Ini Tips Tampak Lebih Stylish Bila Pakai Kasut Putih. Baru Tak Boring!
Disebabkan ia membosankan, tidak semestinya anda perlu elak memakainya setiap hari.
- Pilih bentuk kasut putih yang berbeza seperti gaya hiking atau trendy daripada jenama seperti Salomon, Puma, atau Maison Margiela.
- Cuba potongan seluar yang lebih santai dan lebar seperti balloon leg untuk menjadikan keseluruhan outfit lebih menarik.
- Tukar tali kasut dan stokin kepada warna atau corak menarik bagi mengelakkan penampilan kelihatan membosankan dan flat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Lihat sahaja almari lelaki tempatan, majoritinya pasti akan memiliki sepasang kasut berwarna putih yang boleh dipakai setiap hari.
Ini kerana warnanya yang mudah dipadankan dengan semua jenis pakaian dan kena dengan gaya santai orang tempatan.
Namun, trend hari ini melihat semakin ramai lelaki mula berpindah ke kasut formal seperti loafer, but, derby dan ini membuatkan warna putih itu membosankan.
Walaupun Bosan, Ia Masih Popular Kerana Mudah Digayakan

Menurut Fashion Is Psychology, faktor jangka hayat dan nilai menggunakan sesuatu barang sering dipertimbangkan dahulu sebelum membeli bagi kebanyakan lelaki.
Justeru itu, kita mestilah akan memilih kasut berwarna putih kerana mudah digayakan dan kelihatan seperti satu keputusan yang bijak.
Tambahan pula, satu kajian pada 2016 mendapati memakai pakaian atau kasut berwarna putih membuatkan seseorang mempunyai pendirian tetap dan lebih berdisiplin.
Jadi, apabila ramai menganggap memakai kasut putih itu membosankan, ia membawa maksud bahawa anda tidak tahu cara menggayakannya dengan betul.
#1. Pilih Bentuk Kasut Warna Putih Yang Berbeza

Bila bercakap tentang kasut warna putih, ramai di antara kita akan teringat kepada Adidas Stan Smith dalam fikiran.
Maklumlah, kasut tersebut begitu popular dan mempunyai gaya klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.
Tetapi, tidak bermakna ia membosankan.
Jika anda mahu menjadikan kasut putih lebih menyeronokkan dalam gaya harian, lebih berbaloi untuk mencuba bentuk yang tidak serupa dengan gaya klasik itu.
Contohnya, Salomon, Merrell merupakan jenama yang mengeluarkan kasut berwarna putih berinspirasikan aktiviti hiking.
Dalam masa sama, Puma dan On menawarkan reka bentuk lebih trendy.
Jenama mewah seperti Maison Margiela pula menghasilkan pelbagai kasut berwarna putih yang cantik dan tidak mempunyai bentuk membosankan.
#2. Berani Mencuba Potongan Siluet Seluar Lebih Trendy

Selain daripada memilih bentuk kasut, ada banyak lagi cara kreatif untuk menjadikan warna putih watak utama dalam penampilan anda.
Ia bermula dengan bahagian seluar anda.
Kuncinya ialah bermain dengan bentuk atau potongan seluar, tanpa mendedahkan terlalu banyak bahagian buku lali anda.
Contohnya, seluar dengan potongan balloon leg mempunyai bentuk melengkung akan menambah daya tarikan visual lebih tinggi berbanding siluet slim atau skinny.
Ringkasnya, semakin lebar dan santai potongan gaya seluar anda, semakin menarik gaya outfit keseluruhannya.
#3. Mencuba Trend Monochrome
Memakai outfit berwarna putih atau trend monochrome adalah satu pilihan yang berani walaupun memerlukan anda berhati-hati ketika makan atau minum.
Tetapi, hasilnya sangat berbaloi.
Penampilan ini kelihatan lebih menarik apabila orang ramai melihat seluruh pakaian anda termasuk kasut kekal dalam satu kod warna yang sama.
Dicampur pula dengan pilihan siluet seluar yang menarik pasti membuatkan penampilan lebih menarik di mata wanita seperti dikongsikan oleh Marcus Jay, seorang stylist bagi pemain bola sepak seperti Cameron Humphreys, Omar Sowunmmi.
“Seluar yang menarik akan membantu penampilan anda tidak kelihatan membosankan.”
Tetapi, jangan tersilap langkah dengan memakai kasut berwarna gelap.
Sebaliknya, menambah tekstur atau hiasan bagi mengelakkan outfit kelihatan terlalu flat.
Paling mudah ialah aksesori seperti barang kemas atau tali pinggang.
#4. Menukar Tali Kasut Kepada Warna Menarik

Cara ini merupakan kaedah paling mudah untuk menghidupkan semula gaya dan kasut putih anda.
Apa yang perlu dilakukan adalah menukar tali kasut lebih berwarna.
Kemungkinan besar tali kasut anda sudah kotor, jadi sepasang tali baharu akan serta-merta membuatkan ia kelihatan lebih menarik.
Menurut Marcus Jay, menukar tali kasut berwarna meningkatkan personaliti seseorang daripada nampak membosankan.
#5. Stokin Juga Main Peranan Penting Untuk Elak Gaya Membosankan

Bila kali terakhir anda membeli stokin baharu?
Maklumlah, tidak semua orang akan melihat stokin anda ketika berada di luar.
Tetapi, apabila anda sedang duduk, bahagian hujung seluar akan terangkat sedikit mendedahkan stokin lama.
Dengan kasut putih, anda perlu mengelakkan untuk memakai stokin yang mempunyai warna sama kerana akan membuatkan bahagian bawah kelihatan membosankan.
Sebaliknya, sama seperti tali kasut, pilih warna cerah yang melengkapi gaya keseluruhan anda.
Jika bosan memilih warna, pilih corak menarik yang digemari anda.
“Secara peribadi, saya akan mengelakkan warna merah kerana ia tidak sesuai untuk semua warna kulit. Ia terlalu menonjol dan akan menakutkan orang,” tambah Marcus.
Marcus sering mengambil inspirasi daripada pentas fesyen melihat warna menarik untuk membeli stokin baharu.
Contohnya, Burberry dan Ferragamo kerap memilih warna biru navy, Dries Van Noten pula menggunakan kuning pada persembahan Spring/Summer 27.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Tracksuit Jadi Trend Fesyen Dipakai Oleh Bruce Lee, Bob Marley
Baca Artikel Berkaitan: [EKSKLUSIF] Cultured By Todak: Jenama Yang Jadikan Gaming Sebagai Genre Fesyen Trendy
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.