Now Reading
Ini 5 Hotel Malaysia Yang Diberi Pengiktirafan Michelin Key 2026

Ini 5 Hotel Malaysia Yang Diberi Pengiktirafan Michelin Key 2026

Menurut Michelin, hanya Four Seasons Resort Langkawi memiliki Two Keys di Malaysia.

In Brief
  • Lima hotel Malaysia baharu menerima Michelin One Key 2026, termasuk Park Hyatt Kuala Lumpur, The Datai Langkawi dan Soori Penang.
  • Empat hotel Malaysia mengekalkan Michelin Key sebelumnya, dengan Four Seasons Resort Langkawi kekal sebagai pemegang Two Keys.
  • Michelin menilai hotel berdasarkan lima kriteria: reka bentuk, perkhidmatan, personaliti, nilai harga dan sumbangan kepada persekitaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama Michelin sering dikaitkan dengan industri restoran menerusi pengiktirafan bintangnya yang terkenal.

Tetapi, jenama tayar dari Perancis ini turut meraikan industri hospitaliti menerusi anugerah Michelin Key bagi hotel-hotel terbaik di seluruh dunia.

Berdasarkan pengumuman Michelin Guide 2026, lima penginapan di Malaysia terpilih untuk menerima One Key.

5 Hotel Di Malaysia Menerima One Key Dalam Michelin Guide 2026

The Datai, Langkawi. (Foto: The Datai)

Lima buah hotel di seluruh negara yang terpilih untuk menerima One Key daripada Micheline adalah seperti berikut:

  • Park Hyatt Kuala Lumpur
  • Cheong Fatt Tze – The Qing Suites
  • Soori Penang
  • Mandarin Oriental, Desaru
  • The Datai, Langkawi

Empat Hotel Lain Masih Mengekalkan One Key Michelin

Four Seasons Resort Langkawi. (Foto: Four Seasons)

Selain daripada lima penambahan baharu itu, empat hotel Malaysia berjaya mengekalkan Michelin Key yang diterima sebelum ini.

Antaranya ialah:

  • Else Kuala Lumpur
  • Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
  • The RuMa Hotel and Residences
  • Four Seasons Resort Langkawi

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Semalaman Di The RuMa Kuala Lumpur, Hotel Bertaraf MICHELIN Key Yang Semakin Popular

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Korea Moden GU:UM Singgah 4 Bulan Di The RuMa Hotel Bermula Ogos Ini

Menariknya, Four Seasons Resort Langkawi masih mengekalkan taraf Two Keys berbanding yang lain.

Ini membuktikan Malaysia semakin menyerlah sebagai sebuah destinasi penginapan bertaraf dunia.

Malaysia Menjadi Sebahagian Daripada Pilihan Global Semakin Berkembang

Pemandangan menakjubkan. (Foto: Four Seasons)

Kejayaan industri hotel Malaysia merupakan sebahagian daripada pilihan global yang lebih besar.

Menurut Michelin, pilihan terbaharu itu menampilkan lebih 470 hotel baharu di 79 destinasi, hasil kunjungan tanpa nama mengambil masa selama beberapa bulan.

Malah, edisi 2026 turut memperkenalkan Michelin Key di 10 destinasi buat pertama kali, manakala lebih 80 hotel menerima kenaikan taraf.

Untuk info, pilihan hotel global itu kini merangkumi lebih 9,400 hotel dan sebanyak 2,832 hotel memiliki Michelin Key.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak:

  • 155 hotel memegang Three Keys
  • 657 hotel memegang Two Keys
  • 2,020 hotel memegang One Key

Perkembangan Ini Mencerminkan Momentum Industri Hospitaliti

Pengarah antarabangsa Michelin Guide, Gwendal Poullennec berkata perkembangan berterusan ini mencerminkan momentum yang kuat dalam industri hospitaliti.

Ini kerana majoriti hotel dan butik mula memperkenalkan pendekatan baharu bagi mencipta pengalaman manis bagi para tetamu.

“Pilihan baharu ini dibentuk oleh pengalaman penginapan lebih mendalam, mempunyai perwatakan dan unik, di samping usaha berterusan daripada kumpulan hotel antarabangsa yang besar,” tambahnya.

Selain Malaysia, Asia dan Eropah telah mencatatkan antara jumlah penerimaan Michelin Key terbesar pada tahun ini.

Antara destinasi yang menunjukkan peningkatan positif termasuk China, India, Indonesia, Jepun, Thailand dan Arab Saudi.

Uniknya, Michelin Key turut sampai ke 10 buah negara buat kali pertama, iaitu Armenia, Benin, Botswana, Kazakhstan, Liechtenstein, Mongolia, Myanmar, Rwanda, Slovakia dan Zimbabwe,

Setakat ini, Eropah mempunyai 1,338 hotel Michelin Key di lebih 35 buah destinasi. Manakala, Asia dan Timur Tengah pula menyumbang kepada 600 hotel.

Selain itu, pengiktirafan tertinggi Michelin Guide turut menyambut 18 buah hotel Three Key baharu pada 2026, enam daripadanya berada di Asia.

Soneva Secret di Maldives menjadi satu-satunya hotel Three Key baharu di Asia tahun ini.

Manakala Shinta Mani Wild di Kemboja dinaikkan taraf kepada Two Key.

Lima Kriteria Digunakan Untuk Dinilai Michelin Key

Pegawai Michelin. (Foto: Michelin)

Menurut Michelin, Michelin Key mengikut format sama seperti Michelin Star, iaitu sebuah hotel boleh memiliki satu, dua atau tiga Key.

Perbezaannya dengan restoran ialah hiasan sebuah hotel memberi kesan kepada markah penilaian.

Menurut AFAR, reka bentuk dalaman dan seni bina merupakan salah satu daripada lima kriteria yang dinilai. Selebihnya adalah:

  • Kualiti dan perkhidmatan
  • Personaliti dan karakter
  • Nilai dan harga
  • Sumbangan kepada persekitaran

Tambahan pula, setiap pemeriksa Michelin akan melakukan penyelidikan sebelum menghabiskan masa menginap di hotel berbeza merentasi 120 buah negara.

Uniknya, mereka juga akan mengekalkan perwatakan sama iaitu penampilan biasa, tidak memiliki sosial media dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Else Retreats: Hotel Staycation Romantik Di Kuala Lumpur, Hanya 4 Minit Dari Pasar Seni

Baca Artikel Berkaitan: [Review] RuMa Perkenalkan Bufet Sajian Warisan Untuk Berbuka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd