KFC Malaysia meraikan lebih 50 tahun kehadiran di negara ini dengan pengalaman jenama imersif pertama, ZON ORI KFC, di MyTown Shopping Centre.
ZON ORI KFC menampilkan bilik imersif 270 darjah dengan visual berskala besar, kesan bunyi dan aroma Original Recipe sebagai pengalaman sensori unik.
Ahli KFC boleh mendapatkan 1,973 unit Snack Plate percuma setiap hari selepas melengkapkan semua ORI Zones sepanjang acara berlangsung.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Merupakan salah satu jenama makanan segera popular di dalam negara, KFC (dahulu dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken) telah bertapak di Malaysia lebih 50 tahun sejak cawangan pertama dibuka pada tahun 1973.
Bermula 30 Julai lalu, KFC Malaysia membawakan pengalaman jenama imersif pertamanya menerusi ZON ORI KFC.
Acara yang berlangsung hingga 2 Ogos 2026 di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur itu diadakan bagi meraikan kehadiran KFC di Malaysia selama lebih lima dekad.
Sertai Pengalaman Imersif ZON ORI KFC, Imbau Hidangan Ayam Original Recipe
KFC mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai hadir ke ZON ORI KFC bagi mengimbau kembali hidangan ikonik jenama itu.
Sama ada ayam Original Recipe, mahupun hidangan sampingan seperti Whipped Potato dan Coleslaw, semuanya menjadi sebahagian daripada pelbagai kenangan dan tradisi di KFC.
ZON ORI KFC menghidupkan legasi ini menerusi pengalaman imersif yang direka di samping elemen-elemen ikonik KFC.
Foto: KFC
Antara tarikan utama ialah ‘bilik imersif 270 darjah’ yang menggabungkan visual berskala besar, kesan bunyi imersif dan aroma Original Recipe dalam satu pengalaman sensori satu dalam sejuta.
Di samping itu, pengunjung boleh meneroka pelbagai zon interaktif yang diinspirasikan daripada hidangan kegemaran di KFC, termasuk mengundi gaya makan kegemaran mereka di Cara Makan Ori.
Mereka juga boleh menghasilkan bucket KFC tersendiri dengan gambar peribadi serta menghias bucket hat edisi terhad menggunakan lencana eksklusif yang memaparkan kebanggaan Malaysia.
Foto: KFC
Ahli KFC Boleh Dapatkan Snack Plate Percuma, Hanya 1,973 Unit Setiap Hari
Acara itu turut memberikan penghargaan kepada ahli KFC dengan menawarkan 1,973 unit Snack Plate, iaitu hidangan ayam goreng ikonik bersama Whipped Potato dan Coleslaw, secara percuma setiap hari kepada mereka yang berjaya melengkapkan kesemua ORI Zones.
Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Hanim Mazam, berkata ZON ORI KFC bukan sahaja meraikan menu ikonik KFC, malah menghargai cara unik rakyat Malaysia menikmati hidangan KFC menerusi #CaraOriKFC.
“Pengalaman ini merupakan perayaan cita rasa ikonik kami dan satu penghargaan kepada peminat, yang telah menjadikan KFC sebahagian daripada budaya Malaysia menerusi ritual peribadi, kenangan dan cinta terhadap jenama itu,” katanya.
Foto: KFC
Pengalaman Jenama & Pengalaman Pelanggan Penting Bagi Hubungan Bermakna
Dibangunkan bersama VML, ZON ORI KFC menunjukkan bagaimana pengalaman jenama dan pelanggan boleh digabungkan bagi mewujudkan hubungan bermakna antara kedua-duanya.
Ketua Pengalaman Digital & Pelanggan VML, Karen Koay, berkata matlamat mereka adalah untuk mengubah warisan ikonik KFC menjadi pengalaman jenama bertaraf dunia yang penuh makna, imersif dan manusiawi.
“Sebagai salah satu jenama paling disayangi di Malaysia, KFC mempunyai tempat unik di dalam hatik pelanggan dan kami mahu mewujudkan pengalaman yang menampilkan kekuatan hubungan itu.
“Dengan membawa bersama pengalaman jenama dan pelanggan, kami menghasilkan perjalanan yang membolehkan peminat melihat, mendengar, merasa dan berinteraksi dengan legasi yang menjadikan KFC #1 Best Tasting Fried Chicken di Malaysia,” katanya.
Orang ramai dijemput mengunjungi ZON ORI KFC di MyTOWN Shopping Centre dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2026. Ahli KFC yang berdaftar juga berpeluang menikmati kelebihan eksklusif dan menikmati pengalaman yang lancar.
Mereka yang tidak dapat hadir juga masih boleh menyertai kempen dengan berkongsi Cara Makan Ori menerusi tanda pagar #CaraOriKFC dan menyebut @kfcmalaysia untuk peluang memenangi barangan eksklusif ZON ORI KFC.