Now Reading
Pendaftaran Awal Pokémon RUN 30 Malaysia Dibuka Esok, Ini Info Penting

Pendaftaran Awal Pokémon RUN 30 Malaysia Dibuka Esok, Ini Info Penting

Para peminat boleh mendapatkan tiket Pokémon RUN 30: Malaysia Edition early bird pada harga RM198 (tanpa plushie) atau RM267 (dengan plushie) bermula 20 Ogos 2026.

In Brief
  • Pendaftaran awal Pokémon RUN 30 Malaysia dibuka esok, 20 Ogos, jam 6 petang dengan harga tiket early bird bermula RM198.
  • Setiap peserta akan menerima run pack eksklusif termasuk t-shirt UNIQLO, bib bertema, beg, dan merchandise khas lain.
  • Acara Fun Run sejauh 4 kilometer ini berlangsung di KLCC pada 21 dan 22 November 2026.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pokémon pada tahun ini meraikan ulang tahun ke-30 sejak francais animasi itu ditubuhkan pada 1996.

Sempena meraikan tiga dekad bersama peminat, Pokémon RUN 30 bakal diadakan di Malaysia pada 21 dan 22 November 2026.

Pendaftaran awal bagi acara larian tersebut akan dibuka esok (20 Ogos), jam 6 petang, dengan peminat boleh mendapatkan tiket pada harga diskaun early bird.

Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini

Dapatkan Tiket Pokémon RUN 30 Early Bird Bagi Penjimatan RM30

Sehubungan itu, tiket early bird Pokémon RUN 30 boleh didapatkan bermula esok hingga 31 Ogos 2026.

Berdasarkan maklumat yang tertera di laman web pembelian tiket, harga tiket juga bergantung dengan pembelian bersama plushie ataupun tidak.

Berikut merupakan harga tiket bagi kedua-dua hari:

  • Early Bird – RM198 (tanpa plushie), RM267 (dengan plushie)
  • Standard – RM228 (tanpa plushie), RM297 (dengan plushie)

Dengan pembelian tiket early bird, peserta boleh menikmati penjimatan sehingga RM30.

Setiap Peserta Pokémon RUN 30 Akan Terima Run Pack Penuh Dengan Merchandise Khas

Setiap pembelian tiket akan menerima produk dan merchandise khas sempena Pokémon RUN 30 iaitu:

  • T-shirt UNIQLO Pokémon RUN 30
  • Bib bertema mengikut type Pokémon
  • Beg bertali Pokémon RUN 30
  • Band lengan bertema Pokémon
  • Senarai carian Pokédex Pokémon RUN 30
  • Kad lentikular Pokémon Bulbasaur/Charmander/Squirtle
  • Permainan kad dagangan Pokémon Booster Pack
  • Pelekat Pokémon

Manakala mereka yang memilih tiket dengan plushie akan menerima patung Pikachu memakai topi yang boleh digantungkan pada bahu.

Setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian mereka akan menerima Pokémon RUN 30 Finisher Medal dan Pokémon Lenticular Card (2nd Evolution Form).

Peserta Pokémon RUN 30 Akan Dilepaskan Mengikut Wave

Acara Fun Run kira-kira 4 kilometer ini akan bermula di Plaza PETRONAS, KLCC berhadapan Menara Berkembar Petronas, di mana para peserta bakal dilepaskan mengikut Wave Number.

Terdapat 10 Wave yang akan dilepaskan ketika acara tersebut bermula pada jam 6.45am bagi Wave 1. Slot masa larian akan dimaklumkan menerusi e-mel sebulan sebelum acara.

Para peserta disarankan agar tiba di kawasan berkumpul sekurang-kurangnya 45 minit ke satu jam sebelum masa larian mereka bermula.

Selesaikan Pokémon Gym Challenge Untuk Bawa Pulang Merchandise Tambahan

Apa yang menariknya dengan acara Fun Run kali ini ialah para peserta tidak perlu terkejar-kejar untuk menghabiskan larian dengan masa terpantas.

Sebaliknya, Pokémon RUN 30 memberi peluang kepada para peserta tidak kira umur, untuk menjejakkan kaki di dalam sejarah francais tersebut.

Di sepanjang larian, peserta akan berdepan dengan stesen halangan untuk menguji ketangkasan, keazaman dan semangat berpasukan di Pokémon Gym Challenge.

Mereka yang menyelesaikan Pokémon Gym Challenge akan membawa pulang merchandise tambahan:

  • Pokémon RUN 30 Gym Badge
  • Pokémon Lenticular Card (1st Evolution Form)

Selain itu, peserta juga akan terserempak dengan Pokémon berbeza di zon pertemuan yang ditetapkan bagi mengumpul pelekat Pokémon untuk memenuhkan Pokédex masing-masing.

Pokémon Hydration Station Center pula yang diletakkan di sepanjang larian itu memberi peluang untuk para peserta berhenti dan minum sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut dan tiket Pokémon RUN 30: Malaysia Edition [DI SINI].

Pokémon Festival Zone Dibuka Secara Percuma Buat Orang Ramai

Dalam masa sama, acara larian itu turut membuka Pokémon Festival Zone secara percuma buat orang ramai bagi meraikan ulang tahun ke-30 Pokémon secara imersif.

Orang ramai boleh mendapatkan merchandise khas ulang tahun ke-30 di Pokémon Center Pop-Up Store.

Di samping itu, Pokémon Time Tunnel menjemput pengunjung untuk menyertai perjalanan yang mengimbau masa lalu menerusi evolusi Pokémon, dan meneroka sejarahnya yang termasuk:

  • Permainan video Pokémon
  • Pokémon Trading Card Game (TCG)
  • Siri animasi Pokémon
  • Inisiatif pelesenan tempatan Pokémon

Bukan itu sahaja, para peminat turut berpeluang menyaksikan perarakan Pikachu, sesi meet-and-great bersama watak Pokémon, menyertai sesi bergambar bertema dan pelbagai aktiviti lain yang mesra keluarga.

Baca Artikel Berkaitan: Kad Pokémon Yang Sepatutnya Belum Wujud Muncul Di Malaysia, Disyaki Dicuri Dari Kilang

Baca Artikel Berkaitan10 Kad Pokémon Paling ‘Rare’ Menjadi Buruan Pengumpul Kad – Ada Yang Berharga Siap Boleh Beli Rumah!

Baca Artikel BerkaitanLelaki Berjaya Jual Koleksi Kad Pokémon Pada Harga RM1,870,000, Siap Ada Kad Edisi Holo Terhad!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd