Now Reading
Kerap Menonton TV Akan Jadi Punca Saiz Otak Mengecil – Kajian

Kerap Menonton TV Akan Jadi Punca Saiz Otak Mengecil – Kajian

Menurut Dr Leanna Wen, kerap melakukan aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko berlakunya penyakit nyanyuk.

In Brief
  • Kajian mendapati tabiat kerap menonton televisyen pada usia pertengahan boleh menyebabkan saiz otak mengecil dan meningkatkan risiko demensia.
  • Bekerja lebih baik untuk otak berbanding menonton televisyen kerana ia melibatkan pelbagai tugasan mental yang aktif secara kognitif.
  • Bersenam, pemakanan sihat, tidur mencukupi dan menjaga hubungan sosial adalah kunci penting untuk mengekalkan kesihatan otak yang optimum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kajian yang diterbitkan oleh Alzheimer’s Association mendapati tabiat kerap menonton televisyen pada usia pertengahan akan menyebabkan saiz otak mengecil.

Para penyelidik telah menganalisis data lebih daripada 1,700 peserta dalam kajian jangka panjang yang dibiayai oleh National Institutes of Health (NIH).

Bahagian otak yang mengawal pemikiran, kawalan kognitif serta pertuturan bahasa merupakan paling awal terjejas akibat penyakit Alzheimer.

Menariknya, cara untuk memastikan tahap kesihatan otak kekal optimum adalah dengan bekerja.

Golongan Yang Kerap Menonton Televisyen Menunjukkan Perbezaan Paling Ketara

Menonton tv. (Foto: Unsplash)

Menurut pakar perubatan kecemasan di Universiti George Washington, Profesor Madya, perbezaan itu sangat ketara dalam golongan yang dilaporkan kerap menonton televisyen

Isi padu otak mereka lebih kecil berbanding kumpulan lain serta menunjukkan peningkatan white matter dikenali sebagai hyper intensities.

Ia merupakan perubahan yang dapat dilihat melalui imbasan MRI menunjukkan berlakunya kecederaan pada salur darah kecil dalam otak.

Perubahan itu sering dikaitkan dengan kemerosotan kognitif serta penyakit demensia (nyanyuk).

Berada Di Tempat Kerja Beri Kesan Lebih Baik Berbanding Menonton Televisyen

Suasana ofis. (Foto: The Happiness Index)

Memetik semula kajian tersebut mendapati individu bekerja menunjukkan hasil berbeza daripada mereka yang duduk di hadapan televisyen.

Ini kerana menonton televisyen adalah aktiviti pasif dari segi kognitif kerana individu akan menerima maklumat berbanding memprosesnya.

Berbeza apabila berada di tempat kerja, otak kita akan melakukan pelbagai tugasan mental.

Contohnya, membalas e-mel, menyiapkan tugasan, berbincang dengan rakan sekerja dan kesemuanya akan menggerakkan pelbagai saluran dalam otak walaupun sedang duduk.

Kajian Ini Tidak Membuktikan Menonton Televisyen Adalah Punca Otak Mengecil

Perlu difahamkan bahawa kita tidak boleh membuat satu kesimpulan berdasarkan kajian ini kerana ia hanyalah satu pemerhatian yang melihat corak perubahan dalam peserta tanpa menguji sebab dan akibat.

Ia tidak boleh membuktikan bahawa menonton televisyen akan menyebabkan otak mengecil serta merta.

Ini kerana ada faktor yang tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh para penyelidik.

Walau bagaimanapun, para penyelidik turut mengambil kira pelbagai faktor lain seperti umur, tahap pendidikan, kekerapan aktiviti fizikal, tabiat merokok, alkohol, diabetes, tekanan darah tinggi dan berat badan.

Selain itu, ada kemungkinan individu yang menyertai kajian ini telah mengalami perubahan pada kesihatan otak mempengaruhi tabiat sebelum imbasan MRI dilakukan.

Bersenam Dapat Mengurangkan Risiko, Tetapi Tidak Menghapuskannya

Amalkan gaya hidup aktif. (Foto: Hello Doktor)

Kita sedia maklum bahawa melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dapat bantu mengurangkan risiko demensia, tetapi ia tidak akan menghapuskan faktor yang lain.

Menurut laporan dari CNN, seorang individu yang kerap melakukan aktiviti fizikal turut mengalami perubahan pada otak jika tabiat menonton televisyen dengan kerap masih wujud.

Tidak Semua Skrin Membawa Kesan Buruk, Cuma Perlu Ubah Tabiat Sahaja

Persoalan utama di sini, adakah kita perlu berhenti menonton televisyen atau menggunakan telefon pintar, tablet dan sebagainya?

Menurut Dr Wen, tidak begitu sekali.

“Saya tidak fikir bahawa kajian ini minta semua orang berhenti menggunakan skrin sepenuhnya.”

Ini kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita menonton televisyen atau skrin untuk melihat siri kegemaran bersama kawan, keluarga menjadi satu aktiviti menyeronokkan dan membantu mengeratkan hubungan.

Sebaliknya, kita perlu mengambil berat berapa banyak masa dihabiskan dengan melakukan aktiviti pasif seperti menonton televisyen atau doomscrolling.

Jika anda sering menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau menggunakan media sosial sehingga tiada masa untuk bersenam, berjumpa orang, membaca atau aktiviti lain yang merangsangkan minda, di situlah timbulnya masalah.

Tambahan pula, Dr Wen turut menekan bahawa tidak semua orang menggunakan televisyen dengan cara yang sama.

Sesetengah orang akan menggunakannya untuk mempelajari bahasa baharu, memasak dan sebagainya akan menggerakkan otak dengan cara berbeza daripada menonton secara pasif tanpa tujuan.

Selain itu, elakkan duduk terlalu lama dan kerap bangun untuk meregangkan badan serta berjalan.

Amalkan Gaya Makanan Sihat Serta Rutin Senaman Jadi Kunci Otak Sihat

Untuk pengetahuan umum, mengurangkan penggunaan skrin bukanlah satu-satunya cara menjaga kesihatan otak apabila usia sedang meningkat.

Melakukan aktiviti fizikal secara kerap merupakan antara langkah paling kukuh yang disokong oleh pakar.

Malah, mengawal tekanan darah, menjauhi rokok, mendapat tidur mencukupi serta mengekalkan berat badan sihat juga boleh membantu.

Tabiat pemakanan sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, ikan akan meningkatkan tahap kesihatan otak sepenuhnya.

Menjaga hubungan sosial juga penting kerana ia dapat membantu mengurangkan masalah kemurungan serta penyakit mental yang lain.

Perlu diingatkan, tiada satu aktiviti yang boleh menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit nyanyuk. Tetapi, ia tidak bermakna kita tidak boleh mengubah tabiat menjadi lebih sihat bagi mengurangkan risiko serta kesannya apabila kita semakin tua.

Baca Artikel Berkaitan: Cepat Muntah & Loya Bila Naik EV? Ini Mungkin Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: 49% Tuntutan Penyakit Kritikal Datang Daripada Golongan Bawah 40 Tahun, Ini Kata Allianz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd