LEGOLAND Malaysia Lancar Merdeka Fest Penuh Dengan Aktiviti LEGO, Budaya & Pertandingan Keluarga
Pengunjung berpeluang menyertai beberapa bengkel kebudayaan secara interaktif seperti Bengkel Tarian Joget 1 Malaysia, Bengkel Zapin Warisan, Bengkel Kuda Kepang, Let’s Learn Magunatip serta Mari Mencanting Batik.
- LEGOLAND Malaysia Resort menganjurkan Merdeka Fest pertama kali, berlangsung selama 25 hari dari 27 Ogos hingga 20 September 2026.
- Festival ini menampilkan persembahan budaya, bengkel interaktif dan aktiviti LEGO bertemakan Malaysia untuk seluruh keluarga.
- Pelbagai pertandingan diadakan sempena cuti Merdeka, termasuk Speed Building Challenge, Batik Painting dan Merdeka Singing Competition.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau masih mencari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak-anak sempena bulan Merdeka ini, LEGOLAND Malaysia Resort ada sesuatu yang istimewa untuk seisi keluarga.
Buat pertama kalinya, LEGOLAND Malaysia Resort menganjurkan Merdeka Fest, sebuah sambutan selama 25 hari yang menggabungkan budaya Malaysia, kreativiti dan dunia LEGO® dalam satu pengalaman untuk keluarga.
Berlangsung dari 27 Ogos hingga 20 September 2026, festival ini menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan, bengkel interaktif, aktiviti LEGO serta cabaran kreatif yang boleh disertai bersama anak-anak.
Meriah Dengan Persembahan & Aktiviti Budaya
Sepanjang Merdeka Fest, The Beginning Stage akan menjadi lokasi utama untuk keluarga menikmati pelbagai persembahan serta aktiviti yang mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia.
Antara yang menanti ialah Merdeka Opening Spectacular yang berlangsung dari 27 Ogos hingga 6 September, sebelum diteruskan dengan Cultural Week dari 7 hingga 13 September.
Sepanjang minggu tersebut, pengunjung boleh menyaksikan persembahan seperti Tarian Tradisi Malaysia, Tarian Rakyat Serumpun dan Tarian Borneo.
Bukan sekadar menonton, pengunjung juga berpeluang menyertai beberapa bengkel kebudayaan secara interaktif seperti Bengkel Tarian Joget 1 Malaysia, Bengkel Zapin Warisan, Bengkel Kuda Kepang, Let’s Learn Magunatip serta Mari Mencanting Batik.
Festival ini kemudiannya akan diakhiri dengan Unity Grand Finale Farewell Show dari 14 hingga 20 September, sebagai simbolik kepada kepelbagaian budaya dan tradisi yang menyatukan rakyat Malaysia.
Bina LEGO Sambil Raikan Merdeka
Bagi kanak-kanak yang lebih gemarkan aktiviti kreatif, terdapat pelbagai aktiviti LEGO yang boleh disertai setiap hari.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh mencuba Malaysia Discovery Quest & Merdeka Colouring, iaitu aktiviti yang menggabungkan cabaran bertemakan Malaysia dengan aktiviti mewarna.

Aktiviti lain termasuk Build-A-Heart & Build-A-Tower, yang menggalakkan keluarga menghasilkan binaan LEGO secara bersama, serta Sort for a Greener Malaysia untuk memperkenalkan konsep kitar semula dan pengasingan sisa kepada kanak-kanak menerusi aktiviti yang lebih menyeronokkan.
Jangan lupa abadikan momen Merdeka menerusi Photo Booth & Minifigure Trading, selain mencuba nasib dalam Merdeka Lucky Draw untuk peluang membawa pulang hadiah LEGO.
Empat Hari Penuh Cabaran Sempena Merdeka
Sambutan juga akan menjadi lebih meriah sempena cuti hujung minggu Merdeka dari 28 hingga 31 Ogos, dengan pertandingan berbeza setiap hari.
Pengunjung boleh menguji kemahiran dalam Speed Building Challenge pada 28 Ogos, diikuti Merdeka Costume Contest pada 29 Ogos untuk mereka yang mahu tampil dengan pakaian tradisional atau bertemakan patriotik.
Pada 30 Ogos pula, pengunjung boleh menunjukkan kreativiti menerusi Batik Painting Competition, manakala Merdeka Singing Competition akan berlangsung pada 31 Ogos.
Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, Merdeka Fest bukan sekadar membawa elemen LEGO, tetapi turut memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali budaya dan warisan Malaysia dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.
Promosi Annual Pass
Untuk keluarga yang mahu lebih banyak masa bermain di LEGOLAND Malaysia Resort, terdapat juga promosi Triple Park Annual Pass pada harga rata RM266.
Pass ini menawarkan keseronokan tanpa had serta dilengkapi pas MINILAND edisi terhad Sultan Ibrahim Stadium (JDT) menerusi kerjasama bersama JDT dan Stadium Sultan Ibrahim.
Merdeka Fest berlangsung dari 27 Ogos hingga 20 September 2026 di LEGOLAND Malaysia Resort, Iskandar Puteri.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.