Pusara Negarawan: Kenali Tempat Persemadian Khas Tokoh Negara Di Putrajaya
Antara tokoh yang disemadikan di Pusara Negarawan adalah Tun Azizan Zainul Abidin, Ahmad Hakimi Hanapi, Datin Seri Endon Mahmood dan lain-lain.
- Pusara Negarawan, terletak di Presint 20 Putrajaya, adalah kawasan perkuburan khas untuk tokoh negara yang diberi penghormatan negara.
- Beberapa tokoh penting telah disemadikan di sini, termasuk Tun Dr Siti Hasmah dan mangsa tragedi MH17.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap negara mempunyai tempat khas untuk menempatkan tokoh yang telah banyak berjasa sepanjang hidup mereka.
Di negara kita ada Makam Pahlawan dan Pusara Negarawan yang menjadi perhatian ramai berikutan pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Isnin (28 September) lalu.
Namun, masih ramai di antara kita yang kurang mengetahui tentang tempat bersejarah ini.
Tun Dr Siti Hasmah Telah Dikebumikan Dengan Istiadat Pembesar Negara
Menurut Berita Harian, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah selamat dikebumikan di sebelah pusara Allahyarhamah Tun Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada Isnin (28 September). Upacara pengebumian selesai sekitar jam 6.20 petang.
Sebagai tanda penghormatan atas jasa beliau, jenazah Allahyarham disempurnakan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Istiadat tersebut diketuai Kapten Ahmad Saufi Md Isa dari Markas Tentera Darat dan melibatkan lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suasana hiba menyelubungi kawasan itu ketika istiadat berlangsung, dengan penghormatan terakhir diberikan kepada para pemimpin dan orang ramai yang hadir.
Pusara Negarawan: Kawasan Khas Untuk Tokoh Negara

Untuk info, Pusara Negarawan merupakan kawasan dikhaskan untuk tokoh atau individu tertentu yang diberi penghormatan negara.
Ia terletak dalam sebuah kompleks perkuburan lebih besar di Presint 20, Putrajaya, yang sering dirujuk sebagai Taman Selatan.
Taman Selatan mula diwujudkan pada 2003 dan kompleks ini bukan hanya dikhaskan untuk orang beragama Islam.
Sebaliknya, ia turut merangkumi kawasan bagi beberapa agama lain, termasuk Buddha, Kristian, Hindu dan kawasan umum.
Pusara Negarawan pula terletak dalam bahagian yang dikhaskan untuk orang beragama Islam.
Pembinaan Pusara Negarawan Bermula Pada 2013
Kawasan perkuburan Presint 20 telah digunakan sejak awal pembangunan bandar Putrajaya lagi.
Namun, projek untuk membina pusara negarawan bermula pada 6 Mac 2013 berdasarkan rekod dalam Perbadanan Putrajaya.
Kontrak asalnya dijadualkan siap pada 5 Mac 2014. Walau bagaimanapun, tempoh pembinaannya kemudian dilanjutkan sehingga 15 Disember 2015.
Malah, Laporan Tahunan Perbadanan Putrajaya 2013 turut menyenaraikannya sebagai antara projek yang sedang dalam pembinaan ketika itu.
Seterusnya, menjelang 2016, ia sudah direkodkan sebagai sebuah kemudahan dalam laporan Perbadanan Putrajaya.
Beberapa Tokoh Negara Turut Disemadikan Di Sini

#1. Tun Azizan Zainul Abidin
Tokoh perkhidmatan awam dan korporat yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga merupakan Presiden pertama Perbadanan Putrajaya dan menerajui Petronas.
Beliau meninggal dunia pada 14 Julai 2004.
#2. Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood
Isteri kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada 20 Oktober 2005.
Tun Dr Siti Hasmah telah dikebumikan bersebelahan pusara Endon.
#3. Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi
Pembantu juruterbang penerbangan Malaysia Airlines yang terkorban dalam tragedi MH17 pada 17 Julai 2014.
Mempunyai nilai simbolik kerana tragedi MH17 melihat sebuah pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine.
#4. Allahyarhamah Nur Shazana Mohamed Salleh
Seorang pramugari Malaysia Airlines yang turut terkorban dalam tragedi MH17 dan dikebumikan bersama Ahmad Hakimi Hanapi.
#5. Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa
Beliau merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-13 yang meninggal dunia pada tahun 2022.
Apakah Perbezaan Makam Pahlawan & Pusara Negara?

Untuk info, Makam Pahlawan ialah kawasan perkuburan khas yang terletak dalam kawasan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Ia berfungsi sebagai tempat persemadian terakhir bagi pemimpin dan tokoh yang menyumbang jasa besar kepada negara.
Menurut Berita Harian, Makam Pahlawan telah direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), mula dibina pada 1963 dan siap sepenuhnya pada 1965.
Malah, ia bersama Masjid Negara telah diwartakan sebagai tapak Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 6 Julai 2007.
Sejarah persemadian di situ bermula pada 1973, apabila Tun Dr Ismail Abdul Rahman menjadi individu pertama dikebumikan.
Sehingga hari ini, ramai tokoh tertinggi negara telah disemadikan di Makam Pahlawan, antaranya:
- Tun Abdul Razak Hussein
- Tun Hussein Onn
- Tun Abdul Ghafar Baba
- Tun Abdullah Ahmad Badawi
Baca Artikel Berkaitan: Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Ini Biografi Ringkas Tun Dr Hasmah, Wanita Hebat Dalam Bidang Perubatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.