Now Reading
Kenapa Ramai Atlet Pilih Mandi Ais Selepas Bersenam?

Kenapa Ramai Atlet Pilih Mandi Ais Selepas Bersenam?

Mandi ais adalah proses merendam badan ke dalam air sejuk dipenuhi dengan ais pada suhu di antara 10°C hingga 15°C.

In Brief
  • Mandi ais membantu mempercepatkan pemulihan otot, mengurangkan keradangan dan rasa sengal selepas bersenam, serta diamalkan atlet terkenal dunia.
  • Mandi ais berisiko untuk penghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes, jadi had masa berendam antara 10 hingga 15 minit sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas melakukan senaman atau bermain sukan dengan intensif, badan kita akan mula terasa lenguh terutama bagi mereka yang semakin berumur.

Menurut perkongsian daripada seorang pengguna (@digitalrandom17) di Threads, dia mensyorkan orang ramai untuk cuba mandi ais sebagai salah satu kaedah memulihkan semula badan kita.

Kaedah ini dipercayai dapat bantu mempercepatkan tubuh badan kita pulih daripada rasa sengal serta lesu dan turut diamalkan oleh majoriti atlet terkenal dunia.

Rendam Badan Ke Dalam Air Sejuk Beku

Mandi ais. (Foto: Aurora Luxury Home)

Sebagai info, mandi ais melibatkan proses merendam badan di dalam air sejuk, lazimnya pada suhu antara 10°C hingga 15°C.

Menurut Ivyrehab, mandi ais adalah proses merendam badan ke dalam air sejuk dipenuhi dengan ais pada suhu di antara 10°C hingga 15°C.

Suhu sejuk itu akan mencetuskan tindak balas seperti pengecutan saluran darah atau vasoconstriction, mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses pemulihan sekali gus memberi rasa melegakan.

Disebabkan itu, mandi ais sering dijadikan sebagai alat pemulihan selepas bersukan untuk menyegarkan semula badan dan minda.

Mandi Ais Turut Dapat Membantu Kurangkan Sakit Otot

Lenguh otot selepas bersenam. (Foto: Rebalance Physical Therapy)

Antara manfaat berendam dalam ais ialah keupayaannya untuk bantu mengurangkan sakit otot selepas bersenam.

Selain itu, kesan kebas daripada suhu sejuk dapat menghalang rasa sakit otot buat seketika.

Ini juga akan bantu menghilangkan rasa letih, sekali gus membuatkan tubuh badan anda bersedia untuk keesokan harinya.

Dalam masa sama, pengecutan saluran darah dapat mengurangkan aliran darah untuk melegakan rasa bengkak serta keradangan selepas bersenam.

Kemudian, apabila badan mula panas semula, darah yang kaya dengan nutrien akan mengalir semula ke otot anda dengan pantas serta dapat mencegah rasa lenguh otot dikenali sebagai Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).

Mandi Ais Turut Membantu Menyejukkan Suhu Badan

Selain memulihkan otot, mandi ais juga dikatakan membantu menyejukkan suhu badan.

Ini sangat berguna kerana ketika bersenam, suhu badan akan meningkat menyebabkan badan berpeluh sebagai tindak balas untuk menyejukkannya.

Mandi ais bertindak menyejukkan suhu badan secara fizikal, sekali gus mengurangkan rasa panas serta lembap selepas bersenam.

Malah, pendedahan air sejuk seawal 10 saat sahaja sudah boleh membuatkan seseorang berasa lebih segar dan cergas.

Keadaan itulah yang mungkin mengubah cara seseorang menangani masalah tekanan atau stres pada peringkat emosi dan fizikal.

Suhu Dan Tempoh Perlu Dikawal Kerana Ia Tidak Sesuai Untuk Semua

Namun, mandi ais bukanlah tanpa risiko kerana mendedahkan badan kepada suhu air yang melampau boleh membahayakan sesetengah individu.

Namun, perlu diingatkan mandi ais juga mempunyai risikonya kerana mendedahkan badan kepada suhu air yang melampau boleh membahayakan sesetengah individu.

Contohnya seperti pengecutan saluran darah boleh menjadi bahaya kepada mereka yang menghidap penyakit kardiovaskular atau tekanan darah tinggi.

Ini akan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Selain itu, penghidap diabetes jenis satu atau dua juga perlu lebih berhati-hati kerana penyakit itu menyukarkan badan mengawal suhu badan dan boleh mengakibatkan hipotermia sekiranya seseorang berendam terlalu lama.

Oleh itu, ia dinasihatkan untuk berendam selama 10 hingga 15 minit sahaja.

Ini 5 Tip Untuk Mandi Ais Yang Selamat & Lebih Berkesan

Boleh cuba mandi ais di rumah. (Foto: The Guardian)

Tetapi, mandi ais bukanlah satu perkara yang menakutkan. Sebaliknya mudah sahaja seperti 5 tips ini yang anda boleh ikuti untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman itu.

#1. Tetapkan Suhu Dengan Betul

Pastikan suhu air antara 10°C hingga 15°C kerana suhu yang lebih sejuk boleh meningkatkan risiko ketidakselesaan atau hipotermia.

#2. Hadkan masa berendam

Jangan berendam terlalu lama dan kekalkan sesi di antara 10 hingga 15 minit.

#3. Mulakan secara perlahan-lahan

Celup kaki dan bahagian bawah badan terlebih dahulu, kemudian rendam sehingga paras pinggang secara beransur-ansur.

#4. Panaskan badan secara beransur

Selepas keluar, panaskan semula badan anda secara perlahan-lahan dengan melakukan pergerakan mudah atau minuman panas bagi mengelak sistem badan terkejut.

#5. Dengar Isyarat Badan

Sekiranya anda terasa pening, terlalu sejuk atau tidak selesa, hentikan dengan segera.

Ramai Atlet Bertaraf Dunia Turut Mengamalkan Mandi Ais

Bintang popular bola sepak, Cristiano Ronaldo sedang mandi ais. (Foto: Therabody)

Menurut Crocpad, mandi ais bukan sahaja diamalkan orang biasa, malah turut menjadi rutin ramai atlet terkenal dunia. mandi ais mula mendapat populariti kerana sering menjadi rutin ramai atlet terkenal dunia.

Antara nama besar yang dilaporkan mengamalkannya seperti:

  • LeBron James
  • Cristiano Ronaldo
  • Usain Bolth
  • Michael Phelps
  • Tom Brady

Sebagai peringatan, mandi ais tidak sesuai untuk semua orang, terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu tetapi jika anda ingin mencubanya dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Baru Lepas Bersalin Wajib Mandi Wiladah. Tapi Apa Beza Dengan Mandi Nifas? | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selalu Malas Mandi Sebab Badan Terlampau Letih? Ini Kesan Buruknya Yang Anda Perlu Tahu | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd