Trend ‘Short Getaway’ Semakin Digemari Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun Ini
Tokyo & Guangzhou muncul sebagai destinasi paling digemari dalam kalangan pelancong Malaysia.
- Rakyat Malaysia semakin gemar percutian singkat, dengan tempahan penerbangan empat hari atau kurang meningkat sebanyak 34%.
- Destinasi serantau seperti Singapura, Bangkok dan Jakarta kekal popular, manakala Tokyo dan Guangzhou mencatat lonjakan tempahan 66%.
- Malaysia turut menarik lebih ramai pelancong luar, dengan tempahan penerbangan masuk meningkat 19% musim panas ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan rakyat Malaysia memang suka berjalan!
Deretan cuti perayaan dan hujung minggu panjang sepanjang separuh tahun 2026 telah meningkatkan aktiviti percutian sehingga ke bulan Jun.
Menurut laporan trend musim panas Trip.com, rakyat Malaysia kini semakin bijak merancang dengan memilih percutian lebih singkat tetapi lebih kerap sepanjang tahun ini.
Rakyat Malaysia Antara Pelancong Paling Aktif Di Dunia

Memetik laporan itu lagi, rakyat Malaysia merupakan antara pelancong paling aktif di dunia dengan catatan purata jumlah penerbangan ke luar negara yang tertinggi per individu.
Permintaan untuk percutian bersama keluarga juga kekal tinggi dengan tempahan hotel oleh mereka yang mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah meningkat sebanyak 11%.
Manakala, tempahan penerbangan antarabangsa telah naik sebanyak 18%.
“Data kami menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin mengutamakan aktiviti percutian pada tahun ini, sama ada melalui percutian ke bandar kegemaran atau meneroka destinasi baharu di sekitar Asia,” kata Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong.
Menurutnya, secara purata, pelancong Malaysia melakukan 1.7 penerbangan ke luar negara dan 2.5 penerbangan domestik sepanjang tahun ini.
Purata perbelanjaan bagi penerbangan serta harian ketika melancong turut meningkat pada bulan Jun berbanding cuti musim panas tahun lalu.
Ramai Memilih Untuk Bercuti Di Hujung Minggu Yang Panjang
Trend percutian singkat terus menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang bulan Jun ini.
Tempahan penerbangan bagi percutian selama empat hari atau kurang telah meningkat 34%.
Secara purata, tempoh percutian yang diambil adalah sekitar 3.4 hari, menunjukkan sikap yang semakin ketara iaitu percutian singkat tetapi bermakna.
Trend ini dijangka akan terus berkembang pada separuh kedua tahun 2026, apabila lebih ramai pelancong memanfaatkan cuti hujung minggu yang panjang untuk bercuti dengan lebih kerap.
Destinasi Di Asia Timur & ASEAN Menjadi Pilihan Ramai

Walaupun penerbangan jarak jauh telah mencatatkan peningkatan yang positif pada bulan Jun, laluan jarak dekat serta sederhana tetap mendapat permintaan tinggi.
Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar bercuti di destinasi serantau untuk nikmati percutian mereka.
Destinasi berhampiran seperti Singapura, Bangkok dan Jakarta terus menjadi pilihan utama membuktikan pelancong gemar bandar mudah diakses untuk percutian singakt.
Dalam masa sama, destinasi di Asia Timur juga mendapat perhatian. Contohnya, Tokyo dan Guangzhou mencatatkan lonjakan tempahan sebanyak 66% menjadi destinasi paling pesat berkembang berbanding tahun lalu.
Kecerdasan Buatan (AI) Bantu Memudahkan Perancangan Percutian
Menariknya, rakyat Malaysia kini mula merancang percutian mereka lebih awal berbanding tahun sebelumnya kerana purata tempoh membuat tempahan meningkat kepada 57 hari sebelum tarikh perjalanan, berbanding 49 hari pada 2025.
Peningkatan ini menunjukkan pelancong semakin yakin membuat tempahan awal bagi merebut tawaran percutian yang berbaloi.
Kecerdasan buatan (AI) turut memainkan peranan penting seperti TripGenie dan Trip.Planner, membolehkan pengguna mendapatkan cadangan itinerari dalam masa beberapa saat sahaja.
Menurut data Trip.com Group, jumlah tempahan yang dibantu AI menerusi TripGenie di platform Trip.com melonjak sekitar 400%
Malah, AI turut menjadi teman perjalanan yang berguna apabila tiba di destinasi kerana penggunaan ciri utama TripGenie adalah seperti perbandingan hotel, penjelasan menu dan terjemahan telah meningkat sekitar 300%, dengan ramai pelancong sentiasa merujuknya kembali untuk mendapatkan cadangan serta panduan tarikan.
Malaysia Kekal Menjadi Tarikan Utama Pelancong Dari Asia Tenggara

Sementara itu, Malaysia turut menikmati momentum positif apabila tempahan penerbangan masuk meningkat 19% pada musim panas ini.
Hubungan serantau yang kukuh serta kedudukan strategik negara ini terus menjadi tarikan utama.
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam berada dalam lima pasaran sumber utama pelancong ke Malaysia, bersama China.
Vietnam muncul sebagai pasaran yang paling pantas berkembang pada bulan Jun dengan peningkatan sebanyak 39%, diikuti Indonesia (34%) dan China (28%.)
Selain itu, pengalaman percutian family friendly turut mendapat permintaan
Di Asia Tenggara, tiga daripada lima tarikan pelancongan paling banyak ditempah musim panas ini terletak di Malaysia, iaitu Desaru Water Adventure Park, Entopia by Penang Butterfly Farm dan SplashMania Water Park.
“Malaysia menawarkan pelbagai tarikan istimewa, daripada warisan budaya yang kaya dan keindahan alam semula jadi hinggalah kepada kepelbagaian makanan dan destinasi menarik,” kata Thong.
Beliau berkata menerusi senarai cadangan Trip.Best yang dikuasakan dengan AI dan disusun atur oleh pakar, Trip.com dapat membantu pelancong menikmati pengalaman terbaik yang ditawarkan Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan negara ini sebagai destinasi pilihan untuk percutian bersama keluarga.
Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Coolcation’ Meningkat — Ini Sebab New Zealand Jadi Pilihan
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Makin Suka Travel Ke Tempat ‘Hidden Gems’ — Hampir 80% Pilih Destinasi Luar Bandar | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.