Kerajaan Bakal Perkenal Program Insurans MediAsas, Ini Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu
Program rintis MediAsas akan dilaksanakan di Lembah Klang bermula akhir Julai hingga Oktober 2026.
- The Malaysian government is piloting MediAsas, an affordable medical insurance plan, in Klang Valley from late July 2025 until October 2026.
- MediAsas offers monthly premiums from RM60 to RM550, with annual coverage limits between RM100,000 and RM300,000 depending on the chosen plan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Boleh dikatakan rata-rata orang pasti memiliki polisi insurans tersendiri yang bertujuan sebagai perlindungan diri sekiranya berlaku sebarang kecederaan mahupun kemalangan.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bakal melancarkan pelan perlindungan insurans perubatan dan takaful (MHIT) MediAsas dengan program rintisnya dijadualkan bermula hujung bulan Julai.
Program rintis itu dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) yang dipengerusikan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Baca Artikel Berkaitan: Lebih Separuh Rakyat Malaysia Pilih Insurans Berdasarkan Kualiti Servis, Bukan Lagi Harga
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 8 Perkara Yang Medical Card Tak Tanggung Dalam Bil Hospital
Program Rintis MediAsas Di Lembah Klang Libatkan 6 Syarikat Insurans & Takaful
Menurut laporan media, program rintis MediAsas akan dilaksanakan di Lembah Klang bermula akhir Julai hingga Oktober 2026 yang bertujuan bagi menyediakan insurans yang lebih mampu milik dan mampan buat rakyat Malaysia.
Ia melibatkan beberapa hospital swasta terpilih serta enam syarikat insurans dan pengendali takaful iaitu:
- AIA Bhd
- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd
- Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd
- Prudential BSN Takaful Bhd
- Etiqa Family Takaful Bhd
- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd
BIMB Research berkata MediAsas dipercayai akan menarik perhatian mereka yang tidak pernah mempunyai polisi insurans/takaful serta pencarum dengan polisi yang telah luput atau mengurangkan perlindungan perubatannya.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi di bawah kerangka RESET dalam menangani isu premium insurans yang meningkat dan inflasi perubatan.
Antara inisiatif lain yang diteruskan oleh JBMKKS termasuk mempercepat penerapan kesihatan digital dan kebolehoperasian rekod perubatan elektronik menerusi Rangkaian Persijilan Kesihatan Digital Malaysia (MDHCN) berteraskan prinsip ‘Satu Individu, Satu Rekod’.
Ini Info Tentang MediAsas Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu
MediAsas merupakan pelan kad perubatan tanpa pelaburan dengan dua pilihan iaitu MediAsas Teras sebagai pelan standard dan MediAsas Fleksi yang merupakan pelan standard-plus dengan bayaran deductible.
Pelan kad perubatan nasional ini disediakan bagi individu yang menyertai sehingga umur 70 tahun dengan perlindungan diberikan sehingga mencecah usia 85 tahun.
Dengan anggaran bayaran bulanan RM60 hingga RM550 sebulan, premium MediAsas ditentukan berdasarkan pengalaman tuntutan perubatan semasa serta trend inflasi kos penjagaan kesihatan.

Harga muktamad akan disahkan sebelum pelancarannya ke seluruh negara pada Januari 2027.
Pun begitu, masih tiada makluman setakat ini tentang bagaimana seseorang boleh mencarum di bawah pelan MediAsas.
Kertas Putih Oleh BNM Dedah Tiada Had Seumur Hidup Pelan MHIT Nasional
Menurut The Futurizts, Bank Negara Malaysia (BNM) pada Januari lalu, telah menerbitkan satu kertas putih berkenaan MHIT nasional ini.
Berdasarkan kertas putih tersebut, antara faedah yang dilindungi termasuk kos bagi:
- Bilik hospital (Room and board)
- Prosedur pembedahan
- Bekalan, perkhidmatan dan perubatan hospital
- Pembedahan harian dan rawatan pesakit luar tertentu (denggi, influenze A dan B, bronchitis dan pneumonia/bronchopneumonia)
- Perkhidmatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital
Di samping itu, pelan asas tidak menetapkan had seumur hidup, namun terdapat had tahunan antara RM100,000 hingga RM150,000 (bagi individu berusia 60 tahun ke atas) di bawah pelan standard.
“Had ini mencukupi untuk menampung 99% kos rawatan bagi keadaan perubatan biasa berdasarkan trend tuntutan perubatan terkini,” kata BNM.
Had tahunan bagaimanapun adalah lebih tinggi iaitu RM300,000 bagi pelan standard-plus namun pencarum perlu membuat bayaran deductible.
Baca Artikel Berkaitan: KPDN Perkenal Pakej RAHMAH Insurans Serendah RM5 Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: Ahli KWSP Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans & Produk Takaful Untuk Ahli Keluarga
Baca Artikel Berkaitan: Ahli KWSP Kini Boleh Pindahkan Simpanan Kepada Isteri & Anak Menerusi i-Legasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.