Now Reading
Elak Letak 6 Benda Ini Untuk Dapat Tidur Yang Selesa & Berkualiti

Elak Letak 6 Benda Ini Untuk Dapat Tidur Yang Selesa & Berkualiti

Lampu silau boleh menyebabkan bilik tidur kurang selesa serta menyukarkan kita untuk tidur.

In Brief
  • Elakkan cadar dan bantal poliester kerana memerangkap haba. Pilih kain kapas, linen atau sutera untuk tidur lebih selesa.
  • Warna terang dan corak terlalu sibuk memenatkan mata. Guna warna neutral dan corak plain untuk suasana lebih tenang.
  • Lampu terlalu terang mengganggu kitaran tidur. Pilih cahaya warm white atau amber untuk tingkatkan penghasilan melatonin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia yang serba pantas hari ini, mendapat tidur yang berkualiti dan suasana tenang menjadi antara kunci penting untuk menjaga kesihatan fizikal serta mental.

Tetapi, ramai tidak sedar bahawa reka bentuk dan suasana bilik tidur memainkan peranan besar untuk mencapai keselesaan itu.

Malah, sebuah bilik tidur yang selesa memberi peluang untuk tubuh badan rehat serta memulihkan tenaga semula.

Ini 6 Perkara Yang Tidak Perlu Diletakkan Dalam Bilik Tidur Anda

#1. Cadar Katil & Bantal Diperbuat Daripada Kain Poliester
Contoh cadar katil diperbuat dari kain kapas. (Foto: Hooga)

Menurut pereka dalaman, Kelly Krueger, pilihan terbaik untuk cadar sebenarnya ialah kain diperbuat daripada kapas, diikuti linen dan sutera.

Ini kerana kain poliester diperbuat daripada plastik dan akan memerangkap haba badan menyebabkan anda kurang selesa ketika tidur berbanding kain kapas.

Malah, sifat kain kapas secara semula jadi lebih breathable dan sejuk.

#2. Corak Yang Terlalu Sibuk & Warna Terang
Corak dan warna terlalu busy. (Foto: House Beautiful)

Kombinasi warna terang dan corak terlalu sibuk perlu dielakkan sepenuhnya dalam bilik tidur anda.

Ini kerana tona warna terlalu ceria bersama corak sibuk akan memenatkan mata melihatnya dan menyukarkan minda kita untuk berehat.

Jalan penyelesaiannya adalah mengimbangi warna lembut atau neutral dengan corak plain bagi mewujudkan suasana bilik lebih tenang.

#3. Rak Almari Terbuka
Almari terbuka. (Foto: The Spruce)

Semakin ramai mula menyimpan barang menggunakan rak almari terbuka untuk menjimatkan ruang serta menjimatkan masa ketika mengemas.

Namun, ini akan menghasilkan rupa bilik yang bersepah kerana barang tidak ditutup dengan baik.

Sebaliknya, pilihlah almari yang mempunyai pintu serta laci bertutup supaya bilik kelihatan lebih tersusun serta lapang.

#4. Meja Sisi Tidur Tanpa Ruang Menyimpan Barang
Meja sisi yang tiada ruang menyimpan barang. (Foto: Budget Box)

Meja sisi tidur dengan gaya minimalis mungkin kelihatan cantik dalam gambar, tetapi tiada ruang menyimpan barang akan menyusahkan anda dalam jangka masa panjang.

Ini kerana barang akan mula bertimbun di atas dan menghasilkan rupa yang bersepah.

Oleh itu, pilih meja sisi tidur yang sekurang-kurangnya mempunyai satu laci bertutup membolehkan anda menyimpan telefon atau gajet, mengelakkan cahaya biru pada waktu malam.

#5. Lampu Siling Terlalu Terang
Pilih lampu tidur panas seperti ini. (Foto: The Spruce)

Lampu memainkan peranan sangat penting untuk memastikan anda mendapat tidur yang nyenyak ataupun tidak di bilik tidur.

Ini kerana cahaya lampu akan mengeluarkan warna biru boleh menjejaskan kualiti tidur anda.

Untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik, pastikan bilik anda gelap dan pilih cahaya lampu panas seperti merah atau amber.

Elakkan menggunakan cahaya daripada telefon pintar atau berwarna putih kerana ia boleh menganggu kitaran tidur anda.

#6. Perabot Yang Susah Untuk Dibersihkan
Contoh perabot yang sukar untuk dibersihkan. (Foto: Rattan decor)

Perabot menggunakan bahan semula jadi seperti buluh dan rotan telah menjadi satu trend kerana kelihatan cantik seolah-olah gaya bohemian.

Namun, tekstur anyaman perabot seperti ini sering mempunyai ruang untuk memerangkap serta mengumpul habuk. Sekali gus, membuatkan kerja pembersihan sangat susah.

Justeru itu, pilihlah perabot yang mudah dibersihkan supaya bilik tidur anda bebas daripada habuk kotor.

Untuk Dapatkan Tidur Berkualiti Pastikan Anda Guna Lampu Warm White

Untuk pengetahuan am, cahaya lampu mempengaruhi penghasilan hormon melatonin yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran tidur secara semula jadi.

Sel ini sangat sensitif terhadap cahaya sekitar 450 hingga 480 nanometer, iaitu lampu yang kelihatan berwarna biru.

Selain itu, cahaya biru ini akan menyekat penghasilan melatonin, malah membuatkan otak kita berfungsi seperti hari masih siang, mengganggu kita untuk tidur.

Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk memilih lampu warm white yang dapat mengurangkan silau serta lebih lembut pada mata kita kerana berwarna kuning.

Ia akan membantu proses untuk kita tidur pada waktu malam lebih cepat.

Selain itu, lampu ini tidak akan menjejaskan kitaran tidur malah berpotensi untuk meningkatkan penghasilan melatonin jauh lebih tinggi berbanding cahaya biru.

Tambahan pula, warna lampu panas ini akan meningkatkan penghasilan melatonin jauh lebih tinggi berbanding cahaya biru.

Untuk kesan paling efektif, gelapkan bilik anda pada waktu malam dan elakkan penggunaan peranti elektronik yang mengeluarkan cahaya biru sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur.

Letakkan sumber cahaya panas untuk mewujudkan suasana tenang yang lebih selesa ketika tidur.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Susah Tidur Nyenyak? Ibu Ayah Boleh Cuba Tukar Lampu Untuk Bilik Tidur Kepada Warm Light | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Inginkan Rumah Cantik Dan Estetik? Elakkan 5 Kombinasi Warna Ini Menurut Pereka Dalaman | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd