Tiada Lagi Pengecasan Percuma Di Tesla Buat Pemilik EV Jenama Ini
Kadar RM0.88 per kWh yang ditetapkan bagaimanapun adalah harga pengecasan kenderaan EV secara AC yang lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa sekitar RM1 ke RM1.10 setiap kWh.
- Tesla has ended free charging at its 75 Destination Chargers across Malaysia, effective 29 July, after nearly three years.
- Owners must now pay RM0.88 per kWh at AC Destination Chargers, which is still lower than the market rate of RM1 to RM1.10.
- The government confirmed no price ceiling exists for EV charging rates, leaving operators free to set their own prices.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Salah satu kereta elektrik yang ditawarkan di Malaysia ialah jenama dari Amerika Syarikat, Tesla.
Sebelum ini, pemilik Tesla di dalam negara dapat menikmati pengecasan secara percuma di 75 Tesla Destination Charger yang disediakan khas bagi kenderaan Tesla di 18 lokasi seluruh Malaysia.
Namun selepas hampir tiga tahun, Tesla akhirnya bakal menghentikan tawaran percuma tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Sifatkan Performance EV Sama Seperti Supercar, Lelaki Kongsi Sebab Pilih Tesla Dari GTR
Pengecasan Di Tesla Destination Charger Dikenakan Harga RM0.88 Per kWh
Bermula hari ini (29 Julai), Tesla tidak lagi menawarkan pengecasan percuma di AC Charge Points 11kW eksklusif itu.
Sebaliknya, pemilik kenderaan Tesla perlu membayar sebanyak RM0.88 setiap kWh untuk menggunakan kemudahan tersebut di seluruh negara.
Menerusi semakan oleh laman web automotif Paultan di dalam aplikasi Tesla, setiap lokasi Tesla Destination Charger menunjukkan kadar yang sama setakat ini termasuk di:
- IOI Mall Puchong
- Quayside Mall
- Pavilion Bukit Jalil
- Pavilion Damansara Heights
- The Gardens Mall
- Bangsar Shopping Centre
- Sunway Putra Mall
- EQ Kuala Lumpur
- Sunway Velocity
- Gamuda Cove, Dengkil
- IOI City Mall, Putrajaya

Harga Pengecasan AC Tesla Lebih Murah Berbanding Harga Pasaran
Pada kadar RM0.88 per kWh, ini merupakan harga pengecasan kenderaan EV secara AC (alternating current) yang lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa sekitar RM1 ke RM1.10 setiap kWh.
Namun bagi pemilik kenderaan Tesla yang mahukan pengecasan lebih pantas, mereka boleh menggunakan kemudahan Tesla Superchargers dengan harga sedikit tinggi, tetapi masih kurang berbanding kadar RM1 per kWh ketika di luar waktu kemuncak.
“Dalam kata lain, menggunakan Superchargers 250kW pada waktu yang tepat boleh mendapatkan harga kurang berbanding pengecasan perlahan 11kW ketika anda membeli-belah,” kata Paultan.
Namun pengecasan menggunakan unit AC itu masih berguna jika pemilik meletakkan kenderaan mereka berjam lamanya di pusat beli-belah.
Malah pengecasan secara perlahan lebih menjamin ketahanan bateri berbanding pengecasan pantas menggunakan unit DC (direct current) Superchargers.
Sebagai info, Superchargers pada mulanya dilancarkan Ogos 2023 dengan harga RM1.25 per kWh, sebelum turun ke RM1.13 pada Disember 2024 dan naik sedikit menjadi RM1.19 pada Mac 2025.
Kini harga pengecasan menggunakan Superchargers adalah mengikut struktur kadar yang berasaskan waktu.
Namun harga ini adalah lebih mahal buat pemilik kenderaan EV bukan Tesla yang menggunakan kemudahan berkenaan di empat Supercharger di Lembah Klang, iaitu pada kadar RM1.80 per kWh.

Pengecasan Kenderaan EV Di Rumah Adalah Langkah Paling Jimat
Sudah tentu, pilihan yang paling menjimatkan kos adalah dengan mengecas kenderaan EV di rumah dan membayar mengikut kadar domestik TNB pada harga sekitar RM0.50 per kWh.
Dengan pengenalan bayaran di Tesla Destination Charger, langkah ini juga dilihat dapat mengelakkan pemilik kenderaan untuk parkir di lot pengecasan tersebut tanpa menggunakannya.
Perkara ini sekali gus memberi peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan tempat pengecasan tersebut.
Tiada Kawalan Harga Bagi Kadar Pengecasan Kenderaan EV Oleh Kerajaan
Dalam perkembangan sama, kerajaan semalam (28 Julai) mengumumkan bahawa tiada harga siling yang ditetapkan bagi kadar pengecasan kenderaan EV.
Kementerian Pelaburan, Perdangan dan Industri (MITI) berkata, kadar pengecasan ini ditentukan sendiri oleh pengendali masing-masing dan tiada kawalan harga dikenakan.
Tambahnya lagi, perkara ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan pelaburan daripada sektor swasta dan memupuk persaingan sihat dalam menyediakan servis pengecasan EV.
“Perkara ini seterusnya akan mempercepatkan pengembangan rangkaian pengecasan EV awam di seluruh negara,” kata MITI dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.
Menurut MITI, terdapat sejumlah 6,416 tempat cas EV awam di seluruh negara setakat 31 Mei lalu, dengan 2,143 (33.4%) merupakan pengecas DC, manakala 4,273 (66.6%) ialah jenis AC.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi Ambil Masa 3 Jam Untuk Cas Kereta EV Di Stesen Minyak
Baca Artikel Berkaitan: Proton e.MAS Catat Dominasi Dalam Pasaran EV Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.