Now Reading
Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta Di 5 Negeri

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Himpun Lebih 1,500 Peserta Di 5 Negeri

Jelajah seluruh negara berakhir di Subang Jaya dengan jumlah hadiah RM175,000, meraikan penyertaan lebih 1,500 peserta dari Malaysia Timur dan Barat.

In Brief
  • Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 merangkumi lima negeri, menghimpunkan lebih 1,500 peserta dewasa dan junior daripada Malaysia Timur dan Barat.
  • Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor dengan sokongan KBS, jelajah ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM175,000 merentasi lima lokasi pertandingan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 melabuhkan tirai selepas menjelajah lima lokasi di seluruh negara dan menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari lima negeri di Malaysia Timur dan Barat.

Merangkumi Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Selangor, jelajah ini menjadi antara acara pickleball dengan liputan paling meluas di Malaysia, sekali gus menyediakan platform untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia dan pengalaman bermain, bersaing serta berhubung menerusi salah satu sukan yang semakin berkembang pesat di negara ini.

Bermula di Kuching sebelum diteruskan ke Kota Kinabalu, Johor Bahru dan George Town, Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 akhirnya melabuhkan tirai di Subang Jaya menerusi saingan dan aktiviti komuniti pada hujung minggu terakhir.

Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jelajah ini menyaksikan 637 peserta dewasa dan 289 peserta junior bertanding di lima lokasi, dengan kategori junior dibuka kepada pemain seawal usia tujuh tahun. Struktur pasukan dewasa pula turut merangkumi pemain berusia 50 tahun ke atas.

Selain itu, seramai 177 peserta turut mengambil bahagian dalam klinik bimbingan yang dianjurkan sepanjang jelajah.

Antara keunikan Toyota Malaysia Pickle Tour ialah format “Solo Entry. Team Glory.” bagi peserta dewasa, di mana peserta mendaftar secara individu sebelum digabungkan ke dalam pasukan.

Dengan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM175,000, jelajah ini menampilkan kategori berasingan untuk peserta dewasa dan junior, dengan pemenang dinobatkan pada setiap lokasi pertandingan.

“Dalam tahun kedua penganjurannya, Toyota Malaysia Pickle Tour telah berkembang menjadi platform komuniti yang jauh lebih besar, dan perkembangan ini didorong oleh mereka yang terus hadir, bermain dan menjadikan jelajah ini sebagai sebahagian daripada komuniti mereka sendiri.

“Kami berterima kasih kepada para pemain, keluarga serta komuniti pickleball yang terus menyokong kami dari satu lokasi ke lokasi seterusnya. Tahun ini, jelajah ini berjaya mencapai komuniti di Malaysia Timur dan Barat, menjadikannya antara jelajah pickleball dengan liputan geografi paling meluas di negara ini.

“Bagi kami, inilah Mobility for All dalam tindakan mewujudkan lebih banyak peluang untuk masyarakat bergerak, berhubung dan menikmati sukan bersama-sama,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 turut mendapat sokongan JOOLA sebagai Rakan Rasmi Kejohanan, selain Fred Perry dan MILO, serta rakan-rakan seperti G Hotel, AirFly, ATF, Salonpas, CK Ingredient, THERMOS dan KAO yang menyumbang kepada penganjuran jelajah lima lokasi serta pelbagai aktiviti sepanjang acara.

Penutup Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 menandakan berakhirnya perjalanan di lima negeri, namun yang lebih penting ialah komuniti yang terbina sepanjang jelajah tersebut.

Dengan membawa permainan pickleball keluar daripada satu lokasi sahaja dan menyediakan peluang penyertaan kepada masyarakat di Malaysia Timur dan Barat, Toyota meneruskan komitmennya terhadap Producing Happiness for All dengan menjadikan pergerakan bukan sekadar satu cara untuk membawa seseorang dari satu tempat ke tempat lain, tetapi juga sebagai medium untuk mendekatkan masyarakat.

Melangkah ke hadapan, Toyota akan terus meneroka pelbagai cara bermakna untuk menghimpunkan rakyat Malaysia menerusi pengalaman bersama yang menggalakkan gaya hidup aktif, hubungan komuniti serta kegembiraan dalam bergerak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd