McDonald’s Malaysia Hujani Peminat Dengan ‘Fries From The Skies’ Sempena Hari Kentang Goreng Sedunia
‘Fries From The Skies’ meneruskan tradisi McDonald’s Malaysia dalam menghidupkan menu ikoniknya menerusi pengalaman yang mudah diingati.
- McDonald's Malaysia sambut Hari Kentang Goreng Sedunia dengan acara 'Fries From The Skies' di Bukit Bintang untuk satu malam.
- Ratusan plushies bertemakan kentang goreng dilepaskan dari atas, dengan kad penebusan untuk memenangi Fans Fries Meal percuma.
- Fans Fries Meal kembali untuk masa terhad, hadir dengan kentang goreng XXL, minuman Coke dan Sos Cili Mekdi bersaiz XXL.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau ada timbunan kentang goreng dikongsi di tengah dulang, semua orang ada cara masing-masing untuk menikmatinya.
Ada yang wajib celup dengan Sos Cili Mekdi.
Ada yang terus cari bahagian paling rangup. Ada yang menjaga bahagiannya sendiri dengan penuh waspada.
Dan ada juga yang selalu berkata, “Ambil satu je”, tapi tangannya datang berkali-kali.
Kentang Goreng McDonald’s Sering Jadi Tumpuan
Di McDonald’s Malaysia, kentang goreng bukan sekadar menu kegemaran. Ia sebahagian daripada momen harian yang merapatkan orang ramai.
Dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, cukup biasa melihat beberapa paket kentang goreng dituangkan ke atas satu dulang, diletakkan di tengah meja, dan dikongsi bersama.

Diinspirasikan oleh pelbagai cara rakyat Malaysia menikmati McDonald’s World-Famous Fries, Fans Fries Meal kembali untuk masa terhad sebagai sebahagian daripada barisan McValue Meal, lengkap dengan kentang goreng bersaiz dan Sos Cili Mekdi bersaiz XXL serta minuman menyegarkan.
Untuk satu malam, kentang goreng benar-benar menjadi bintang utama.
Segi tiga emas Bukit Bintang bertukar menjadi pentas buat salah satu menu paling digemari McDonald’s, apabila skrin digital di sekitar cawangan Bukit Bintang mereka membina keterujaan orang ramai terhadap kemunculan semula Fans Fries Meal.

Kemuncak malam itu menyaksikan ratusan plushies bertemakan kentang goreng McDonald’s, setiap satu disertakan dengan kad penebusan, dilepaskan dari atas dan “menghujani” peminat yang berkumpul di bawah.
Bukit Bintang menjadi lebih meriah apabila orang ramai mendongak, bersorak dan cuba menangkap plushies tersebut, dengan peminat bertuah berpeluang menebus Fans Fries Meal percuma.
Aktivasi ini menjadikan satu ritual makan yang cukup biasa sebagai pengalaman yang tidak dijangka, menyeronokkan dan cukup McDonald’s.
“Di McDonald’s Malaysia, kami bukan sekadar menyajikan makanan. Kami mahu mencipta detik-detik kecil yang menceriakan, daripada hidangan yang dikongsi bersama keluarga hingga momen santai bersama rakan-rakan.
“Sama ada melalui pengalaman visual yang besar dan berani atau hidangan ringkas yang dinikmati bersama, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mendekati pelanggan serta membawa lebih banyak kegembiraan kepada mereka,” kata Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
Kembalinya Fans Fries Meal meraikan semangat yang sama, tetapi dalam saiz yang lebih besar.
Ditawarkan untuk masa terhad, hidangan ini hadir dengan kentang goreng XXL, lengkap bersama minuman Coke dan sos cili McD bersaiz XXL, memberikan pelanggan lebih banyak kentang goreng untuk dikongsi, lebih banyak sos untuk dicelup, dan ya, lebih banyak sebab untuk menjaga bahagian dulang masing-masing.
Pada tahun 2022, McDonald’s Malaysia mengubah lintasan pejalan kaki di Bukit Bintang menjadi McDonald’s Fries Crosswalk dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Setahun kemudian, menerusi McDonald’s Icon Meets Icon, Menara Kuala Lumpur diterangi dengan warna emas, memaparkan visual kentang goreng tertinggi di dunia pada salah satu mercu tanda paling dikenali di Malaysia.
Tahun ini, McDonald’s Malaysia membawa sambutan itu lebih tinggi lagi, menjadikan langit Bukit Bintang sebagai pentas terbaharu untuk meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap World-Famous Fries.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.