Now Reading
Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia, Kini Di Kedudukan Kedua

Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia, Kini Di Kedudukan Kedua

Menurut Passport Index, sebanyak 121 buah negara tidak memerlukan visa seperti China, Perancis, Jerman dan Itali.

In Brief
  • Pasport Malaysia kini menduduki tempat kedua dunia dengan akses kepada 175 destinasi, termasuk 129 destinasi bebas visa.
  • Malaysia berkongsi tempat kedua bersama Singapura dengan Mobility Score 175 mata, meningkat daripada tempat ketiga tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kedudukan pasport kini menjadi salah satu perkara yang membanggakan negara kerana memudahkan orang berjalan dan bersiar ke merata dunia.

Menurut The Passport Index Global Ranking 2026, pasport Malaysia kini menduduki tempat kedua dalam dunia.

Meningkat daripada tempat ketiga pada tahun lalu, pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses kepada 175 buah destinasi di seluruh dunia.

129 Destinasi Ialah Visa-Free, 46 Lagi Memerlukan Visa

Pasport Malaysia. (Foto: Malay Mail)

Menurut Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan hari ini (29 September), sebahagian besar destinasi-destinasi dalam dunia boleh dimasuki tanpa sebarang masalah berkaitan visa.

“Daripada jumlah itu, 129 destinasi menawarkan kemudahan bebas visa, manakala 46 destinasi lagi membenarkan visa semasa ketibaan.

“Sebanyak 23 destinasi pula memerlukan visa,” kata Jabatan tersebut.

Pencapaian itu mencerminkan kekuatan dan penerimaan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.

Malaysia Kini Berkongsi Tempat Dengan Singapura

Kini dilihat sebagai antara pasport terkuat dunia. (Foto: Malay Mail)

Menurut Passport Index, negara kita kini menduduki tempat kedua bersama Singapura dalam Global Passport Power Rank 2026.

Kedua-dua negara ini mencatatkan Mobility Score sebanyak 175 mata.

Di tempat pertama, Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih kekal mendahului carta dengan skor sebanyak 182. Manakala Sepanyol menduduki tempat ketiga dengan 174 mata.

Sebelum ini, Malaysia berada di tempat ketiga pada 2025 dengan 174 mata, sebelum meningkat pada tahun ini.

Tempat keempat pula melihat 16 buah negara berkongsi satu tempat iaitu:

  • Belgium
  • Denmark
  • Jerman
  • Sweden
  • Itali
  • Switzerland
  • Austria
  • Norway

Selepas Ini Nak Travel Ke Negara Mana? Ada 121 Buah Negara Boleh Teroka

Paris, Perancis. (Foto: International Living)

Pengumuman ini membuka peluang kepada orang Malaysia kepada pelbagai tempat menarik bagi yang gemar melancong.

Antara destinasi bebas visa yang popular seperti:

  • China
  • Perancis
  • Jerman
  • Itali
  • Greece
  • Iceland
  • Finland
  • Monaco

Selain itu, 46 buah negara memerlukan visa semasa ketibaan pula, antaranya ialah:

  • India
  • Mesir
  • Jordan
  • Bahrain
  • Rusia
  • Azerbaijan

Tambahan pula, 8 buah negara memerlukan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA) sebelum ketibaan pelancong:

  • Australia
  • United Kingdom
  • New Zealand
  • Saint Kitts and Nevis
  • Seychelles
  • Korea Selatan
  • Sri Lanka
  • Ivory Coast

Akhir sekali, 23 buah negara memerlukan permohonan visa penuh seperti:

  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Serbia
  • Afghanistan
  • Colombia
  • Pakistan

Bagaimana Sebuah Negara Meningkatkan Markah Pasport?

Untuk info, kedudukan pasport dinilai berdasarkan bilangan destinasi yang boleh masuk tanpa memerlukan visa.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Henley Global, Sarah Nicklin, konsepnya sebenarnya cukup mudah.

“Indeks ini pada dasarnya menyusun pasport mengikut bilangan destinasi yang boleh dimasuki tanpa visa.”

Menerusi kaedah tersebut, setiap destinasi yang boleh dimasuki tanpa visa akan menyumbang satu mata kepada pasport berkenaan.

Apabila seorang individu dapat memasuki sebuah negara tanpa memerlukan kelulusan awal daripada pihak berkuasa dikira sebagai bebas visa.

Di bawah klasifikasi itu, kemudahan seperti e-visa atau visa semasa ketibaan turut dikira sebagai bebas visa.

Nicklin turut memberitahu bahawa kekuatan pasport turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti sejarah, budaya dan bahasa.

Malaysia Antara Negara Mendahului Teknologi Pasport

Pasport Malaysia kini melengkapi 94 ciri keselamatan. (Foto: Malay Mail)

Untuk info, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mengeluarkan pasport biometrik pada Mac 1998, hasil teknologi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, IRIS Corporation.

Pada Disember 2002, data cap ibu jari pula ditambah ke dalam cip pasport sebagai sebahagian daripada data biometrik pemegang.

Kemudian, pada 2 Februari 2010, Malaysia mula mengeluarkan e-Pasport yang mematuhi piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO), sekali gus menjadi negara ke-75 yang mengguna pakai piawaian tersebut.

Terbaharu, Malaysia memperkenalkan versi baharu Pasport Malaysia Antarabangsa yang dilengkapi 94 ciri keselamatan, berbanding 49 ciri pada versi sebelumnya. Pengeluaran pasport baharu ini bermula secara berperingkat pada 1 Jun 2026 sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada Julai.

Antara ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk hologram, elemen visual tersembunyi, cetakan ultraviolet (UV), cetakan pelangi, cip biometrik serta bahan polikarbonat yang dipertingkatkan.

Satu perubahan yang lebih mudah dilihat ialah penggunaan gambar berwarna pemegang pasport, menggantikan gambar hitam putih pada versi terdahulu.

Baca Artikel Berkaitan: Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Mula Dikeluarkan 1 Jun

Baca Artikel Berkaitan: Pasport Malaysia Kini Di Ranking Ke-3 Dunia, Akses Tanpa Visa Ke 174 Negara!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd