Now Reading
Ini 5 Tips Untuk Jadi “Cef” Di Rumah

Ini 5 Tips Untuk Jadi “Cef” Di Rumah

Bak kata peribahasa, practice makes perfect!

In Brief
  • Fahami istilah asas memasak seperti "pecah minyak" dan cara mengenal pasti minyak sudah panas sebelum mula memasak.
  • Mulakan dengan resipi mudah yang tidak memerlukan banyak bahan, dan tingkatkan kemahiran secara perlahan-lahan.
  • Gunakan bahan segar dan amalkan kebersihan dapur dengan kaedah CLAYGO untuk hasil masakan lebih selamat dan sedap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan memasak merupakan satu kemahiran sangat berguna dalam kehidupan seharian, tetapi tidak semua orang mengetahui cara yang betul.

Bagi golongan yang baru ingin berjinak-jinak di dapur, perasaan nervous dan takut masakan tidak menjadi merupakan perkara biasa.

Jadi tidak perlu risau kerana dengan 5 tips mudah ini, anda bakal berubah menjadi seorang masterchef di rumah dari semasa ke semasa.

Bagaimana Cara Masak Untuk Seorang Beginner?

Memasak adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari. (Foto: Pexels)

Tular di Threads, seorang pengguna yang dikenali sebagai Ireen berkongsi bahawa dia ingin belajar memasak dan telah bertanya kepada orang ramai beberapa persoalan asas di dapur.

“Hi. Saya baru nak belajar masak tetapi apa maksud pecah minyak? Bagaimana nak tahu cili tumis dah masak? minyak dah panas? Apa lagi perkara yang saya perlu tahu,” tulisnya.

Melihat persoalan itu, orang ramai meluangkan masa berkongsi pelbagai tips mudah untuk membantu Ireen belajar memasak.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa setiap orang yang baru belajar memasak akan melakukan kesilapan, sama ada menjadi terlalu masin, manis atau tiada rasa sekalipun.

Memasak mungkin nampak mudah, tetapi ia memerlukan latihan. Jadi, jangan cepat berputus asa!

Ini 5 Tips Asas Untuk Beginner Yang Baru Cuba Belajar Memasak

#1 Fahami Maksud ‘Pecah Minyak’
Contoh rupa pecah minyak (kiri) untuk masak kari (kanan). (Foto: @azmanrocks /Threads, Pexels)

Pecah minyak ialah istilah yang sering digunakan dalam resipi masakan Melayu dan berbeza dengan masakan barat kerana kebanyakan makanan kita memerlukan langkah ini.

Contohnya seperti menghasilkan kari yang memerlukan anda menumis bahan serta rempah terlebih dahulu menggunakan kuali serta minyak sehingga berlakunya pecah minyak.

Anda boleh tahu bahan tumisan sudah pecah minyak apabila ia mula timbul di bahagian atas manakala bahan lain berada di bawah.

Selain itu, hidung anda juga main peranan kerana selepas pecah minyak, baunya akan berubah menjadi lebih wangi.

Langkah ini sangat penting untuk memastikan bahan tumisan seperti cili giling atau rempah akan dimasak dengan sempurna menjadikan masakan anda lebih sedap serta dapat mengelakkan berlakunya sakit perut.

#2. Bagaimana Nak Tahu Minyak Sudah Panas?

Untuk menghasilkan masakan bergoreng yang rangup serta sedap memerlukan kemahiran dalam mengetahui tahap kepanasan minyak dengan betul.

Cara paling mudah ialah dengan menitiskan sedikit air ke dalam minyak untuk melihat reaksinya. Jika ia mengeluarkan bunyi memercik, itu bermakna minyak sudah panas.

Anda juga boleh mencelupkan hujung sudip kayu ke dalam minyak, dan jika ia mengeluarkan buih, itu tandanya minyak sudah cukup panas.

Tambahan pula, anda juga boleh menggunakan alat termometer yang sering digunakan di kebanyakan dapur profesional untuk mendapat bacaan suhu lebih tepat.

#3. Kenali Peralatan Memasak Dengan Betul
Peralatan masak akan bantu memudahkan proses memasak anda. (Foto: Pexels)

Sebelum mula memasak, anda perlu mengenali peralatan yang betul supaya prosesnya menjadi lebih mudah.

Terdapat pelbagai jenis peralatan dengan kegunaan berbeza untuk bantu anda menghasilkan makanan lebih sempurna.

Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu menggunakan peralatan yang mahal kerana ia tidak akan membantu menjadikan makanan lebih sedap.

#4. Mulakan Dengan Resipi Yang Mudah

Selepas sudah mengenali segala peralatan memasak, barulah anda boleh mencari resipi masakan yang mudah terlebih dahulu.

Sama ada melalui buku resipi ataupun video di media sosial.

Memandangkan anda seorang beginner, cuba resipi senang diikuti, tidak memerlukan banyak bahan dan mengikuti minat sendiri, sebelum mencuba yang lebih kompleks.

#5. Pastikan Anda Menggunakan Bahan Yang Segar
Bahan segar di pasar raya. (Foto: Sunway City)

Pemilihan bahan yang segar turut memainkan peranan penting untuk menghasilkan masakan yang lebih sedap.

Sebelum masak, semak dahulu bahan yang ada dalam peti sejuk. Jika terdapat bahan kurang segar, gantikannya di pasar raya supaya masakan kekal bersih daripada segala kuman dan kotoran.

Amalkan Keselamatan Dapur Dan Kaedah CLAYGO Ketika Memasak

Untuk peringatan am, selain kemahiran memasak, aspek keselamatan di dapur juga sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh walaupun kebanyakannya hanyalah common sense.

Antara amalan penting seperti sentiasa mencuci tangan sehingga bersih dan menyental semua peralatan setelah selesai memasak, supaya dapur, makanan, anda kekal selamat.

Akhir sekali, cuba amalkan kaedah Clean As You Go (CLAYGO) yang akan membantu mengekalkan tahap kebersihan ketika memasak.

Menerusi kaedah ini, anda digalakkan untuk mengemas setiap kali selesai sesuatu tugasan, iaitu dengan segera membersihkan sisa makanan atau tumpahan berbanding membiarkannya selepas selesai makan.

Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kekotoran sekali gus memastikan dapur sentiasa kemas serta selesa.

Jangan risau jika anda seorang beginner, paling penting adalah usaha untuk pelajari resipi mudah supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana dapur terlebih dahulu.

Seperti kata pepatah Inggeris, practice makes perfect.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat! | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je! | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd