mengandungi bahan kimia yang turut boleh mencemarkan saluran darah.

Antara kesan terdedah kepada partikel halus ini seperti sakit tekak, batuk, sesak dada dan sukar bernafas.

Keadaan bertambah buruk jika seseorang mengalami asma, masalah pernafasan atau penyakit kardiovaskular yang lain.

Golongan Kanak-Kanak & Warga Emas Lebih Berisiko

Memetik semula laporan UM, tahap risiko seseorang bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya seperti tahap pekat bahan pencemar, berapa lama dan kerap seseorang telah terdedah dan komposisi jerebu itu sendiri.

Kanak-kanak, warga emas dan pesakit jantung atau paru-paru dianggap paling berisiko.

Tambahan pula, pekerja berada di luar seperti delivery rider, buruh kasar turut berisiko menerima pendedahan jauh lebih tinggi.

Pelitup Muka N95 Berkesan Menghalang Partikel Halus

Jenis pelitup muka yang disyorkan. (Foto: Lazada)

Untuk menapis partikel PM2.5, pelitup muka seperti N95, KN95 atau KF94 menawarkan perlindungan lebih baik berbanding pilihan lain.

Pelitup jenis ini direka khusus untuk tapis partikel halus dengan syarat ia adalah original dan diperoleh daripada sumber boleh dipercayai.

Tetapi perlu diingatkan, pelitup muka masih tidak dapat menapis semua jenis partikel di udara kerana bentuknya yang longgar masih membolehkan ia menyelinap masuk menerusi ruang di sisi.

Pemakaian Yang Rapat Dan Betul Sangat Penting

Pelitup muka berkualiti tinggi tidak mampu melindungi kita sepenuhnya jika tidak dipakai dengan betul.

Sebabnya, udara sentiasa mengalir mengikut laluan paling mudah.

Jika ada ruang di antara pelitup muka dan muka, udara tercemar boleh masuk begitu sahaja.

Oleh itu, pastikan pelitup muka menutup rapat di bahagian hidung, pipi dan dagu.

Menutup Muka Hanyalah Salah Satu Langkah Berjaga-Jaga

Paru-paru terjejas. (Foto: News Medical)

Menurut UM, ini hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan dan tidak sepatutnya dijadikan satu-satunya cara ketika menghadapi musim jerebu teruk.

Antara langkah lain yang perlu diambil seperti:

  • Pantau bacaan IPU tempatan dan dapatkan sumber info rasmi
  • Kurangkan aktiviti di luar
  • Elak kerja berat dan bersenam di luar seboleh mungkin
  • Luangkan masa di dalam
  • Tutup pintu dan tingkap ketika udara luar kurang sihat
  • Kurangkan pencemaran seperti rokok, pembakaran terbuka dan lain-lain
  • Dapatkan nasihat doktor jika gejala pernafasan muncul

Elak Berada Di Luar Sepanjang Musim Jerebu

Walaupun bersenam itu merupakan aktiviti yang sihat.

Bersenam pada waktu ini bukanlah satu tindakan yang bijak kerana ia akan menyebabkan seseorang menyedut lebih banyak udara.

Dan berkemungkinan udara tersebut penuh dengan bahan pencemar.

Malah, bersenam sambil memakai pelitup muka pun tidak disyorkan kerana menjadikan proses pernafasan lebih sukar.

Ketika udara tengah buruk, tangguhkan dahulu senaman di luar dan pilih aktiviti alternatif yang lebih bersih.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Lindungi Paru-Paru Ketika Musim Jerebu Elak Masalah Sesak Nafas | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Musim El Nino & Kebakaran Di Indonesia Jadi Punca Jerebu Kembali Di Negara | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd