Toshiba Beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia
Toshiba Lifestyle Malaysia turut menerima pengiktirafan Parenthood Records bagi “Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin”.
- Toshiba Lifestyle Malaysia melancarkan inisiatif "Empowering Every Mother's Journey" sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026.
- Forum "The Realities Of Breastfeeding" menghimpunkan panel pelbagai latar belakang bagi membincangkan realiti dan kepentingan penyusuan susu ibu.
- Toshiba menyumbang perkakas rumah bernilai RM60,000 kepada tiga pusat berpantang dan menerima anugerah Parenthood Records.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut di peringkat global sepanjang Ogos ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan susu ibu, di samping memberi sokongan terhadap kaum ibu yang menyusukan bayi.
Sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026, Toshiba Lifestyle Malaysia melancarkan inisiatif “Empowering Every Mother’s Journey“.
Inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan para ibu ini dijalankan menerusi forum perbincangan, sekali gus memperkukuh kesedaran, memberi galakan kepada para ibu sepanjang perjalanan penyusuan serta menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan ibu dan bayi baru lahir.
“Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pertama Kali Menyusu? Ini Tips Agar Susu Badan Banyak
Baca Artikel Berkaitan: “Susu Tak Keluar Pun Lagi?” – Pakar Ini Ulas Topik Bila Sebenarnya Susu Ibu Mula Dihasilkan
Penyusuan Ibu Libatkan Seluruh Komuniti, Bukan Perjalanan Peribadi Semata-Mata
Majlis yang diadakan pada 18 Ogos lalu di Kuala Lumpur turut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Yeo Bee Yin.
Merupakan ibu kepada lima orang anak, Yeo menceritakan bagaimana penyusuan ibu bukan sahaja perjalanan peribadi, tetapi melibatkan keluarga, komuniti dan para profesional dari sektor penjagaan kesihatan.
“Para ibu mungkin terpaksa menghadapi pelbagai cabaran setiap hari. Justeru, inisiatif hari ini sangat signifikan bagi menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam mendidik serta membina persekitaran yang lebih selesa dan sihat bagi para ibu dan bayi,” katanya.
Inovasi Teknologi Boleh Bantu Sokong Perjalanan Penyusuan Ibu
Ketua Pengurusan Jenama Toshiba Lifestyle Malaysia, Vanice Foo, berkata pihaknya mempercayai bahawa inovasi yang bermakna perlu berjaya dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
Ini termasuklah dalam menyokong keluarga dan para ibu menerusi inisiatif yang relevan serta menyediakan jalan penyelesaian bagi menjadikan kehidupan seharian lebih selesa.
“Kami berharap dapat membantu para ibu mengharungi fasa penting ini dengan lebih mudah dan yakin. Dengan menggabungkan teknologi, pendidikan dan keprihatinan komuniti, kami berhasrat untuk menyokong para ibu sepanjang perjalanan penyusuan mereka serta menyumbang kepada permulaan kehidupan yang lebih sihat untuk bayi yang baru lahir,” ujarnya.
Perjalanan Penyusuan Setiap Ibu Berbeza, Perlukan Sokongan Yang Tepat Demi Kesejahteraan
Forum “The Realities Of Breastfeeding” yang dijalankan menghimpunkan sesi panel dari pelbagai latar belakang termasuk Yeo Bee Yin, Perunding Laktasi Bertauliah & Pakar Penjagaan Bayi Elizabeth Richard, serta model dan pejuang kesejahteraan Natasha Hudson, yang masing-masing berkongsi perspektif mengenai realiti penyusuan susu ibu.

Dalam masa sama, mereka turut menekankan kepentingan pendidikan, sistem sokongan yang tepat dan pilihan yang berinformasi dalam memperkasakan para ibu sepanjang perjalanan penyusuan mereka.
Mengulas tentang pengalaman penyususan ibu, Elizabeth menegaskan bahawa ia bukan sahaja berbeza antara dua wanita, tetapi juga bagi anak berlainan yang dilahirkan.
Katanya, keyakinan dan keupayaan ibu dalam meneruskan penyusuan badan turut bergantung kepada faktor luaran seperti akses terhadap maklumat yang betul dan sokongan orang sekeliling.
“Susu ibu amat penting kerana membekalkan nutrien serta manfaat perlindungan yang menyokong pertumbuhan, perkembangan dan kesejahteraan bayi secara keseluruhan. Ia juga merupakan cara terbaik untuk memberikan permulaan kehidupan yang sihat kepada bayi,” jelas Elizabeth.
Sementara itu, Natasha berpendapat bahawa setiap perjalanan seorang ibu adalah unik dengan cabaran dan keindahannya yang tersendiri.
“Mendapatkan sokongan yang tepat boleh memberikan perubahan yang bermakna. Perbincangan seperti ini penting untuk mengingatkan kita bahawa kesejahteraan seorang ibu juga amat penting,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Sedih Jika Ibu Tak Cukup Susu Badan, Dr Nisa Tegaskan Tubuh Setiap Wanita Berbeza
Toshiba Sumbang Perkakas Rumah Kepada 3 Pusat Berpantang, Terima Anugerah ‘Parenthood Record’
Dalam mempraktikkan penyusuan ibu, ada kalanya ibu masih perlu memerah susu badan yang perlu disimpan di dalam peti ais bagi mengekalkan kualiti dan kesegarannya.
Di sinilah Toshiba Lifestyle Malaysia tampil dengan menyumbangkan peti sejuk berkualiti tinggi kepada tiga pusat penjagaan selepas bersalin, The Nesting Place Confinement Centre, Kimporo Postnatal Rejuvenation Centre, dan LYC Mother & Child Centre.

Bersempena dengan inisiatif ini, Toshiba Lifestyle Malaysia turut menyumbangkan perkakas rumah lain termasuk, mesin basuh, mesin pengering dan mesin pencuci pinggan mangkuk kepada ketiga-tiga pusat berpantang itu dengan jumlah keseluruhan sekitar RM60,000.
Peti sejuk yang disumbangkan berupaya menyokong penyimpanan susu ibu yang diperah secara selamat dan bersih, manakala perkakas rumah yang lain dapat membantu meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada para ibu.

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan, Parenthood menganugerahkan Parenthood Records bagi kategori “Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin” kepada Toshiba Lifestyle Malaysia.
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada komitmen berterusan Toshiba dalam menyokong para ibu dan bayi melalui inisiatif yang menggalakkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan kondusif.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Simpan Susu Badan Dalam Freezer, Nak Panaskan Semula Pun Ada Caranya
Baca Artikel Berkaitan: Bila Ibu Ayah Boleh ‘Stop’ Kejutkan Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu? Ini Jawapan Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Susu Ibu Waktu Pagi & Malam Ada Kandungan Hormon Berbeza? [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.