Mahathir Mohamad Monument: Kisah Tugu Penghormatan Yang Dibina Di Bosnia & Herzegovina
Terdapat dua masjid Malaysia yang dibina sebagai tanda penghargaan Bosnia terletak di Turbe dan Sarajevo.
- A monument honouring Tun Dr Mahathir Mohamad was unveiled in December 2020 at Kemal Monteno Park, Sarajevo.
- Malaysia offered Bosniak war refugees safe haven without requiring visas, largely due to Mahathir's strong advocacy.
- Malaysia sent a military battalion to Bosnia, helping strengthen locals until the war ended and peace was achieved.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam kota Sarajevo, ibu negara Bosnia dan Herzegovina berdiri sebuah tugu yang membawa nama seorang tokoh Malaysia.
Tugu yang dirasmikan pada Disember 2020 merupakan tanda penghormatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di sebalik penghormatan istimewa itu, tersimpan satu kisah persahabatan yang masih berterusan selama 30 tahun.
Di Mana Terletaknya Bosnia Dan Herzegovina?

Untuk info, Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara yang terletak di bahagian barat Semenanjung Balkan.
Negara ini terbahagi kepada dua wilayah berbeza iaitu Bosnia, lebih besar merangkumi utara dan tengah. Herzegovina pula di bahagian selatan dan barat daya.
Terdapat tiga kumpulan etnik di negara ini, iaitu Bosniak, Serb dan Croat.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, ia menjadi sebuah negara republik dalam Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia.
Namun selepas berlakunya perpecahan Yugoslavia pada 1991, majoriti penduduknya mengundi untuk kemerdekaan menerusi referendum pada 1992.
Tragedi Perang Bosnia 1992-1995

Malangnya, tidak lama selepas itu kawasan ini hancur susulan berlakunya peperangan.
Golongan nasionalis dengan sokongan Serbia dan Croatia cuba menguasai tanah yang didakwa sebagai hak milik mereka lalu tercetus Perang Bosnia.
Antara 1992 hingga 1995, berlakunya pembersihan etnik yang telah meragut beribu-ribu nyawa.
Malah, lebih dua juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat konflik tersebut.
Menurut Balkan Insight, tragedi tersebut menyebabkan ramai orang terutamanya etnik Bosniak, terpaksa mencari perlindungan.
Menariknya, antara destinasi yang menjadi pilihan mereka ketika itu ialah Kuala Lumpur.
Malaysia Banyak Membantu Rakyat Bosnia
Memetik semula Balkan Insight, kemasukan orang Bosniak ke negara kita banyak dikaitkan dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau telah banyak membantu orang Bosniak dan memperjuangkan nasib mereka di pentas antarabangsa.
Dalam buku yang ditulis pada 2011, beliau mengimbau semula tragedi di Bosnia.
“Apa yang dilakukan oleh pihak Serb amat kejam sehingga sukar dibayangkan, tetapi apa yang dilakukan pihak Eropah juga sama-sama mengejutkan,” tulisnya.
Tambahan pula, Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mainkan peranan penting memperjuangkan isu Bosnia di peringkat antarabangsa.
Pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan ramai mangsa perang Bosnia satu tempat perlindungan yang selamat.
Mereka tidak memerlukan visa untuk memasuki Malaysia.
Ini menjadi satu pilihan yang menarik bagi majoriti orang Bosniak yang terkandas di Croatia akibat peperangan tersebut.
Tugu Peringatan Mahathir Dirasmikan Di Sarajevo Pada 2020

Berikutan sumbangan besar itu, rakyat Bosnia akhirnya mengabadikan jasa beliau menerusi sebuah tugu peringatan.
Tugu tersebut telah dirasmikan pada Disember 2020 di Kemal Monteno Park, sebuah taman di tengah bandar Sarajevo.
Enes Sivac merupakan seorang pengukir terkenal bertanggungjawab menghasilkan tugu ini yang berwarna kelabu.
Bahagian atasnya terdapat burung merpati melambangkan keamanan berkekalan serta sumbangan berterusan Malaysia di persada dunia.
Menariknya, terdapat tulisan ucapan Tun Dr Mahathir pada Persidangan Antarabangsa Ahli Parlimen mengenai Bosnia-Herzegovina di Kuala Lumpur pada 1994.
Ucapan itu dilihat penting dalam mendapatkan sokongan antarabangsa buat Bosnia sewaktu konflik sedang berlaku.
Majlis perasmian tugu tersebut turut dihadiri bekas anggota Presiden Bosnia dan Herzegovina.
Antaranya ialah Ejup Ganić, Mirko Pejanović dan Stjepan Kljuić.
Tugu peringatan Tun Dr Mahathir turut berdiri bersama tokoh-tokoh lain di Lorong Negarawan Asing (Aleja stranih državnika).
Antaranya ialah Paddy Ashdown, Alois Mock dan Tadeusz Mazowiecki.
Mereka telah diiktiraf atas sumbang kepada Bosnia dan Herzegovina.
Mahathir Berkongsi Kisah Penghantaran Tentera Malaysia Ke Bosnia

Menurut Sinar Daily, beliau berkongsi bahawa rakyat Bosnia ketika itu mempunyai populasi yang sedikit dan tidak mampu memperoleh sebarang senjata.
“Kesatuan Eropah memutuskan Bosnia tidak sepatutnya diberikan senjata kerana ia akan menyebabkan lebih banyak kematian,” katanya.
Namun, Malaysia berjaya menghantar satu batalion tentera ke sana bagi membantu menguatkan kedudukan rakyat tempatan.
“Mereka ditempatkan di sana, dan mereka membantu menguatkan rakyat Bosnia, sehingga akhirnya perang tamat,” tambahnya.
Sat perjanjian kemudiannya dicapai di Dayton yang membolehkan Bosnia menjadi sebuah negara.
Beliau turut percaya tentera Malaysia banyak membantu rakyat di sana, dan bantuan itu sangat dihargai.
“Sebagai tanda penghargaan, mereka mendirikan sebuah tugu berbentuk batu, dengan burung di bahagian atas dan petikan daripada ucapan saya.
“Mereka baik hati kerana mengingati kami dan sumbangan kami terhadap perjuangan kemerdekaan mereka.”
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terharu Lihat Pakcik Bosnia Tegur Rakyat Malaysia, Siap Kibarkan Bendera
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.