Now Reading
49% Tuntutan Penyakit Kritikal Datang Daripada Golongan Bawah 40 Tahun, Ini Kata Allianz

49% Tuntutan Penyakit Kritikal Datang Daripada Golongan Bawah 40 Tahun, Ini Kata Allianz

Allianz Life Malaysia mendedahkan hampir separuh daripada tuntutan penyakit kritikal melibatkan individu berusia bawah 40 tahun, sekali gus menunjukkan risiko kesihatan kini semakin membimbangkan dalam kalangan golongan muda.

In Brief
  • Data daripada Allianz mendedahkan 49% tuntutan penyakit kritikal datang daripada pelanggan berusia bawah 40 tahun.
  • Allianz Life akan menganjurkan Allianz Health Festival 2026 pada 1 Ogos 2026 di APW Bangsar, menawarkan saringan kesihatan percuma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai beranggapan penyakit kritikal seperti kanser, strok atau penyakit jantung hanya akan muncul apabila usia semakin meningkat.

Namun, realitinya mungkin jauh berbeza.

Menurut data terbaharu daripada Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, hampir separuh (49%) tuntutan penyakit kritikal yang diterima syarikat itu datang daripada pelanggan berusia bawah 40 tahun.

Angka ini menunjukkan bahawa risiko penyakit serius kini tidak lagi tertumpu kepada golongan berusia, malah semakin memberi kesan kepada individu yang masih berada dalam usia produktif.

Kesedaran Kesihatan Perlu Bermula Lebih Awal

Melihat kepada trend tersebut, Allianz berpandangan bahawa masyarakat, khususnya golongan muda, perlu lebih proaktif dalam menjaga kesihatan dan membuat perancangan kewangan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Malaysia, Giulio Slavich, berkata masih ramai yang percaya penyakit kritikal hanya menyerang individu berusia.

“Hakikatnya, risiko kesihatan boleh muncul lebih awal daripada yang disangka. Sebab itu penting untuk kita memahami keadaan kesihatan sendiri dan mengambil langkah pencegahan seawal mungkin,” katanya.

Allianz Health Festival 2026 Tawar Saringan Kesihatan Percuma

Bersempena usaha meningkatkan kesedaran kesihatan, Allianz Life akan menganjurkan Allianz Health Festival 2026 pada 1 Ogos 2026 di APW Bangsar.

Festival yang bertemakan “Discover More Today, Secure What Matters Tomorrow” itu berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang dan terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk.

Apa Yang Menarik Di Festival Ini?

Pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat daripada pakar kesihatan, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada penjagaan kesihatan dan gaya hidup lebih sihat.

Antara yang disediakan ialah:

  • Saringan kesihatan asas secara percuma.
  • Penilaian risiko kanser.
  • Ceramah bersama pakar kesihatan.
  • Perkongsian pengalaman daripada bekas pesakit dan penjaga.
  • Aktiviti kesejahteraan interaktif.
  • Tip pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan harian.

Menurut Giulio, festival tersebut diwujudkan bagi membantu orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang kesihatan, sekali gus membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

Beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil peluang menghadiri program seperti ini kerana pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan, terutama apabila risiko penyakit kritikal kini semakin melibatkan golongan muda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd