Tahukah Anda Tapak KLCC Dahulunya Sebuah Padang Lumba Kuda Bersejarah?
Perlumbaan terakhir di Litar Jalan Ampang diadakan pada Ogos 1992.
- Tapak KLCC dahulunya merupakan litar lumba kuda Selangor Turf Club, yang mula beroperasi di bawah naungan Sir William Maxwell.
- Selangor Turf Club berkembang pesat, dengan kehadiran mencecah 14,000 orang sehari menjelang 1952, sebelum ditutup pada Ogos 1992.
- Tapak bersejarah itu diambil alih pada 1991 untuk membina menara berkembar KLCC, rekod bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sesiapa yang membayangi bandar Kuala Lumpur pasti keluar imej menara berkembar KLCC berdiri megah di tengah ibu kota.
Namun, tidak ramai tahu bawah tapak tersebut menyimpan sejarah menarik, jauh lebih tua daripada bangunan itu sendiri.
Sebelum mercu tanda itu wujud, kawasan itu pernah menjadi rumah kepada sebuah padang lumba kuda, iaitu Selangor Turf Club.
Lumba Kuda Di Selangor Bermula Bawah Naungan Sir William Maxwell

Menurut laman rasmi Selangor Turf Club, sukan lumba kuda di Selangor ketika bawah Sir William Maxwell, Residen British pada waktu itu.
Maxwell merupakan tokoh penting dalam mencipta kelab tersebut bagi tujuan rekreasi.
Litar pertama Selangor Turf Club ketika itu terletak di Jalan Tun Razak, iaitu sebuah tapak yang kemudiannya menjadi Rumah Persekutuan Wanita.
Ia dibina sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan, lengkap dengan sebuah pentas untuk penonton.
Pada masa itu, kelab ini dikenali sebagai Selangor Gymkhana Club dan hanya penunggang amatur sahaja dibenarkan berlumba.
Kelab Berpindah Ke Jalan Ampang Selepas Lesen Tamat Pada 1895
Selangor Turf Club mendapati sukan ini sukar diteruskan secara menguntungkan jika hanya bergantung pada penunggang amatur.
Ekoran itu, apabila lesen di Jalan Tun Razak tamat pada 1895, Mr Geo Cumming bersama beberapa peminat lumba kuda terkemuka mengambil inisiatif sendiri untuk mencari lokasi baharu.
Mereka akhirnya berjaya memperoleh sebuah litar yang terletak di sebelah kanan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal, pentas utama di situ hanya dibina dengan ringkas sahaja.
Setiap keuntungan yang diperoleh oleh kelab ini digunakan untuk penambahbaikan, sehingga akhirnya Selangor Turf Club mampu mendirikan sebuah litar setanding litar-litar lumba kuda lain di seluruh semenanjung.
Selangor Turf Club Sertai Straits Racing Association Pada 1896
Pada 1 Januari 1896, Selangor Turf Club secara rasmi disatukan dengan Straits Racing Association.
Menerusi langkah ini, Captain Talbot dilantik sebagai presiden pertama kelab, Mr G. Cumming sebagai naib presiden, manakala Mr D.E. Topham pula sebagai setiausaha.
Ketika itu, Selangor Turf Club mempunyai seramai 300 ahli aktif, dengan setiap satu perlu membayar yuran langganan sebanyak 15 dolar setahun dan bayaran kemasukan 10 dolar.
Tambahan pula, sukan lumba kuda di Negeri-negeri Selat dikawal oleh Straits Racing Association, yang kini dikenali sebagai Malayan Racing Association.
Perbadanan itu diwakili oleh ahli daripada enam buah kelab lain, iaitu Singapore Sporting Club, Pinang Turf Club, Perak Turf Club, Kinta Gymkhana Club, Selangor Turf Club dan Seremban Gymkhana Club.
Litar Selangor Turf Club Berkembang Dengan Pesat

Pada Mac 1896, Selangor Turf Club telah menganjurkan acara lumba kuda pertamanya dengan tujuh perlumbaan sehari selama dua hari berturut-turut.
Malah, Selangor Turf Club turut membawa masuk tiga ekor kuda dari Australia bagi menghasilkan kuda lumba.
Menjelang 1906, keahlian kelab kekal pada 300 orang, dengan yuran dan bayaran kemasukan yang sama seperti sebelumnya.
Namun, antara tahun 1914 hingga 1918, aktiviti lumba kuda terpaksa dihadkan berikutan Perang Dunia Pertama.
Ketika itu, sebarang perlumbaan diadakan bagi tujuan mengumpul dana perang.
Selepas era perang, populariti sukan ini terus meningkat dengan begitu pesat.
Menjelang 1952, purata kehadiran pada hari perlumbaan mencecah lebih 14,000 orang, mengaut keuntungan melepasi 70 juta dolar.
Berikutan sambutan yang begitu memberangsangkan, pondok lama dianggap tidak lagi mampu menampung semua peminat lumba kuda dan digantikan dengan sebuah grandstan moden dibina dengan kos mencecah 1 juta dolar.
Selain itu, Selangor Gold Cup dinamakan semula sebagai Tunku Gold Cup sebagai tanda penghormatan kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia pada tahun 1968.
Perlumbaan Terakhir Berlangsung Di Jalan Ampang Pada 1992
Selepas beroperasi selama beberapa tahun, litar bersejarah di Jalan Ampang akhirnya ditutup dan perlumbaan terakhir berlangsung pada Ogos 1992.
Setahun kemudian, perlumbaan kuda diadakan di litar baharu terletak di Sungai Besi pada tahun 1993.
Pembinaan litar baharu di Sungai Besi telah bermula seawal Jun 1990.
Tapak Asal Selangor Turf Club Diambil Alih Bagi Merealisasikan Impian Besar Negara

Pada 1991, tapak padang lumba kuda Selangor Turf Club diambil alih bagi memberi laluan kepada usaha mengubah wajah Kuala Lumpur di mata dunia.
Bagi merealisasikan impian itu, Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapatkan perkhidmatan arkitek terkenal, Cesar Pelli.
Hasilnya ialah mercu tanda ibu kota yang dibanggakan sehingga hari ini, iaitu menara berkembar KLCC.
Malah, menara berkembar itu masih memegang rekod sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia sehingga kini.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Jenama Streetwear Dari Jepun Ini Bakal Buka Kedai Pertama Di KLCC
Baca Artikel Berkaitan: Jenama Hiking Outdoor Kegemaran Gen Z Bakal Buka Kedai Rasmi Di Suria KLCC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.