Now Reading
Proton e.MAS Jadi Jenama xEV Terpantas Di Malaysia, Catat Lebih 20,000 Jualan Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS Jadi Jenama xEV Terpantas Di Malaysia, Catat Lebih 20,000 Jualan Dalam 7 Bulan

Dengan momentum yang semakin kukuh, Proton e.MAS menyasarkan untuk terus menjadikan pemilikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses, praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

In Brief
  • Proton e.MAS mencatat lebih 20,000 jualan dalam tempoh kurang tujuh bulan pertama 2026, menjadikannya jenama xEV terpantas di Malaysia.
  • Proton e.MAS menguasai 42.6% bahagian pasaran EV dan 41.8% bahagian pasaran xEV pada separuh pertama 2026.
  • Proton e.MAS 5 menjadi model paling popular, menyumbang 60.9% daripada jumlah keseluruhan jualan jenama tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Proton e.MAS terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan apabila mencatat lebih 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan pertama tahun 2026.

Pencapaian yang diumumkan oleh PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON itu menjadikan Proton e.MAS sebagai jenama xEV terpantas di Malaysia mencapai angka jualan tersebut.

Selain itu, bagi separuh pertama tahun 2026, Proton e.MAS turut menguasai 42.6% bahagian pasaran EV dan 41.8% bahagian pasaran xEV, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama No.1 dalam segmen berkenaan.

Proton e.MAS 5 Jadi Penyumbang Jualan Terbesar

Daripada keseluruhan jualan, Proton e.MAS 5 muncul sebagai model paling popular dengan menyumbang 60.9% daripada jumlah jualan keseluruhan.

Sementara itu, Proton e.MAS 7 menyumbang 15.8%, manakala model baharu Proton e.MAS 7 PHEV pula mencatat 23.3% daripada keseluruhan jualan.

Menurut PRO-NET, sambutan positif terhadap model PHEV itu menunjukkan semakin ramai pengguna mahukan pilihan mobiliti yang menggabungkan kelebihan pemanduan elektrik bersama kemampuan perjalanan jarak jauh.

Lebih 20,000 Rakyat Malaysia Pilih Proton e.MAS

e.MAS

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata kejayaan tersebut adalah hasil kepercayaan pelanggan yang memilih Proton e.MAS sebagai kenderaan harian mereka.

“Setiap pencapaian bermula dengan satu kepercayaan daripada pelanggan kami. Kejayaan Proton e.MAS melepasi 20,000 jualan dalam tempoh kurang daripada tujuh bulan tidak akan tercapai tanpa sokongan dan keyakinan rakyat Malaysia. Pencapaian ini adalah kejayaan bersama dan kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh setiap pelanggan,” katanya.

Sokong Aspirasi Mobiliti Rendah Karbon Negara

PRO-NET berkata Proton e.MAS akan terus menyokong usaha kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan mobiliti rendah karbon menerusi Pelan Induk Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Pada masa sama, syarikat itu akan terus memperluaskan portfolio kenderaan elektrik, menambah baik rangkaian pusat jualan dan servis serta memperkukuhkan kerjasama bersama penyedia kemudahan pengecasan di seluruh negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd