Now Reading
T-ara Kembali Ke Malaysia, Konsert ‘Fan-Con’ Khas Buat Para Peminat

T-ara Kembali Ke Malaysia, Konsert ‘Fan-Con’ Khas Buat Para Peminat

Harga tiket bagi ‘T-ara Fan-Con In Malaysia 2026 [Summer Again]’ bermula dari RM338 (CAT 5) hingga RM888 (QUEEN’S).

In Brief
  • T-ara akan mengadakan 'Fan-Con In Malaysia 2026 [Summer Again]' pada 9 Ogos di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
  • Pemegang tiket boleh menikmati faedah eksklusif seperti sesi Hi-Bye, album, poster dan polaroid yang ditandatangani.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Muzik K-pop boleh dikatakan mula menembusi pasaran Malaysia sekitar tahun 2000an. Ketika itu, ramai peminat muzik mengikuti kumpulan-kumpulan first-gen K-pop.

Kini 15 tahun kemudian, muzik K-pop sudah pun memasuki gelombang fourth dan fifth-gen yang lebih banyak mendominasi carta muzik di peringkat global.

Namun satu girl group K-pop generasi kedua, T-ara, masih mendapat ruang di hati para peminat dengan legasinya menerusi lagu-lagu yang mendahului carta muzik hits.

T-ara Fan-Con In Malaysia 2026 Pada 9 Ogos Ini

Peminat T-ara pastinya tidak sabar-sabar untuk menantikan kedatangan kumpulan itu semula ke Malaysia bagi satu konsert eksklusif, sekali gus merasai sendiri nostalgia muzik K-pop.

Dianjurkan oleh T-Rex Studio, ‘T-ara Fan-Con In Malaysia 2026 [Summer Again]’ bakal diadakan pada 9 Ogos ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert solo T-ara khas bagi para peminat ini akan mengumpulkan ahli-ahli Qri, Eunjung, Hyomin, dan Jiyeon, dengan gabungan segmen interaksi bersama peminat dan persembahan trek muzik yang ikonik.

Ini Sejarah Ringkas Kumpulan T-ara

Selepas 17 tahun, T-ara masih menjadi kumpulan yang penting dalam sejarah K-pop sejak debut pertamanya pada tahun 2009 dengan single “Lies”.

Merupakan antara kumpulan K-pop generasi kedua, kumpulan all-girls itu telah membina legasi dengan lagu-lagu hit seperti “Bo Peep Bo Peep,” “Roly-Poly,” “Lovey-Dovey,” “Cry Cry,” dan “Sugar Free”.

Peminat turut menyaksikan perubahan dalam lineup T-ara sejak penubuhannya, dengan Jiae dan Jiwon yang keluar lebih awal, sebelum disertai Hwayoung pada 2010 hingga 2012.

Sehinggalah kumpulan itu disertai enam ahli, Qri, Eunjung, Hyomin, Jiyeon, Boram, dan Soyeon, yang berjaya membawa T-ara ke kemuncak dalam industri muzik K-pop.

Pada 2017, Boram dan Soyeon meninggalkan T-ara, menjadikan kumpulan itu sebagai satu kuartet (empat ahli).

Kini, ahli-ahli T-ara meneruskan minat masing-masing secara solo di bawah agensi berbeza, namun mereka masih mengekalkan pertalian dan sering bertemu untuk mengadakan persembahan dan acara buat para peminat.

Jualan Album Fizikal T-ara Cecah 1 Juta

Kelangsungan T-ara dalam industri muzik K-pop boleh dikaitkan dengan muziknya yang versatil, dari disko retro ke track tarian EDM.

Menurut MalayMail, T-ara telah mencapai lebih satu juta jualan album fizikal dan 30 juta muat turun digital ketika kemuncak pencapaiannya.

Bagi para peminat di Malaysia, kedatangan T-ara ke dalam negara pastinya menjadi memori indah. Antara konsert yang pernah diadakan termasuk:

  • T-ara Showcase 2012 di Dewan Wawasan Convention Centre, Kuala Lumpur.
  • Free Open Air Concert 2015 ketika pertabalan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru.
  • K-Pop Music Wave Concert 2017 di Pulau Pinang.
  • The Ye!loO Concert 2025 di Idea Live Arena, Selangor.

Pemegang Tiket Bakal Nikmati Pelbagai Faedah

Pembelian tiket bagi ‘T-ara Fan-Con In Malaysia 2026 [Summer Again]’ boleh didapatkan [DI SINI], dengan harga bermula dari RM338 (CAT5) hingga RM888 (QUEEN’S).

Berdasarkan kategori, pemegang tiket boleh menikmati faedah eksklusif termasuk sesi Hi-Bye, album, poster dan polaroid yang ditandatangani, serta peluang sesi bergambar berkumpulan.

Mereka yang berada di kategori QUEEN’S akan menyertai sesi bergambar sama ada bersaiz 4:1, 4:5 atau 4:10.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd