Now Reading
Rapid KL Beroperasi 24 Jam Pada 30 & 31 Ogos Sempena Sambutan Merdeka

Rapid KL Beroperasi 24 Jam Pada 30 & 31 Ogos Sempena Sambutan Merdeka

Perkhidmatan selama 24 jam yang akan dijalankan pada 30 dan 31 Ogos melibatkan kesemua laluan rel di bawah Rapid KL termasuk LRT, MRT dan Monorel Kuala Lumpur.

In Brief
  • Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos sempena sambutan kemerdekaan ke-69.
  • Sebanyak 103 bas perantara percuma disediakan untuk orang ramai ke lokasi sambutan di Putrajaya.
  • Lebih 5,000 petugas Rapid KL akan bertugas secara syif sepanjang tempoh sambutan berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam meraikan semangat patriotik sempena Merdeka, segenap rakyat Malaysia pasti sudah membuat rancangan untuk hadir ke Perhimpunan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

Bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, sudah tentu ramai juga yang mahu menggunakan pengangkutan awam sahaja terutamanya mereka dari sekitar Lembah Klang.

Sehubungan itu, pihak Rapid KL memaklumkan perkhidmatan selama 24 jam akan dijalankan pada 30 dan 31 Ogos ini sempena sambutan kemerdekaan ke-69 ini.

Waktu Operasi Rel, Bas & Van Rapid KL Dilanjutkan, Kekerapan Tren Juga Ditambah

Waktu operasi yang dilanjutkan itu akan melibatkan kesemua perkhidmatan rel di bawah Rapid KL dan beberapa laluan bas terpilih.

Memandangkan jumlah penumpang dianggarkan bertambah sepanjang tempoh sambutan, pihak Rapid KL akan meningkatkan kekerapan tren di rel kendaliannya, termasuk LRT, MRT dan Monorel Kuala Lumpur.

“Jadual perkhidmatan akan diselaraskan mengikut permintaan dan keadaan semasa di stesen. Tren tambahan turut akan digerakkan sekiranya diperlukan berdasarkan pemantauan terhadap jumlah penumpang serta tahap kesesakan di platform,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway bersama beberapa laluan bas Rapid KL dan Rapid KL On-Demand juga akan beroperasi selama 24 jam.

Bas Rapid KL & Rapid KL On-Demand Juga Akan Berjalan 24 Jam

Selain itu, Rapid KL turut menyediakan sebanyak 103 bas perantara percuma bagi membantu orang ramai untuk ke lokasi sambutan di Putrajaya menerusi, agar mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Terdapat dua laluan dengan bas perantara percuma, pertama melibatkan perjalanan dari Stesen Putrajaya Sentral ke Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 bermula jam 2 petang pada 30 Ogos hingga jam 2 petang pada 31 Ogos.

Manakala, laluan kedua adalah bagi perjalanan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Jalan Tun Hussein, Presint 3 bermula jam 4 pagi hingga 2 petang, 31 Ogos.

Lebih 5,000 Petugas Rapid KL Ditugaskan Sepanjang Tempoh Sambutan

Dalam berdepan kehadiran penumpang yang dijangkakan lebih tinggi dan memastikan aliran penumpang berjalan lancar, lebih 5,000 petugas barisan hadapan Rapid KL daripada pelbagai unit akan bertugas secara syif sepanjang 30 dan 31 Ogos.

Pihak Rapid KL turut menggalakkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam sepanjang tempoh itu.

Orang ramai diingatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan jangan lupa untuk memastikan baki kad Touch n’ Go mencukupi bagi perjalanan lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 20 Promosi F&B & Menu Khas Sempena Merdeka 2026

Baca Artikel Berkaitan: Sempena Merdeka, Chef Wan Raikan Jenama Tempatan Yang Menyatukan Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd