Volvo EX90: SUV Elektrik 7-Tempat Duduk Lengkap Dengan Semua Teknologi Keselamatan
Teknologi Occupant Sensing System boleh mengesan pergerakan sekecil nafas bayi sedang tidur memastikan tiada insiden kecuaian akan berlaku.
- Volvo EX90 ialah SUV elektrik pertama Volvo di Malaysia, menawarkan kemewahan, keselamatan, dan prestasi dalam satu pakej lengkap.
- EX90 dilengkapi teknologi keselamatan canggih termasuk sensor, radar, kamera, dan sistem pengesanan pemandu yang mampu mengambil alih kawalan.
- Dikuasakan seni bina 800-volt dengan bateri 106-kWh, EX90 mampu menempuh 617 km dan memecut 0-100 km/j dalam 4.2 saat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semua sedia maklum sejak kebelakangan ini industri automotif sedang pantas beralih ke arah kereta elektrik (EV) yang seiring dengan perubahan minat dan keperluan pengguna.
Tetapi, tidak semua EV dikeluarkan hari ini melengkapi semua aspek seperti kemewahan, keselamatan serta prestasi dalam satu pakej.
Sebab itu, Volvo Car Malaysia mengambil peluang untuk mengisi ruang tersebut dengan melancarkan SUV elektrik sepenuhnya yang pertama bagi jenama ini, iaitu Volvo EX90.
Evolusi EX90 Merupakan Visi Masa Depan Volvo

Menurut Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia dan Thailand, Chris Wailes, pelancaran EX90 menandakan satu pencapaian penting dalam legasi panjang jenama itu.
“Pengenalan model EX90 sebelum ini telah melakar satu tanda penting dalam legasi panjang Volvo sebagai pengeluar automotif.
“Seiring dengan perkembangan infrastruktur, teknologi, dan kereta, dunia di sekeliling kita juga turut berubah, sama seperti keperluan dan gaya hidup kita,” tambahnya.
Wailes turut menegaskan manusia adalah elemen paling penting di sebalik setiap peredaran zaman.
“Setiap peredaran zaman pasti hadir dengan cabaran dan peluang baharu, namun satu elemen yang tidak pernah berubah adalah manusia, sama ada mereka yang berada di sebalik stering, mahupun mereka yang terus berinovasi demi masa depan yang lebih baik,” ujarnya.
EX90 Adalah Antara Model Volvo Paling Selamat

Untuk info, EX90 merupakan antara model paling selamat kerana dorongan dari kempen Selamat anjuran Volvo Car Malaysia yang berpegang kepada kepercayaan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Aspek keselamatan itu diperkukuhkan melalui beberapa teknologi seperti:
- Safe Space Technology: Perisai keselamatan khas untuk mewujudkan zon selamat di bahagian dalam dan sekeliling kereta.
- Responsive Sensors
- Radar
- Kamera
- Ultrasonic Sensors: Berfungsi untuk memberikan gambaran persekitaran secara live.
- Dual Infrared Sensors: Dilengkapi secara standard bagi membentuk teknologi Driver Understanding System
Malah, sistem ini mampu mengesan sebarang gangguan atau kecuaian pemandu, lalu akan mengambil kawalan apabila keadaan memerlukan.
Selain itu, radar dalaman akan menyokong sistem Occupant Sensing System yang mempunyai keupayaan untuk mengesan pergerakan sekecil sub-milimeter seperti nafas lembut seorang bayi sedang tidur.
Ciri itu menjadi satu jaminan agar tiada ahli keluarga tertinggal dalam kereta tanpa disedari.
EX90 juga dilengkapi dengan sistem bantuan memandu iaitu Pilot Assist dan Park Pilot Assist.
Seni Bina 800-Volt Menguasakan Prestasi Volvo EX90
Dibina sebagai cerminan masa depan EV, Volvo EX90 dikuasakan sepenuhnya oleh seni bina 800-volt baharu.
Ia dipadankan dengan rangkaian kuasa motor berkembar elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 680 hp dan tork 870 Nm membolehkan EX90 memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 4.2 saat.
Peralihan kepada seni bina 800-volt ini membantu mengurangkan berat kereta secara keseluruhan, memudahkan pengurusan haba ketika mengecas dan lebih mesra alam kerana tidak terlalu bergantung pada bahan tembaga.
EX90 turut dilengkapi dengan pek bateri 106-kWh, menjanjikan jarak jauh memandu sehingga 617 km dalam satu cas penuh.
Seterusnya, seni bina 800-volt ini turut menyokong pengecasan DC ultra-pantas sehingga 350kW, dipadankan perisian pengurusan bateri pintar Volvo bagi memendekkan tempoh pengecasan kereta.
Teknologi Pintar EX90 Terus Berkembang Menerusi Kemas Kini Atas Talian
Meneruskan legasinya sebagai SUV elektrik pertama Volvo, EX90 kini dikuasakan oleh sistem komputer dari NVIDIA DRIVE AGX Orin.
Menurut Volvo, sistem itu mempunyai kapasiti tinggi bagi menguruskan pelbagai fungsi penting seperti ciri keselamatan aktif, sensor serta pengurusan bateri lebih efisien.
Tambahan pula, Superset Technology Stack Volvo pula membolehkan sebarang kemas kini dilakukan lebih pantas.
EX90 turut dilengkapi dengan sistem infotainment responsif lengkap dengan aplikasi Google Assistant, Google Maps serta Google Play Store.
Melengkapkan pengalaman mewah di bahagian dalam pula adalah sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity. Segala maklumat penting disusun kemas menerusi tiga skrin interaktif iaitu paparan instrumen 9-inci, skrin sentuh tengah 14.5 inci dan paparan head-up display.
Reka Bentuk Scandinavia Menyerlahkan Kecantikan EX90

Volvo EX90 dihasilkan menerusi prinsip rekaan Scandinavia, iaitu keseimbangan antara nilai estetika dan praktikaliti.
Prinsip ini dapat dilihat seperti gabungan permukaan kaca rata dan melengkung di bahagian hadapan serta belakang memberi siluet aerodinamik bagi meningkatkan prestasi kecekapan bateri.
Memasuki ruang kabin pula, bumbung panoramik electrochromism membolehkan aliran cahaya semula jadi dan suhu dilaraskan hanya dengan satu butang sahaja.
Pengalaman mewah ini disempurnakan menerusi kemasan kulit Nappa dipadankan bersama kayu bagi menyuntik suasana tenang ketika memandu.
Volvo Cars Malaysia menawarkan dua tema bagi ruang dalaman yang boleh dipilih, iaitu:
- Nappa Charcoal bersama Light Ash
- Nappa Cardamon bersama Brown Ash
EX90 juga ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik, seperti:
- Onyx Black
- Sand Dune
- Crystal White
- Vapour Grey
- Mulberry Red
Harga EX90 bermula RM428,888 dan boleh tempah menerusi pengedar sah di seluruh negara.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan awal, Volvo turut menawarkan rebat tunai RM25,000 serta Volvo Wallbox secara percuma buat 100 tempahan terawal.
Baca Artikel Berkaitan: Jurutera Sweden Ini Berjaya Selamatkan Ramai Nyawa Dengan Hanya Satu Ciptaan Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.