Mario Kart Tour Akan Ditutup September Ini, Tiada Versi Offline – Nintendo
Nintendo turut menghentikan pembaharuan semula langganan automatik dan langganan baharu bagi Mario Kart Tour Gold Pass.
- Mario Kart Tour akan ditutup sepenuhnya pada 29 September 2026 dan tiada versi offline akan disediakan kepada pemain.
- Pemain yang telah membelanjakan wang dalam permainan ini kecewa kerana semua koleksi mereka akan hilang selepas penutupan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjadi salah satu karakter permainan yang dikenali di seluruh pelusuk dunia, pelbagai permainan video Mario telah dihasilkan oleh syarikat video game Nintendo.
Bukan hanya boleh dimain menerusi konsol Nintendo sendiri, namun terdapat juga game Mario yang disediakan buat platform iOS dan Android.
Salah satu permainan dalam talian Mario yang menjadi kegemaran ramai ialah Mario Kart Tour yang boleh dimain secara percuma.
Mario Kart Tour Ditutup Sepenuhnya Pada 29 September
Pemain Mario Kart Tour bagaimanapun disajikan dengan berita buruk apabila Nintendo mengumumkan Mario Kart Tour bakal ditutup sepenuhnya pada 29 September 2026.
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah permainan dalam talian itu tidak akan disediakan dalam edisi offline.
Service for the Mario Kart Tour game ends on Sept. 29 at 11:00 p.m. PT / Sept. 30 at 8:00 a.m. CEST. Thank you for your support throughout the years. For info on how rubies and the Mario Kart Tour Gold Pass will be handled moving forward, see in-game notifications or FAQ below.
— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 8, 2026
Selepas pengumuman itu, Nintendo turut menghentikan pembaharuan semula langganan automatik dan langganan baharu bagi Mario Kart Tour Gold Pass.
Penjualan Ruby (mata wang dalam Mario Kart Tour) yang digunakan bagi pembelian barangan in-game di Spotlight Shop, Mii Racing Suit Shop, dan Coin Rush juga dihentikan.
Ruby sedia ada masih boleh dibelanjakan sehingga permainan ditutup. Namun sebarang mata wang yang tidak digunakan sebelum itu tidak akan dipulangkan semula.
Semua Pemain Boleh Menikmati Gold Pass Percuma Bermula 4 Ogos
Dalam pada itu, pemain yang melanggan Mario Kart Tour Gold Pass, termasuk mereka yang dalam tempoh free-trial, masih boleh menikmati faedah-faedah langganan itu secara percuma.
Bermula 4 Ogos pula, semua pemain Mario Kart Tour akan diberi peluang untuk menikmati faedah langganan Gold Pass secara percuma sempena event Vacation Tour.
Tiada Major Update Pada Mario Kart Tour Sejak Oktober 2023
Menurut Games GG, Mario Kart Tour merupakan pelancaran permainan mobile terbesar Nintendo yang meraih sekitar 90 juta muat turun pada minggu pertama pelancaran pada September 2019.
Menjelang 2021, lebih 200 juta muat turun bagi Mario Kart Tour telah dilakukan, menghasilkan pangkalan pemain yang besar.
Games GG berkata penutupan permainan ini menunjukan isyarat yang jelas bahawa Nintendo mahu menghentikan model permainan mobile secara percuma.
Sebaliknya, Nintendo memberikan fokus kepada permainan konsol, lebih-lebih lagi apabila Switch 2 mula diperkenalkan dan Mario Kart World menjadi antara permainan yang paling laku jualannya dalam sejarah francais itu.
Malah, Mario Kart Tour juga tidak mempunyai sebarang kemas kini utama sejak Oktober 2023 lagi.
Ramai Pemain Kecewa Mario Kart Tour Akan Ditutup Kerana Banyak Wang Sudah Dibelanjakan
Dengan penutupan Mario Kart Tour sepenuhnya, pemain akan kehilangan kesemua koleksi pemandu terlatih, kenderaan dan barangan lain yang dikumpul dalam permainan video itu.
Memandangkan Mario Kart Tour menyediakan pembelian in-game, pemain yang telah melaburkan wang mengkritik keputusan oleh Nintendo itu.
Malah ada juga yang meminta agar permainan itu disediakan secara offline.



Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Nintendo Switch Untuk Anak, Atasi Masalah Si Kecil Leka Dengan Telefon Pintar
Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.