Now Reading
Jurutera Sweden Ini Berjaya Selamatkan Ramai Nyawa Dengan Hanya Satu Ciptaan Ini

Jurutera Sweden Ini Berjaya Selamatkan Ramai Nyawa Dengan Hanya Satu Ciptaan Ini

Ciptaan Bohlin telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada lapan paten yang penting bagi keselamatan manusia dalam tempoh 100 tahun.

In Brief
  • Jurutera Volvo, Nils Bohlin, mencipta sistem tali pinggang keledar tiga titik pada tahun 1959 yang masih digunakan sehingga kini.
  • Volvo berkongsi paten sistem tali pinggang tiga titik secara percuma kepada semua jenama kereta di seluruh dunia.
  • Sistem tali pinggang tiga titik terbukti mengurangkan risiko kematian sehingga 45% dan kecederaan parah sebanyak 50%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali masuk ke dalam kereta, ada satu perkara yang kita lakukan secara automatik, iaitu menarik tali pinggang keledar sehingga berbunyi klik.

Tetapi, ramai tidak sedar bahawa alat kecil ini menyimpan kisah menarik yang telah menyelamatkan banyak nyawa di seluruh dunia.

Tambahan pula, sistem tali pinggang keledar yang dikenali sebagai tiga titik ini digunakan dalam semua jenama kereta kerana ciptaan seorang jurutera dari Sweden.

Jurutera Dari Volvo Telah Mencipta Sistem Tali Pinggang Keledar Tiga Titik Pada Tahun 1959

Kisah ini bermula pada tahun 1959, apabila seorang jurutera Volvo bernama Nils Bohlin mencipta tali pinggang keledar tiga titik berbentuk V.

Reka bentuknya ringkas tetapi bijak, malah mengikut bentuk badan penumpang dengan sempurna.

Sehingga hari ini, sistem tali pinggang keledar ini masih memberikan perlindungan paling berkesan sekiranya berlaku kemalangan.

Reka Bentuk Bohlin Lahir Daripada Kelemahan Tali Pinggang Dua Titik

Nils Bohlin. (Foto: Melanie King)

Sepanjang tahun 1950-an, Volvo sebenarnya sudah membangunkan beberapa penyelesaian keselamatan.

Contohnya seperti batang stereng yang boleh dilentur, dashboard empuk serta penjuru tali pinggang dua titik di kerusi hadapan.

Volvo juga melengkapkan keretanya dengan titik pautan untuk tali pinggang keselamatan dua titik seawal tahun 1957.

Namun, ia bukanlah jalan penyelesaian selamat yang disasarkan kerana tali pinggang itu terletak pada paras tulang rusuk penumpang.

Kedudukan ini akan boleh mencederakan organ dalaman yang lembut.

Menyedari kepentingan melindungi keseluruhan badan, Bohlin telah mencipta sistem dua tali, satu merentasi dada dan satu lagi menahan pinggul.

Namun, cabaran utama adalah memastikan ia berfungsi dengan berkesan serta memudahkan pengguna memakainya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

4 ‘Peraturan Emas’ Bohlin Menjadi Asas Keselamatan Nyawa

Terdapat empat perkara utama yang diterapkan Bohlin dalam reka bentuknya, yang dianggap penting bagi sebuah sistem tali pinggang.

Pertama, menggabungkan tali pinggul dan penjuru merentasi bahagian atas badan.

Kedua, kedudukannya perlu tepat mengikut anatomi tubuh badan, melindungi tulang pelvis serta rusuk.

Ketiga, ia dipasang pada titik tambatan rendah di bahagian sisi kerusi, membentuk huruf V.

Keempat, tali pinggang ini kekal stabil pada posisinya dan tidak akan bergerak walaupun menerima tekanan impak.

Sistem Tali Pinggang Tiga Titik Diberi Secara Percuma Kepada Dunia

Setelah Bohlin berjaya mencipta sistem tali pinggang tiga titik itu, Volvo berkongsi paten tersebut kepada jenama kereta lain secara percuma.

Tindakan itu membuatkan sistem tali pinggang ini diguna pakai oleh semua jenama kereta sehingga menjadi satu kelengkapan wajib pada hari ini.

Sistem Tali Pinggang Berjaya Mengurangkan Risiko Kematian Sehingga 45%

Kemalangan. (Foto: Motor1)

Keberkesanan sistem tali pinggang keledar tiga titik ini bukan sekadar dakwaan kosong, sebaliknya terlalu banyak data menyokongnya.

Menurut SafetyRestore, sistem tali pinggang keledar tiga titik ini terbukti mengurangkan risiko kematian sehingga 45%, dan risiko kecederaan sederhana hingga parah adalah 50%.

Selain itu, sistem keselamatan ini terdiri daripada 3 komponen utama iaitu, tali pinggul, tali bahu dan cangkuk penyambung.

Tali pinggul merentasi bahagian pinggul serta pelvis, tali bahu pula menahan dada dan bahu. Bunyi klik daripada cangkuk penyambung berfungsi menyambungkan keseluruhan tali pinggang ini terus kepada rangka kereta.

Apabila berlaku kemalangan, tali pinggang keledar akan menyebarkan daya hentaman secara menyeluruh.

Langkah ini dapat menahan penumpang di tempat duduk dan menghalang mereka daripada tercampak keluar dari kereta ketika berlakunya kemalangan.

Bunyi Amaran Volvo Dipercayai Paling Tenang Oleh Orang Ramai

Di sebalik sumbangan besar Bohlin dalam sejarah keselamatan, Volvo juga telah mencuri perhatian ramai kerana perkara lain.

Ini kerana timbul perbualan di media sosial mengenai jenama kereta yang mempunyai bunyi amaran tali pinggang paling sedap.

Perbincangan itu dimulakan oleh pengguna (@eliyamoi) yang ingin mengetahui jenama mana memiliki bunyi chime paling sedap dan tenang.

Jawapannya adalah Volvo berdasarkan satu video yang dikongsikan oleh pengguna lain yang menunjukkan bunyi tersebut.

Ramai mengatakan bunyinya sangat lembut, menenangkan seperti ingin menidurkan seorang bayi menjadi satu peringatan tenang berbanding amaran kuat yang sangat mengganggu.

View on Threads

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd