Ini Cara Atasi Masalah Batuk Berkahak Dialami Si Kecil
Dalam masa sama, penting juga untuk mengajar anak agar mengeluarkan kahak yang dihasilkan supaya tidak terkumpul di bahagian paru-paru.
- Avoid pointing fans or air conditioning directly at your child's face, as cold air can dry their throat and cause phlegm build-up.
- Teach children to expel phlegm properly; use warm steam, gentle back pats, or a humidifier to help clear their airways effectively.
- Never give adult cough medicine to children, especially those under two years old, as it can cause serious side effects.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah mengalami simptom kesihatan akibat cuaca dan keadaan persekitaran.
Salah satunya adalah masalah batuk berkahak yang sehingga boleh menyebabkan si kecil sukar bernafas dan berasa tidak selesa.
Batuk berkahak tidak semestinya disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, tetapi boleh terjadi akibat terdedah kepada kotoran di dalam udara.
Baca Artikel Berkaitan: Alami Batuk Berpanjangan Hingga 2 Minggu Atau Lebih? Ini Antara Punca Dijelaskan Pakar
Cara-Cara Atasi Masalah Batuk Berkahak Buat Si Kecil
Dalam cuaca jerebu yang dialami di Malaysia buat masa kini, anak juga lebih berisiko mengalami masalah batuk berkahak.
Berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk mengelakkan anak mengalami masalah batuk berkahak.
#1. Elak Pasang Kipas/ Aircond Tepat Ke Arah Muka
Tidak dapat dinafikan, ramai yang menggunakan penyaman udara ketika tidur di waktu malam, apatah lagi ketika cuaca panas.
Malah ada yang memasang kedua-dua penyaman udara dan kipas agar bilik terasa lebih sejuk.
Namun pastikan kipas dan aircond yang dipasang tidak dihala tepat ke arah muka si kecil.
Ini kerana angin sejuk tersebut boleh mengeringkan tekak sehingga menyebabkan masalah pernafasan termasuk kering tekak dan berkahak.
Sebaliknya, tetapkan kipas kepada mod bergerak atau palingkan kepada arah lain jika pasang penyaman udara bersama.

#2. Pastikan Anak Buang Kahak
Apabila si kecil mempunyai kahak, kadangkala mereka mungkin tidak pandai mengeluarkannya dan akan tertelan semula kahak tersebut.
Oleh itu, penting untuk ibu ayah mengajar si kecil dan memastikan mereka membuang kahak yang dihasilkan.
Ibu ayah juga boleh membantu anak untuk mengeluarkan kahak menerusi cara seperti:
- Menepuk belakang badan anak dengan lembut.
- Gunakan wap hangat untuk mencairkan kahak.
- Sedut hingus pada hidung menggunakan alat penyedut.
- Berikan air suam yang secukupnya.
- Gunakan mesin humidifier.
Kahak yang terkumpul dan tidak dibuang boleh ganggu saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan si kecil sukar tidur, kurang selera makan dan mudah meragam.

#3. Bersihkan Habuk Di Rumah
Di samping itu, penting untuk menjaga kebersihan rumah daripada sebarang perkara yang mencemarkan udara, khususnya habuk dan debu.
Habuk yang disedut boleh menyebabkan pelbagai simptom termasuk alergi, batuk, bersin dan serangan asma bagi mereka dengan masalah pernafasan.
Gunakan mesin vakum untuk membersihkan kawasan di sekitar rumah. Boleh juga pasangkan mesin pembersih udara (air purifier) jika berkemampuan.
#4. Jangan Guna Minyak Panas Kuat
Buat orang dewasa, mungkin ramai yang gemar menggunakan minyak panas untuk melegakan sesak di dada akibat kahak yang terkumpul.
Namun penggunaan minyak panas tidak sesuai buat si kecil, malah mempunyai risiko keracunan yang berbahaya.
Terutamanya minyak yang mengandungi bahan aktif methyl salicylate yang boleh menyebabkan loya, muntah, sawan, serta koma.
Selain itu, rasa panas daripada minyak tersebut juga boleh menyebabkan kulit si kecil terasa pedih.
#5. Jangan Bagi Ubat Batuk Dewasa
Jika anak mengalami batuk berkahak, jangan sesekali berikan ubat batuk dewasa kepada mereka.
Terutamanya bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, pemberian ubat batuk adalah dilarang kerana berisiko menyebabkan kesan sampingan yang serius.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, kanak-kanak antara dua ke enam tahun pula perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum diberikan ubat batuk.
Diingatkan juga bahawa jenis dan dos ubat-ubatan dalam rawatan batuk dan selesema adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit.
Dalam masa sama, terdapat alternatif yang boleh menggantikan pemberian ubat batuk, termasuk:
- Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%) untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat.
- Penggunaan alat penyembur kelembapan (Mist Humidifier) untuk melegakan hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Kongsi Petua Redakan Selesema & Kahak Anak, Guna Bawang Je!
Baca Artikel Berkaitan: Aiskrim Sebagai ‘Ubat’? Ini Penjelasan Pakar Pediatrik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.