Now Reading
LEGOLAND School Challenge 2026: Ini Senarai Pasukan Yang Muncul Juara

LEGOLAND School Challenge 2026: Ini Senarai Pasukan Yang Muncul Juara

Tahun ini, LEGOLAND Malaysia Resort sekali lagi bekerjasama dengan platform pelancongan sehenti global Trip.com untuk memberi ganjaran kepada para peserta terbaik pertandingan.

In Brief
  • LEGOLAND School Challenge 2026 menyaksikan 15 pasukan terbaik daripada 451 penyertaan enam negara bersaing dengan tema 'The Ultimate Theme Park Ride'.
  • Juara tiga kategori ialah Puteri Mini Makers, The Mavericks dan AJHS BluBLOC, masing-masing memenangi hadiah perjalanan dan anugerah eksklusif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembina muda dari Malaysia dan Filipina muncul sebagai juara LEGOLAND School Challenge 2026, edisi kelima pertandingan binaan LEGO antara sekolah terbesar di Asia yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Puteri Mini Makers dari SK Cyberjaya, Selangor, dinobatkan sebagai juara Kategori Junior.
The Mavericks dari SK Kubang Kerian 3, Kelantan, memenangi Kategori Primary.

Bagi Kategori Secondary pula, AJHS BluBLOC dari Ateneo de Manila Junior High School, Filipina, muncul sebagai juara.

Pertandingan Bertaraf Serantau

Memasuki tahun kelima penganjurannya, LEGOLAND School Challenge 2026 menyaksikan 15 pasukan terbaik mara ke Grand Finale daripada keseluruhan 451 penyertaan bagi tiga kategori umur.

Pertandingan ini menghimpunkan pembina muda dari enam negara iaitu Malaysia, India, Singapura, Filipina, Hong Kong dan China, dengan tema ‘The Ultimate Theme Park Ride’ yang memberi peluang kepada peserta untuk mengetengahkan kreativiti, imaginasi serta kemahiran teknikal masing-masing.

“Kami berbesar hati melihat LEGOLAND School Challenge terus memberi inspirasi kepada pembina muda untuk mengembangkan kreativiti mereka dari tahun ke tahun. Dengan tema baharu pada setiap edisi, para pelajar dicabar untuk meneroka idea baharu dan merealisasikan imaginasi mereka menerusi LEGO.

“Tahun ini, kami amat teruja melihat bagaimana para pelajar mentafsir tema tersebut dengan cara tersendiri, sekali gus mempamerkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan,” kata Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort.

“Di LEGOLAND Malaysia Resort, pembelajaran boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif.

“Menerusi binaan LEGO, kanak-kanak digalakkan untuk meneroka konsep STEM, menguji idea mereka dan belajar melalui proses membina, di samping membina keyakinan untuk berfikir secara kreatif serta mendekati cabaran daripada pelbagai perspektif.”

Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort.

Berteraskan konsep LEGO yang menggalakkan pembelajaran melalui permainan, LEGOLAND School Challenge memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka konsep STEAM, membina keyakinan diri dan mengekspresikan kreativiti, selain mengembangkan kemahiran kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal.

Hadiah Menarik Buat Para Juara

Tahun ini, LEGOLAND Malaysia Resort sekali lagi bekerjasama dengan platform pelancongan sehenti global Trip.com untuk memberi ganjaran kepada para peserta terbaik pertandingan.

Juara Kategori Primary dan Secondary akan menerima peluang untuk menikmati perjalanan istimewa ke LEGOLAND Shanghai, manakala juara Kategori Junior akan memenangi perjalanan ke LEGOLAND Malaysia, lengkap dengan susunan perjalanan dan pengalaman terpilih bagi memastikan perjalanan mereka lebih lancar.

Kesemua juara kategori turut menerima LEGOLAND Malaysia Annual Pass, trofi LEGO ikonik, set LEGO untuk setiap ahli pasukan serta Sijil Pencapaian sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti, kerja berpasukan dan pencapaian mereka sepanjang pertandingan.

Hasil binaan semua pasukan yang mara ke peringkat akhir turut dipamerkan di MINILAND, LEGOLAND Malaysia Resort sehingga Disember 2026, membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti dan imaginasi di sebalik binaan yang diketengahkan tahun ini.

Kenali Juara LEGOLAND School Challenge 2026

Kategori Junior (7–9 tahun)
  • Juara: Puteri Mini Makers, SK Cyberjaya, Selangor, Malaysia
  • Tempat Kedua: IMAGINATION BUILDERS, Temple Hill International School, Filipina
  • Tempat Ketiga: Alpha Builders, SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tempat Keempat: Sparkling Starlets, SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tempat Kelima: CyberSparks, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Kategori Primary (10–12 tahun)
  • Juara: The Mavericks, SK Kubang Kerian 3, Kelantan, Malaysia
  • Tempat Kedua: SKI LEGO BRIGADE, SK Ibrahim, Kedah, Malaysia
  • Tempat Ketiga: 67 BRICKS, SK Port Dickson Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Tempat Keempat: Brick Titan, SK Medini, Johor, Malaysia
  • Tempat Kelima: AQUA RIDERS, Temple Hill International School, Filipina
Kategori Secondary (13–17 tahun)
  • Juara: AJHS BluBLOC, Ateneo de Manila Junior High School, Filipina
  • Tempat Kedua: KING OF LEGO, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Malaysia
  • Tempat Ketiga: Four Blocks Ahead, SM SetiaBudi, Selangor, Malaysia
  • Tempat Keempat: PUTERA ARMYCORP, Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tempat Kelima: Elite Engineers, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Malaysia

Ikuti Perkembangan LEGOLAND Malaysia Resort

Ibu bapa, pendidik dan pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai LEGOLAND School Challenge serta program-program lain menerusi laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai promosi dan aktiviti, ikuti LEGOLAND Malaysia Resort di Facebook, Instagram dan TikTok.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd