Cara Kempiskan Perut Buncit Untuk Lelaki, Mudah & Berkesan!
Menurut Harvard Health, bersenam selama 30 hingga 60 minit sebanyak 3 kali seminggu sangat bagus untuk mencairkan lemak perut.
- Lemak visceral di perut boleh meningkatkan risiko penyakit serius seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
- Gabungan senaman aerobik dan latihan rintangan seperti mengangkat berat adalah cara paling berkesan untuk membakar lemak perut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menyimpan sedikit lemak di bahagian perut sudah menjadi perkara biasa buat ramai lelaki, terutama bila usia semakin meningkat.
Namun perlu diingatkan lemak di perut itu boleh membawa risiko kesihatan yang jauh lebih besar daripada rasa malu melihatnya.
Menurut Mayo Clinic, lemak visceral yang tersembunyi jauh dalam perut dan organ dalaman adalah dalang yang menghasilkan rupa sebegitu.
Tapi jangan risau kerana lemak degil ini boleh dikecilkan dengan melakukan senaman dan menjaga diet dengan betul secara konsisten.
Lemak Visceral Lebih Berbahaya Berbanding Lemak Bawah Kulit

Memetik Mayo Clinic lagi, tidak semua lemak perut adalah sama.
Lemak yang boleh dicubit di bahagian pinggang dikenali sebagai subcutaneous fat, iaitu lapisan lembut di bawah kulit berbanding visceral fat yang berada jauh ke dalam.
Selain itu, masalah perut buncit boleh meningkat risiko penyakit seperti:
- Tekanan darah tinggi
- sleep apnea
- penyakit jantung
- darah tinggi
- diabetes
Usia Dan Genetik Turut Mempengaruhi Pengumpulan Lemak Perut
Tambahan pula, berat badan seseorang sebenarnya bergantung pada empat perkara utama iaitu:
- jumlah kalori yang diambil setiap hari
- kalori yang dibakar
- usia
- genetik
Bila kita mengambil lebih banyak kalori berbanding yang dibakar oleh badan kita, lebihan itu akan berubah menjadi lemak dan selalunya berkumpul di bahagian perut.
Dalam masa yang sama, faktor umur turut memainkan peranan kerana jisim otot akan berkurang semakin kita menua sekali gus melambatkan kadar pembakaran kalori badan.
Contohnya, seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an memerlukan jumlah kalori lebih sedikit berbanding ketika dia berusia 30-an.
Indeks Jisim Badan (BMI) Tidak Dapat Menilai Jumlah Lemak Dalam Badan
Menurut Harvard Health, kaedah bergantung pada Indeks Jisim Badan (BMI) untuk menilai jumlah lemak dalam perut sebenarnya kurang tepat.
BMI tidak mengambil kira berat tambahan daripada otot dan tulang, sebab itu ramai atlet sering dikategorikan sebagai obes.
Sebaliknya, cara yang lebih mudah dan tepat untuk lihat lemak visceral ialah dengan mengukur lilitan pinggang.
“Bagi lelaki, ukuran pinggang 40 inci atau lebih bermaksud anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan,” kata pakar perubatan Harvard Health, Dr. Apovian.
Sebagai panduan, lelaki yang tingginya antara 167 sentimeter (cm) hingga 201 sentimeter (cm) perlu memastikan ukuran pinggang tidak melebihi separuh daripada ketinggian mereka dalam inci.
Membina Otot Adalah Kunci Untuk Membakar Lemak Perut

Rahsia utama untuk mengecilkan perut buncit bukan sekadar mengurangkan makan, tetapi membina otot.
“Untuk mencetuskan pembakaran lemak perut, anda perlu bina otot melalui senaman yang berikan rintangan,” kata Dr. Apovian.
Contoh senaman rintangan seperti mengangkat berat, menggunakan resistance band akan meningkatkan jisim otot menerusi proses hypertrophy.
Maksudnya, sel lemak putih akan bertukar menjadi perang kerana jumlah tisu otot telah meningkat akan membakar lemak sehingga ia mengecut.
Gabungan Senaman Aerobik Dan Rintangan Dapat Memberi Kesan Terbaik

Perlu diingatkan mengangkat berat sahaja tidak cukup untuk membuang perut buncit itu kerana anda perlu lakukan senaman aerobik juga.
Dr. Apovian sarankan seorang individu melakukan 30 hingga 60 minit senaman aerobik sebanyak tiga hari atau lebih setiap minggu bersama mengangkat berat.
“Gabungan senaman aerobik dan rintangan boleh mencairkan simpanan lemak visceral yang berada di dalam perut.” katanya.
Jenis senaman aerobik yang disyorkan adalah seperti berlari, berenang, berbasikal atau jogging.
Kuncinya untuk membuatkan jantung anda berdegup dengan kencang supaya dapat membakar lemak tersebut.
Jangan Lupa Untuk Jaga Tabiat Pemakanan Juga
Selain daripada melakukan pelbagai jenis senaman, mempunyai strategi pemakanan yang betul juga penting untuk membuang rupa perut buncit.
Mayo Clinic mengesyorkan anda makan seperti buah, sayur dan bijirin penuh serta protein rendah lemak seperti ikan dan produk tenusu.
Di samping itu, hadkan pengambilan makanan segera dan lemak tepu, kawal saiz hidangan serta gantikan minuman bergula dengan air kosong.
Jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Ini 4 Senaman Yang Boleh Anda Guna Untuk Bakar Lemak, Menghapuskan Perut Buncit
#1. Senaman aerobik atau cardio

Sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari seperti jogging, berbasikal dan berenang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak.
#2. Latihan HIIT

Gabungkan pelbagai senaman yang lasak selama 30 saat diikuti 30 saat rehat seperti jumping jacks, burpees, push ups, jumpa squats dan high knee.
#3. Mengangkat Berat

Senaman seperti bicep curls, lunges, squats akan bantu membina otot lebih banyak untuk memudahkan proses pembakaran walaupun ketika badan sedang berehat.
#4. Senaman abdomen

Lakukan bicycle crunches, abdominal crunches dan leg lifts dapat bantu membakar lemak di bahagian perut dengan mudah.
Tapi perlu diingatkan, lemak perut tidak hilang dengan sekali mata. Sebaliknya ia adalah proses yang akan mengambil masa lama bergantung pada gaya hidup anda.
Ubah tabiat pemakanan dan gaya hidup secara ansur-ansuran seperti bersenam selama 30 minit, mengurangkan jumlah kalori diambil setiap hari dan tidur yang cukup adalah kunci untuk mengecilkan perut.
Baca Artikel Berkaitan: 30% Warga Emas Di Malaysia Hidap 3 Penyakit Tidak Berjangkit – NHMS 2025 | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Tips Eat Clean Untuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Periksa Label Makanan! | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.